iGuru KL Gesa Kerajaan Bertegas Isu Sekolah Vernakular

Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bahawa sekolah vernakular menjadi penghalang kepada perpaduan rakyat berbilang kaum ini adalah benar sekali. Kita boleh lihat kesannya yang semakin membarah sehingga ke hari ini.

Jelas sekali kewujudan sekolah vernakular menyebabkan kurangnya asimilasi di kalangan masyarakat. Bermula dr umur yang kecil, mereka telah dipisah-pisahkan antara kaum. Mereka belajar dalam bahasa yang berbeza. Mereka menggunakan silibus yang berbeza. Dan mereka hidup sesama kaum mereka sahaja, tanpa berlaku asimilasi dengan kaum lain kecuali dalam sektor-sektor tertentu yang sangat minimal.

Apatah lagi, bahasa komunikasi yang menjadi identiti rasmi negera di sekolah vernakular tidak menggunakan Bahasa Ibunda sebagai bahasa pengantaraan. Ini akan memberikan kesan untuk masyarakat bergaul sesama mereka. Tidak lah menjadi kepelikan, jika masih ramai di kalangan rakyat yang tidak fasih berbahasa kebangsaan sedangkan mereka sudah bertahun-tahun menjadi warganegara Malaysia. Sebagai warganegara, mereka seharusnya mengangkat Bahasa Melayu sebagai tanda cinta dan hormat pada negara.

Menyokong kenyataan Perdana Menteri ini, iGURU Kuala Lumpur menggesa pihak kerajaan untuk melakukan perkara berikut :

1. Membentuk sistem persekolahan yang menggunakan 1 aliran sahaja. Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan sedia ada sudah sangat bagus dan perlu di kembangkan lagi. Ini agar proses asimilasi dapat dilaksanakan dari peringkat awal di samping dapat memperkasa Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantaraan.

2. Pihak kerajaan juga boleh menjadikan Bahasa cina dan Bahasa tamil dijadikan subjek ketiga selepas Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Bahasa Melayu perlu menjadi medium penyatuan kerana negara ini sudah aman damai dengan konsep penyatuan satu bahasa kebangsaan ini.

Hapuskan sekolah vernakular !

Solidariti daripada iGURU KL
Farhana Zawani Bt Md Lazim
YDP iGURU KL

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian