PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE-61 OLEH PRESIDEN ISMA

 

Gambar ehsan ismaweb.net

Saya ucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke-61.

Kita bersyukur kerana tanah air kita telah mencapai kemerdekaan dari penjajahan yang panjang. Kita telah mengecapi nikmat pembangunan sebagai sebuah negara yang merdeka mengikut acuan kita.

Kini setelah 61 tahun yang telah berlalu, kali ini kita terpaksa menyambutnya dengan suasana yang suram.

Hati menjadi resah, gundah-gulana mengenangkan hari-hari yang mendatang, bagaimana nasib anak cucu kita satu hari nanti?

Diri tiba-tiba tersentak, seakan-akan baru sedar dari mimpi, lagu kemerdekaan yang dinyanyikan selama ini rupanya ulikan tidur semata-mata.

Terjaga dalam hiruk-pikuk dan jeritan, “Tolong, selamatkan agamaku, tanah airku dan anak cucuku!”.  Tiada siapa lagi yang boleh menghiraukan atau melakukan apa-apa.

Kepada anak bangsa yang tercinta, bangkitlah segera! Pertahankan kemerdekaan tanah air kita, bumi pertiwi warisan nenek moyang. Di sini tanah tumpah darah kita, genggam dengan kemas, jangan lepaskannya walau terpaksa berkorban nyawa.

Kembalilah kepada al-kitab dan as-sunah, disitulah kemuliaan sebenar kita.

61 tahun telah berlalu. Tetapi, kita mencari kemuliaan dengan mengikut telunjuk penjajah barat, mencari redha Yahudi dan Nasrani.

Kita telah membayar harga yang sangat mahal, mengorbankan jatidiri, kemuliaan agama dan bangsa, untuk kononnya supaya mampu mengejar kemajuan seperti mereka.

Kini, kita sedang menempah kehinaan yang pasti, menjadi terasing di negara sendiri.

Kembalilah kepada Allah dan Rasul. Bersatulah atas aqidah dan keluarlah dari belenggu tipu daya musuh.

Itu sahajalah yang akan menyelamatkan kita!

 

Ustaz Hj Abdullah Zaik bin Abd Rahman

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian