Ahli ISMA Kuala Pilah perlu berani menghadapi cabaran

KUALA PILAH, 4 Februari – “Dakwah kita ini lahir dari rahim nenek moyang kita bangsa Melayu yang telah berjuang demi menegakkan Islam di Tanah Melayu. Perjuangan mereka cukup hebat dan sudah termaktub dalam lipatan sejatah.

Namun situasi politik masakini telah mencetuskan kerisauan kepada kita, di mana berlakunya ketidakstabilan pemerintahan kerajaan yang baharu. Walaupun begitu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) akan terus komited demi memperjuangkan Islam di muka bumi ini serta menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Islam,” ujar Tuan Haji Mohamad Nor Sazelim bin Mohamad yang merupakan Bendahari Agung ISMA Pusat.

Beliau telah berucap bagi merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ISMA cawangan Kuala Pilah yang telah berlansung pada 3 Februari 2019 yang lepas. Mesyuarat tersebut menerima kehadiran ahli dan jemputan luar seramai hampir 30 orang.

Beliau juga membawa kisah perjuangan Ashabul Kahfi, Nabi Yusuf dan Ashabul Ukhdud yang sarat dengan pengajaran dan ketegasan mereka dalam mempertahankan Islam. Beliau berharap agar semua ahli mampu memcontohi kesungguhan dan komitmen pejuang Allah tersebut.

Tuan Haji Mohamad Nor juga berbesar hati menandatangani petisyen Kempen Malaysia Negara Islam yang baru sahaja dilancarkan oleh ISMA, yang bertujuan mempertahankan status Malaysia sebagai sebuah Negara Islam dan sama sekali menolak dakwaan golongan yang cuba menukar status tersebut.

Encik Nizam bin Mohd Saad telah dipilih sebagai Yang Di Pertua ISMA cawangan Kuala Pilah yang baharu manakala Ustaz Hazmi dilantik sebagai Naib Yang Di Pertua. Seramai 7 orang ahli jawatankuasa juga telah dipilih bagi mengemudi ISMA cawangan Kuala Pilah. Moga dakwah ISMA di Kuala Pilah akan terus berkembang pada masa hadapan. 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian