Sejarah tercipta di KERIS 2018

Image may contain: one or more people, basketball court, shoes and indoor

Karnival Sukan Isma Selangor (KERIS) 2018 merupakan pertandingan sukan antara cawangan-cawangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang berada di negeri Selangor bagi memupuk amalan riadah (bersukan) sebagai satu kegiatan yang bermanfaat untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan minda di kalangan ahli-ahli Isma di negeri Selangor khususnya. Isma cawangan Daerah Hulu Langat bertuah apabila secara rasmi telah dipilih sebagai tuan rumah KERIS 2018.

KERIS 2018 juga bertujuan melahirkan generasi yang cergas, sihat, kuat dan lasak dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani sebagai aset penting Negara selain memupuk semangat ukhuwwah dan persaudaraan serta mengeratkan silaturrahim sesama peserta KERIS 2018.

Sebanyak 6 cawangan Isma di bawah negeri Selangor iaitu Isma Daerah Hulu Langat, Isma Kajang, Isma Shah Alam, Isma Klang, Isma Subang Jaya serta Isma Gombak telah menyertai KERIS 2018 selain tambahan dua lagi jemputan Isma cawangan di luar negeri Selangor iaitu Isma Kuala Lumpur dan Isma Seremban.

Karnival yang berlangsung selama satu hari di Universiti Multimedia Cyberjaya dan Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya itu menyaksikan sebanyak 6 acara telah dipertandingkan iaitu Bola Sepak, Futsal, Badminton, Bola Tampar, Bola Jaring dan Ping Pong.  

Isma Shah Alam berjaya merakam sejarah apabila muncul juara keseluruhan KERIS 2018 setelah meraih dua pingat emas dan tiga perak diikuti rapat oleh tuan rumah, Isma Daerah Hulu Langat yang meraih dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa.

Karnival sukan ini telah dianjurkan oleh Isma Daerah Hulu Langat dengan kerjasama i-fitness.

Pemain Isma Shah Alam (kiri) dilihat cuba mengasak gerakan pemain Isma Kuala Lumpur pada aksi Perlawanan Akhir acara Bola Sepak KERIS 2018. – Gambar ISMA.ORG.MY oleh Wan Fairuz, 4 November 2018.

Para pemain acara Bola Jaring bersalam-salaman sebaik sahaja tamat perlawanan di antara kedua-dua pasukan. – Gambar ISMA.ORG.MY oleh Iqbal Sha’rani, 4 November 2018.

Para penyokong kontijen Isma Shah Alam bertempik memberikan sokongan selain mengangkat sepanduk ”Pantang Menyerah” dalam acara Badminton yang berlangsung di Dewan Tertutup MMU. – Gambar ISMA.ORG.MY oleh Iqbal Sha’rani, 4 November 2018.

Naib Presiden Isma, Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni memukul kemas bola lambung yang diberikan pihak lawan pada aksi peringkat kumpulan acara Ping Pong Berpasukan. – Gambar ISMA.ORG.MY oleh Nor Azlan, 4 November 2018.

Peserta tertua KERIS 2018, Pakcik Shukeri (kanan), 66 tahun dari Isma Shah Alam fokus memukul bola ketika perlawanan beregu Ping Pong Berpasukan. – Gambar ISMA.ORG.MY oleh Nor Azlan, 4 November 2018.

Pasukan Isma Shah Alam bertembung sesama sendiri pada aksi Perlawanan Akhir Futsal KERIS 2018 yang berlangsung di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. – Gambar ISMA.ORG.MY oleh Nor Azlan, 4 November 2018.

Urusetia menunjukkan jaringan akhir perlawanan Bola Jaring antara pasukan Isma Daerah Hulu Langat menentang pasukan Isma Kajang. – Gambar ISMA.ORG.MY oleh Siti Soraya, 4 November 2018.

Fokus yang tinggi ditunjukkan oleh pemain Isma Kajang ketika cuba memberikan servis kepada pihak lawan. – Gambar ISMA.ORG.MY oleh Siti Soraya, 4 November 2018.

Penjaga gol pasukan Isma Seremban bersorak gembira sebaik ahli pasukannya berjaya menjaringkan gol perlawanan. – Gambar ISMA.ORG.MY oleh Fakihin Aqsa, 4 November 2018.

Yang-Di-Pertua Isma Daerah Hulu Langat, Mohd Noor Azib bin Asmangi, berucap ketika majlis penutup KERIS 2018 di Dewan Tertutup MMU. – Gambar ISMA.ORG.MY oleh Wan Fairuz, 4 November 2018.

Gaya unik oleh pemain Isma Gombak ketika memberikan servis pada aksi perlawanan Bola Tampar ketegori terbuka. – Gambar ISMA.ORG.MY oleh Al-Amin Asri, 4 November 2018.

Pemain Isma Gombak cuba menghalang bola yang ditampan oleh pemain Isma Kuala Lumpur. – Gambar ISMA.ORG.MY oleh Al-Amin Asri, 4 November 2018.

Terjahan yang cuba dilakukan oleh pemain Isma Subang Jaya bagi menghalang gerakan pemain Isma Klang. – Gambar ISMA.ORG.MY oleh Haziqq Isa, 4 November 2018.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian