Geng Ngaji Ustaz Sofee bantu enam beradik, yang kematian ibu

Oleh: Ahmad Safwan Johari

REMBAU, 6 Mei – Geng ngaji Astana Raja yang dikendalikan oleh guru Al- Quran yang lebih dikenali sebagai Ustaz Sofee, telah mengambil inisiatif membantu penduduk kampung Astana Raja yang berada dalam kesusahan.

Menurut ustaz Sofee, usaha yang dijalankan ini adalah atas rasa tanggungjawab sebagai muslim seperti yang dianjurkan di dalam Al- Quran untuk bertolong bantu dalam perkara kebaikan dan taqwa, apatah lagi jika saudara muslim berada dalam kesusahan.

Bantuan yang disampaikan adalah berupa barangan keperluan asas seperti susu, minyak masak serta wang tunai berjumlah RM 600.  Turut hadir bersama menyampaikan sumbangan adalah wakil NGO Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

Antara penerima sumbangan ialah 6 orang beradik yang kehilangan ibu mereka akibat kemalangan.

“Kami berharap agar sumbangan kepada penduduk dapat diberikan secara menyeluruh bukan sekadar barangan keperluan asas. Misalnya aspek pendidikan anak-anak dari sudut akademik mahupun agama. Kami sendiri telah berbincang dengan penjaga anak-anak ini untuk memberikan pendidikan Al-Quran secara percuma” ulas beliau.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian