WANITA MUSLIMAH MESTI BERSATU MEMPERJUANGKAN HAK MEREKA

Oleh: Nurul Hajjar Atan

PUTRAJAYA, 01 September 2018- “Isu yang mendepani wanita pada hari ini adalah isu pemodenan.  Ianya telah sedikit sebanyak, sedar atau tidak memberi kesan kepada wanita dalam memahami peranan dan identiti mereka.”

Berkata Ustaz Abdullah Zaik Bin Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS 2018) sabtu lepas.

 

Di dalam ucapannya itu, beliau berkata lagi, “Wanita adalah  sebahagian daripada penduduk negara kita. Bilangannya hampir sama dengan lelaki. Apa-apa kesukaran yang berlaku pada wanita akan memberi impak kepada keadaan dan kesejahteraan negara.”

Beliau berkata demikian berikutan kes semasa yang berkaitan dengan isu wanita semakin meningkat setiap hari. Masalah wanita stres hari ini sering diberitakan di dada-dada akhbar dan semakin merisaukan.

Tambah beliau lagi, “Konvensyen Wanita Islam seperti ini sangat penting. Generasi baru wanita Islam kini perlu berbincang dan berdiskusi untuk mencari penyelesaian dan solusi bagi mendepani keadaan ini.”

Dalam ucapan penutupnya tadi, Ustaz Abdullah Zaik menyeru kepada semua wanita Muslimah yang hadir agar bersatu untuk memperjuangkan hak mereka.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian