Penubuhan ISMA Jerman bukti ISMA kian mengorak langkah

Derby, 24 Dis – Buat julung kalinya pada program Jalinan Ukhuwwah Musim Sejuk (JUMS) 2018, ISMA Jerman telah dilancarkan pada majlis penutup program tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ir. Tuan Haji Lukman Al-Hakim, selaku Ketua Biro Luar Negara ISMA, juga merangkap speaker undangan JUMS 2018, kerana sudi melancarkan ISMA Jerman.

Majlis pelancaran dimulakan dengan penyerahan buku catatan Dakwah Merentas Benua kepada Pengerusi ISMA Jerman, Muhammad Hasif Kamil, sebagai simbolik penyerahan tugas dakwah kepada kesemua ahli ISMA di Jerman. Majlis pelancaran itu kemudiannya diikuti oleh ucapan ringkas daripada Pengerusi ISMA Jerman sendiri.

Dalam ucapan, beliau telah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ISMA UK-Eire dan Biro Luar Negara ISMA di atas segala sokongan dan dorongan yang telah diberikan, sehingga tertubuhnya ISMA Jerman ini. “Semoga dengan pelancaran ini, kami, ahli-ahli ISMA Jerman, akan lebih bersemangat untuk memantapkan lagi usaha dakwah kami di Jerman, terutamanya kepada saudara seagama dan sebangsa”, sambung beliau.

Menurut beliau, perbezaan dari segi taburan pelajar Malaysia dan kepelbagaian kursus pengajian di Jerman dan di UK, di samping membawa cabaran-cabaran tertentu, boleh juga membuka peluang untuk membangunkan strategi baru bagi proses tajmik. Akhir sekali, beliau berharap, sekiranya tiada aral melintang, agar ISMA Jerman dapat menganjurkan program JUMS mereka sendiri pada tahun hadapan.

Biro Komunikasi dan Multimedia ISMA UK-Eire

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian