KENYATAAN MEDIA-ICERD

KENYATAAN MEDIA

ULASAN RATIFIKASI ICERD OLEH KERAJAAN  

  1. Isu ratifikasi ICERD telah menjadi perbincangan pada skala nasional. Pihak kerajaan telah mengeluarkan pelbagai pandangan yang bertentangan antara satu sama lain. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy menjelaskan bahawa kerajaan akan meratifikasi ICERD bersama 6 lagi konvensyen antarabangsa pada suku pertama tahun hadapan. Manakala menteri di jabatan yang sama iaitu Datuk Seri Mujahid Yusuf Rawa pula berkata, ICERD akan diratifikasi dengan reservasi. Menteri Dalam Negeri pula, Tan Sri Muhyidin Yasin memberi pandangan bahawa kerajaan tidak akan terburu-buru dalam soal ini. 
  2. Tokoh perundangan, ilmuan, ulamak serta masyarakat awam memberi pelbagai reaksi menentang sama ada melalui melalui kenyataan, wacana mahupun berdemonstrasi secara aman. Sehingga kini, lebih 113 000 petisyen atas talian telah dibuat oleh rakyat untuk menolak ICERD.
  3. Keadaan kusut ini memberi indikator bahawa tiada pendirian konkrit yang diambil sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kesungguhan kerajaan dalam mempertahankan kepentingan Melayu dan Bumiputera berhubung isu ini.
  4. ICERD atau Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum, adalah sebuah perundangan dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dimana Malaysia tidak mengesahkannya bersama 15 negara lain. Tidak hanya ICERD, pihak kerajaan Pakatan Harapan juga mencadangkan untuk meratifikasi 6 lagi konvensyen antarabangsa iaitu:
    1. Perjanjian Antarabangsa untuk Hak Politik dan Sivil. (International Covenant on Civil and Political Rights
    2. Konvensyen PBB keatas Seksaan dan Kekejaman Lain. (UN Convention against Torture and Other Cruel)
    3. Layanan atau Hukuman Tidak Berperikemanusiaan dan Menjatuhkan Maruah. (Inhuman and Degrading Treatment or Punishment)
    4. Perjanjian untuk Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya. (Covenant on Economic, Social and Cultural Rights)
    5. Konvensyen Antarabangsa untuk Perlindungan Hak keatas Semua Pekerja Asing dan Ahli Keluarga Mereka. (International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of Their Families)
    6. Konvensyen Antarabangsa untuk Perlindungan keatas Rakyat Dari Penahanan Berkuatkuasa.(International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Disappearance)
  5. Kami menganggap bahawa perkara ini bukanlah isu politik yang patut menjadi bahan perdebatan mengikut kehendak segelintir pihak tertentu. Sebaliknya, ia adalah sebuah isu yang melibatkan kedaulatan dan pencabulan struktur undang-undang negara, dimana ia melangkaui kuasa Raja-Raja Melayu dan kepentingan rakyat secara keseluruhan.
  6. Kami berpendapat bahawa kedudukan Melayu dan Bumiputera terancam kerana implikasi kepada ICERD ialah “reformasi institusi dan undang-undang” ke atas segala keistimewaan yang diperuntukan oleh perlembagaan kepada Melayu dan Bumiputera seperti yang diumumkan kerajaan Pakatan Harapan.
  7. Bersetuju meratifikasi ICERD bermakna kita bersetuju agar Rejimen Askar Melayu dibubarkan, Tanah Rizab Melayu dihapuskan, fasiliti pendidikan Melayu seperti Universiti Teknologi Mara (UITM), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan biasiswa pendidikan kepada orang Melayu dan Bumiputera tidak lagi boleh dinikmati, sedangkan data ekonomi menunjukan Melayu dan Bumiputera adalah kaum yang paling ketinggalan di negara ini.
  8. Jelas sekali pihak yang menyeru kearah meratifikasi ICERD mempunyai niat buruk terhadap Bangsa Melayu dan Bumiputera.
  9. Lebih dari itu, perkara 153(1) memperuntukkan: “Menjadi tanggungjawab Yang diPertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini”. Jika kerajaan memilih meratifikasi ICERD, ia akan menganggu-gugat kedudukan Raja-Raja Melayu dan tidak keterlaluan ia adalah perbuatan khianat kepada negara.
  10. Kami mendesak Jawatankuasa Hal Ehwal Tertinggi Islam mengambil tanggungjawab membawa perkara ini kepada Majlis Raja-Raja supaya dapat diambil keputusan mengenai isu yang menyentuh kedudukan raja-raja serta menghadkan perbincangan ini bagi menjaga kedaulatan undang-undang dan perlembagaan negara.
  11. Kami juga menyeru agar bangsa Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak bangkit memberi mesej yang tegas jika kerajaan berkompromi terhadap apa jua hak yang diperuntukkan didalam perlembagaan.
  12. Kepada kerajaan Pakatan Harapan, kami memberi amaran tegas agar tidak terlalu ghairah dalam mengikut telunjuk asing. Sebaliknya, kerajaan perlu menumpukan aspek perlaksanaan manifesto pilihanraya dan kebajikan rakyat serta membuktikan kemampuan mentadbir negara yang masih lagi dalam penilaian rakyat.

 

USTAZ HAJI ABDULLAH ZAIK BIN ABDUL RAHMAN

Amir, 

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

11 November 2018

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian