Islam terus dicabar dan terancam oleh agenda fahaman luar – Dr Mohamad Nor Sundari

Oleh Hazwani Liana Abbas

KUANTAN, 15 Feb. – Kedudukan Islam di Malaysia hari ini terus dicabar serta semakin terancam dengan agenda fahaman Barat yang berorientasikan demokratik liberal dan juga agenda fahaman komunis sosialis di sebelah Timur termasuk fahaman Islam liberal dari Timur dan Barat.

Demikian menurut Yang Dipertua (YDP) Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kuantan Sesi 2017-2019 ketika menyampaikan ucaptama Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2019 Sesi 2019-2021 di Auditorium Utama, Kuliyyah Farmasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, terkini serangan dan pembantaian terhadap umat Islam terus berlaku seperti bangsa Uighur Muslim di China dan rakyat Rohingya di Mynmar serta di seluruh dunia ditindas oleh penguasa zalim yang didokong perancangannya oleh musuh-musuh Islam.

“Tanpa kita sedari ancaman ini telah menular di negara kita apabila berlaku penguasaan dan persengketaan di Laut China Selatan oleh kuasa-kuasa besar China dan Amerika.

“Penguasaan Yahudi dan Envengalis Kristian di Asia Tenggara juga telah memberikan ancaman ke atas Islam,” ujarnya.

Sambung beliau, semua ini akan menyebabkan kedaulatan serta masa depan Islam untuk anak cucu pewaris agama dan bangsa di tanah air dan nusantara ini akan terus terancam.

AGM yang diadakan setiap dua tahun ini adalah untuk memilih barisan ahli jawatankuasa Isma cawangan Kuantan yang baharu bagi sesi 2019-2021.

Antara aktiviti menarik sepanjang AGM ini berlangsung adalah Pelancaran Kempen Malaysia Negara Islam Peringkat Negeri Pahang, tayangan video montaj Isma dan aktiviti Wanita Isma, persembahan Silat Hang Tuah dan Sajak Belia, penyampaian anugerah kepada ahli dan cenderamata tetamu serta sesi cabutan bertuah.

AGM pada kali ini turut dihadiri oleh beberapa tetamu kehormat yang dijemput khas daripada Parti Islam Se Malaysia (PAS) Kuantan, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) bagi memeriahkan AGM yang diadakan secara besar-besaran kali ini.

AGM 2019 kali ini memperlihatkan sistem undian berkomputer telah dijalankan bagi memudahkan perwakilan melakukan undian secara pantas dan lancar.

Melalui undian yang dilakukan, YDP, Naib YDP dan tujuh ahli jawatankuasa baharu telah berjaya dipilih.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian