Ramadan bulan keberkatan

Hidup ini adalah satu perjalanan yang panjang. Ia memerlukan kepada bekalan bagi membolehkan kita sampai ke destinasi dengan selamat dan tepat. Kita berhajat kepada banyak perhentian untuk menghilangkan kepenatan dan kelesuan. Begitulah musafir kita menuju akhirat, sungguh jauh dan penuh liku yang sangat berhajat kepada bekalan untuk menjamin bahagia diakhirnya.

Allah telah menjadikan Ramadan sebagai satu pengkalan yang lengkap dengan segala keistimewaan, keberkatan dan kebaikan bagi mereka yang berazam merebut peluang yang ada.

Ramadan Kareem..Ramadan Kareem !!

Ramadan datang lagi… ahlan Ya Ramadan.. Inilah perhentian Ramadan.. Ambillah sebanyak mungkin bekalan. Rasulullah junjungan kita sangat gembira, para sahabat bergembira, kita gembira. Ummah seluruhnya gembira dan saling mengucapkan Ramadan kareem, ahlan ya Ramadan..

Kenapa kita bergembira??

Kerana ibadah puasanya, syurganya yang terbentang luas sedang neraka ditutup rapat, makhluk bernama syaitan yang sering menganggu manusia dibelenggu erat padanya. Ada satu malam yang lebih baik dari seribu malam yakni Lailatul Qadar.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah apabila hadirnya Ramadan.

Rasulullah SAW bersabda:
“Telah datang kepada mu Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan, dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dibelenggu syaitan dan padanya ada satu malam yang lebih baik dari seribu malam, siapa yang tidak mengambil kebaikanya maka sesungguhnya dia tidak memperolehinya”

Inilah berita gembira yang dikabarkan oleh Baginda Rasulullah SAW kepada ummatnya. Pesanannya lagi agar ummatnya menjalani perintah ini dengan penuh keinsafan.

“Barang siapa yang menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan keinsafan diampun dosa yang telah lalu dan yang akan datang”.

MasyaAllah Kareem! Ramadan Kareem.. Ramadan Kareem

Berbunga bunga hati ini menanti kehadiranmu…

“SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK”

Ustazah Norhayati A Salle,
Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)
Cawangan Kuantan

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian