111 Peserta Meriahkan KLS Samarahan, Buktikan KLS Jenama yang Dipercayai!

oleh: Mohammed Rasheedan bin Ellin

Kota Samarahan, 19 Jan – Seramai 111 orang peserta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar Samarahan dan Kuching telah berkampung seharian di Dewan Suarah Kota Samarahan untuk menjayakan Karnival Lepasan Sekolah (KLS) anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Samarahan dan Kelab Remaja ISMA (KRIM) Samarahan baru-baru ini.

Program yang dianjurkan setiap tahun ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang hala tuju selepas SPM dan menyediakan persiapan jiwa dan material sebelum mereka melangkah ke menara gading.

“PEMBINA dan KRIM komited untuk membantu para lepasan SPM menemui jalan terbaik dan membimbing mereka agar mampu mandiri semasa berada di alam universiti. Program kita tidak terhenti setakat KLS hari ini, tetapi jika para pelajar memasuki universiti nanti, mereka akan terus dibimbing oleh aktivis PEMBINA kita yang berada di hampir setiap universiti awam di Malaysia. Itu uniknya kita!” ujar pengarah KLS 2019, saudara Muhammad Nur Arif dalam ucapan penutupannya.

Antara slot yang dibentangkan dalam KLS kali ini ialah “What’s Next After SPM?”, “Taklimat Tajaan, Biasiswa dan Pinjaman Pendidikan IPT” dan “Slot Perkongsian: TVET” yang disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman.

“Hari ini kita menerima peserta dengan jumlah yang agak ramai dari sebelum ini. Menariknya, para peserta bukan sahaja daripada sekolah di sekitar Samarahan, namun ada yang hadir adalah peserta dari sekolah-sekolah terkemuka di Malaysia (namun tinggal di Samarahan atau Kuching) seperti MRSM Tun Ghafar Baba, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER). Kita amat teruja dengan variasi peserta kali ini.” Ujarnya lagi.

Peningkatan penyertaan dan penganjuran Karnival Lepasan Sekolah (KLS) di seluruh negeri di Malaysia membuktikan jenama dan kebolehpercayaan program ini telah diterima baik dan dipercayai oleh masyarakat. Menurut pihak penganjur juga, ada dalam kalangan peserta bertolak seawal lima pagi kerana rumah mereka terletak lebih 50KM jauhnya daripada lokasi penganjuran.

“Apa yang membuatkan KLS istimewa adalah para fasilitatornya yang terdiri daripada para pelajar universiti sendiri, yang masih dan sedang melalui zaman universiti dalam ruang generasi yang tidak jauh dari para peserta. Hanya beza setahun dua. Jadi, perkongsian ini amat praktikal dan “up-to-date”.” Ujar salah seorang peserta ketika ditemubual oleh wartawan.

Turut memeriahkan aktiviti pada hari kejadian ialah pameran-pameran informasi kerjaya, sesi “Meet & Greet” bersama penulis buku, sesi forum survival kampus, ujian personaliti dan sesi LDK yang menyeronokkan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian