BERKEBUN TERAPI STRES

Oleh: Nurul Husna Binti Che Hamzah

PUTRAJAYA, 1 September 2018 – “Berkebun merupakan suatu terapi untuk menghilangkan tekanan di tempat kerja terutamanya bagi wanita berkerjaya yang mempunyai waktu yang sangat singkat untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.”

Begitu, jelas Puan Zuziyah Ahmad yang merupakan Pengurus Operasi Rimbun Sekebun Sdn Bhd semasa di Konvensyen Wanita Islam Nasional sabtu lepas.

Terdapat sesetengah wanita pada zaman sekarang yang sangat kuat bekerja sehingga tidak sempat untuk menyiram pokok.

Tambah beliau lagi, “walaupun ruang dapur di rumah kita sempit, namun ia sudah mencukupi untuk menanam sayuran dan herba seperti daun sup, cili dan sebagainya.”

Apa yang penting ia mestilah mempunyai sumber cahaya matahari dan berdekatan dengan sumber air contohnya menanam di tepi singki dan tingkap dapur.

Beliau yang juga merupakan pengurus ‘Facebook Group’ Kebun Bandar berkata, masa yang berkualiti bersama keluarga adalah sangat penting dalam melahirkan keharmonian dalam keluarga.

Surirumah yang tiada sumber pendapatan juga boleh membantu menjana ekonomi keluarga dengan berkebun.

“Saya pernah bertemu dengan surirumah yang menjual hasil tanamannya seperti serai dan kunyit di pasar malam berdekatan.”

Sebagai penutup, beliau menasihati kita semua untuk menangani stres dengan meluangkan masa bercuti dan melihat keindahan alam.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian