Imej penting untuk ‘first impression’
Oleh : Siti Saleha Binti Sofian Suri
BANGI, 29 September – “Imej adalah sesuatu yang ingin kita gambarkan kepada orang lain tentang diri kita,” tegas Dr. Nadiah Norudin, perunding imej bertauliah dari MAKE Consultant yang juga merupakan seorang pegawai perubatan di Pusat Darah Negara dalam slot bual bicara bertajuk ‘Imej dan Penampilan’.
Tambahnya, pandangan orang sekeliling terhadap diri kita dibentuk dalam beberapa saat pertama mereka melihat kita iaitu melalui penampilan, tingkah laku dan komunikasi.
Dr. Nadiah yang juga merupakan seorang ahli Ikatan Pengamal Peubatan (iMedik) Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Shah Alam mengulas tentang tiga kunci penjagaan diri iaitu rutin penjagaan wajah, kawalan bau badan dan pemilihan pakaian yang sesuai.
“Sesorang wanita perlu mempunyai sekurang-kurangnya pelembap, serum dan pelindung sinaran ultraungu (UV) dalam penjagaan kulit wajah,” tambah beliau.
Dr. Nadiah juga menjalankan sesi demonstrasi pakaian yang sesuai untuk bekerja selain pemilihan warna yang sesuai auntuk ke pejabat.
Segmen bula bicara ini yag dihadiri hampir 30 orang wanita dan kanak-kanak yang rata-ratanya adalah penghuni Apartmen Bangi Idaman merupakan salah satu slot untuk Karnival Muslimah 1.0 anjuran bersama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Hulu Langat dan penduduk Apartmen Bangi Idaman yang diadakan di Dataran Sakinah, di apartmen tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan