KLS Kedah dedah erti kecemerlangan sebenar

ALOR SETAR, 19 Januari – Karnival Lepasan Sekolah (KLS) anjuran Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) merupakan program yang berjaya mengetengahkan erti sebenar kecemerlangan dalam hidup.

Menurut Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Huzaifah Bin Md Nor, kecemerlangan yang ingin ditunjukkan bukanlah seperti mendapat nilai CGPA 4 flat, mumtaz, semua A+, senarai dekan dan berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara.


“Apa yang sebenarnya karnival ini dianjurkan setiap tahun ialah supaya setiap peserta tahun apa sebenarnya cabang ilmu kerjaya yang mereka mahu ceburi, dan bagaimana ilmu itu memberi manfaat kepada diri, agama, bangsa dan negara.

Beliau yang juga Anggota Jawatankuasa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Alor Setar berkata, seseorang usahawan kosmetik dilihat hebat berjaya sentiasa menerima pulangan lumayan hasil jualan produknya, tetapi jika ianya disebabkan oleh perbuatan menukar jantina diri dan membentuk wajah dan tubuh seolah-olah wanita sebenar, itu bukanlah kecemerlangan yang kita mahu setiap orang Islam kecapi dalah hidup.


Dr. Huzaifah berkata demikian ketika merasmikan KLS peringkan negeri Kedah yang diadakan di Dewan Menara Zakat di sini, pagi tadi.

Karnival itu diserikan dengan kehadiran selebriti Instagram tersohor di kalangan remaja masa kini, Aniq Muhai yang berkongsi tips-tips menghadapi fasa kehidupan selepas sekolah agar kekal dekat dangan agama.


Dalam karnival itu juga sarat dengan pelbagai perkongsian tentang berbagai-bagai jenis kerjaya termasuklah kedoktoran, pengajian Islam, geosains, kejuruteraan dan farmasi serta tips mengenal kecenderungan diri oleh kaunselor berpengalaman.


Kira-kira 100 orang peserta dari seluruh negeri Kedah hadir ke karnival itu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian