Usah terperangkap dengan permainan Istilah DAP



Apabila ada usaha ke arah kesatuan umat Melayu Islam, geng DAP terus melatah. Lim Guan Eng menyatakan bahawa penyatuan ini sebagai pengisytiharan perang terhadap bukan Islam. Nga Kor Ming pula menyamakan ia dengan Taliban. Chew Chong Sin menyatakan ia akan membuka ruang kepada kumpulan pengganas asing.

DAP ni main bubuh sahaja. Sekiranya terdapat sebarang usaha ke arah kesatuan orang Melayu Islam mereka akan keluarkan macam-macam perkataan yang boleh menimbulkan persepsi bahawa usaha kesatuan ini adalah suatu yang merbahaya dan boleh memberi ancaman, ataupun akan digambarkan dengan keadaan yang sangat buruk dan jijik.

Isunya bukanlah isu nama atau istilah sangat, mungkin selepas ini akan keluar tuduhan atau istilah lain. Akhirnya bubuhlah nama apapun, isunya adalah isu kenapa atau ‘Why’. Kenapa keluar bermacam-macam istilah atau label ini?. Ia adalah kerana mereka tidak ingin usaha kesatuan di antara umat Islam berjaya. Kesatuan umat Islam bermakna kehilangan dominasi kuasa DAP.

Perkara ini amat menggusarkan DAP. Jadi bubuhlah apa nama atau istilah sekalipun yang penting tujuannya adalah supaya kesatuan umat Islam dilihat sebagai sesuatu yang memberi ancaman dan jijik. Sekiranya persepsi ini berjaya ditanam dominasi kuasa akan kekal dalam tangan mereka.

Jadi usah terperangkap dengan permainan istilah yang di timbulkan tetapi fokus kepada sebab kenapa keluarnya istilah-istilah tersebut. Kenapa mereka boleh berhenti ketika azan tetapi tidak boleh menerima kesatuan? Kerana berhenti ketika azan tidak memberi kesan kepada dominasi kuasa DAP tetapi kesatuan adalah sebaliknya.

Ustaz Mus’ab Norkefli
Naib Yang Dipertua ISMA Hulu Langat

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian