NAZIM DHL Adakan Program Jejak PDRM

Oleh : Intan Syazwani Azmee

BANGI, 3 Mac 2019  – Seramai 71 orang peserta yang terdiri daripada ahli Kelab Anak-Anak Hebat Nadi Al-Azim (NAZIM) daerah Hulu Langat bersama 9 orang pengiring telah menyertai Program Jejak PDRM, baru-baru ini.

Image may contain: 7 people, people smiling, people sitting and indoor

Program Jejak PDRM dijalankan bersempena Hari Angkatan Tentera Darat Malaysia ke 86 yang disambut pada 1 Mac lalu dengan mengadakan lawatan ke Muzium PDRM di Kuala Lumpur.

Lawatan yang bertemakan Mewarisi Kehebatan Pahlawan Negara ini telah memberi pendedahan kepada para peserta tentang pengorbanan serta perjuangan warga tentera darat dalam mempertahankan keamanan negara. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada anak-anak NAZIM menyertai program lawatan sambil belajar.

Jurucakap rombongan terbabit, Halilah Mohd Naem berkata, program lawatan sambil belajar seperti ini adalah salah satu aktiviti tahunan kelab Nazim untuk anak-anak terbabit dalam menambah pengetahuan asas mereka, khususnya yang berkaitan dengan sejarah dan negara.

Image may contain: 14 people

Dalam program ini, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan perlu menyediakan tiga soalan berkaitan informasi-informasi yang terdapat di Muzium PDRM.

Mereka diberi taklimat tentang sejarah penubuhan PDRM dan galeri pameran sekitar muzium. Sesi soal jawab antara kumpulan dijalankan seusai lawatan di Muzium PDRM.

Peserta kemudiannya bergerak ke Planetarium sebagai lokasi kedua Program Jejak PDRM.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian