Anugerah Tokoh Tarbiah (DASAR 20): Hargai jasa aktivis
oleh: Mohammed Rasheedan bin Ellin
MIRI, 20 April – Daurah Sarawak (DASAR) ke-20 telah melabuhkan tirai dengan kejayaan dan kecemerlangan Isma Samarahan merangkul empat anugerah dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan yang julung-julung kali dianjurkan dalam DASAR.
Majlis Anugerah Kecemerlangan diadakan untuk menghargai pencapaian cemerlang aktivis Isma Sarawak dan agensinya. Salah satu anugerah yang berjaya dirangkul oleh ISMA Samarahan adalah Anugerah Tokoh Tarbiah kategori wanita yang telah dianugerahkan kepada Nurfatin Nadhirah binti Abdul Rahim.
Nurfatin Nadhirah atau lebih mesra dengan panggilan Fatin adalah salah seorang aktivis PEMBINA (sayab belia ISMA) yang sangat komited dan cemerlang dalam tugasnya.
Menurut kenalan rapat, sebagai seorang murabbiah, dia memiliki kualiti kepimpinan peribadi yang sangat tinggi dan disebabkan itu, dia mampu memimpin anak-anak buah dan rakan-rakannya dengan baik.
“Dalam keadaan dia sakit dan terpaksa pergi ke hospital hampir setiap hari untuk menerima rawatan, dia tidak melepaskan tanggungjawab dia begitu sahaja, dia tidak pernah susahkan sesiapa (kerana keadaan kesihatannya). Sakit atau demam dia tidak suka susahkan orang dan tetap memberikan komitmen untuk hadir ke program. Dalam diri dia ada kualiti pengorbanan yang cukup besar untuk dicontohi” komen kenalan rapat beliau.
Dikenali sebagai seorang yang cemerlang dalam pengurusan amal dakwah dia juga seorang yang cemerlang dalam pengajian beliau. Beliau sekarang sedang menuntut di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam bidang Sarjana Sains Kognitif.
Semoga dengan pengiktrafan yang diberikan kepada beliau, aktivis lain dapat menjadikan ia sebagai sumber inspirasi dan dorongan untuk beramal. Semoga Allah menjaga keikhlasan kita semua dalam melaksanakan tuntutan dakwah ini sentiasa.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan