IQ Tinggi bukan Jaminan Penghambaan kepada Allah

Kebelakangan ini saya ada membaca artikel mengenai Terence Tao yang mempunyai julat IQ paling tinggi di dunia dalam lingkungan 225-230 mengatasi IQ Albert Einstein (160-190). Secara purata 70 peratus manusia mempunyai IQ sekitar 100 sahaja. Beliau mempunyai kemampuan luar biasa dalam matematik yang melayakkannya masuk universiti pada usia 9 tahun.

Ketika usianya 13 tahun, beliau menjadi peserta paling muda yang memenangi pingat emas dalam pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa. Beliau bergelar Doktor Falsafah di usia 21 tahun kemudian dilantik sebagai profesor kanan di University of California (UCLA) dan diiktiraf sebagai profesor termuda di sana. Tidak hairan juga memandangkan latar belakang keluarganya yang cemerlang dan berpendidikan tinggi.

Saya berasa sedikit kagum terhadap beliau, tetapi saya lebih mengagumi pada yang Maha Mengurniakan kepintaran itu kepadanya. Sejenak membaca tentangnya membuat saya terfikir, kalau dengan kepintaran dan IQ setinggi itu masih belum mampu untuk membuatkan beliau berfikir tentang kewujudan Tuhan dan asal usul penciptaan dirinya, saya kira belum cukup dikagumi kepintaran itu sebenarnya.

Sebagai seorang pakar dalam sesuatu bidang, semakin dia mengkaji, semakin banyak rahsia kehidupan yang ditemui dan tidak dapat tidak, pasti dia akan menemui Tuhan di hujung pencariannya yang akan membawanya kepada Islam.

Kenapa begitu? Kerana kepintaran seseorang ada batasnya dan tingkat kehebatan ilmu yang tertinggi pasti kan menemui titik terakhir iaitu Allah. Tiada yang lain. Bukan sekali dua kita baca pakar bukan Islam yang masuk Islam setelah mengkaji itu dan ini seperti Professor Tagata Tagasone yang mengkaji tentang kulit manusia.

Kita mungkin tidak segenius Terence Tao tapi kita masih punya akal yang sihat.

Tetapi sekiranya akal sihat yang kamu miliki sekarang tidak mampu membuatmu berfikir bahawa alam semesta ini ada pemiliknya, tidak mampu membuatmu sujud mengakui hakikat dirimu hanya seorang hamba yang ada titik lemahnya, cukup berakalkah kamu sebenarnya?

 

Syazira Hanis Subri
Aktivis ISMA Kuala Lumpur

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian