Smart Aulad Circle: Ahlan Ya Ramadhan

KEMAMAN, 19 April- Program Smart Aulad Circle (SAC),  “Ahlan Wasahlan ya Ramadhan” anjuran Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) cawangan Kemaman telah diadakan dengan jayanya pada hari Jumaat yang lalu di Balai Ukhwah dan Dakwah (BUDI) Isma Kemaman.

Seramai 40 orang anak-anak yang terdiri daripada 20 lelaki dan 20 perempuan telah menyertai program SAC pada kali ini.

Sempena menyambut Ramadhan yang bakal tiba, pelbagai aktiviti ilmiah dan praktikal telah di jalankan; seperti solat sunat Dhuha, kuiz Ramadhan, dan membuat kraf Jadual Ramadhan.

Rata-rata ibu bapa yang menghantar anak-anak ke program SAC mengucapkan rasa terima kasih kepada pihak NAZIM Kemaman kerana menganjurkan program yang bermanfaat untuk mengisi masa dengan aktiviti berfaedah.

“Seronok. Lain kali nak datang lagi”, ujar Hadif bin Nurul Azmir.

Peserta dengan Kalendar Ramadhan

Pengarah program, Puan Nura Ruhaya binti Abdul Halim mengatakan bahawa aktiviti seperti ini sentiasa mendapat sokongan daripada pihak ibu bapa.

“Saya berharap agar anak-anak dapat membawa pulang ilmu yang bermanfaat”, ujarnya lagi.

Program-program anjuran kelab NAZIM mempunyai misi untuk menerapkan kefahaman yang jelas agar anak-anak mempunyai matlamat dan jati diri serta menjadikan Islam sebagai cara hidup.

.

 

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian