KESATUAN WANITA ISLAM MENCATAT SEJARAH DI KONWANIS

PUTRAJAYA, 01 September 2018- Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS 2018) kelmarin telah mencatat sejarah dengan kehadiran seramai 3000 orang peserta dari seluruh negara.

Konvensyen yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) itu telah berlangsung dengan membawa tema “Wanita Bahagia, Negara Sejahtera”.

Ia diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan kesejahteraan emosi dan mental dalam kalangan wanita khususnya di Malaysia.

KONWANIS 2018 telah menampilkan tokoh-tokoh yang pakar dalam bidang masing-masing untuk memberi panduan, solusi dan sudut pandang mengenai kebahagiaan wanita menurut acuan Islam.

Konvensyen yang mencatat sejarah ini telah mengumpulkan wanita dari seluruh negara yang terdiri daripada kalangan pelajar sekolah, universiti dan mereka yang bekerja dalam sektor awam dan swasta.

Puan Siti Affiza Binti Mohamad berkata, “Wanita perlu sentiasa bijak mengurus emosi sendiri dalam mengimbangi pelbagai tugasan, tanggungjawab dan peranan.”

Beliau yang juga merupakan Pengarah KONWANIS 2018 berkata lagi, “Usaha dan resolusi yang cuba disampaikan menerusi program ini akan dibawa kepada pihak kerajaan khususnya bagi menyampaikan hasrat seluruh wanita di Malaysia.”

Majlis disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Abdullah Zaik Bin Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian