500 hadir Rumah Terbuka Aidilfitri ISMA Subang Jaya

Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi

SUBANG JAYA, 24 Jun – Kira-kira 500 orang hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Subang Jaya yang diadakan di Dewan Cendana Alam Megah, tengahari semalam.

Majlis yang diadakan secara santai dan sederhana itu diserikan dengan kehadiran pimpinan ISMA pusat termasuk Amir ISMA, Ustaz Haji Abdullah Zaik bin Abdul Rahman dan isteri, Ustaz Mohd Rusdi bin Alias dan Ustaz Mohd Rizal bin Sabran.

Majlis turut menerima kunjungan daripada pimpinan parti politik Islam setempat termasuklah BERJASA dan PAS, pimpinan masjid dan surau seperti Masjid Al-Falah, Masjid Bukit Lanchong dan Surau Al-Madaniah, wakil-wakil pertubuhan Islam serta persatuan penduduk setempat.

Yang Dipertua Isma Subang Jaya, Ustaz Muhd Farhan bin Muhd Fadhil dalam ucapan alu-aluannya menyeru agar persaudaraan silaturahim sesama orang Islam perlu sentiasa dipupuk demi memperkuat agama Islam di tanah air tercinta.

Majlis juga diserikan dengan penyampaian duit raya kepada anak-anak cilik yang hadir dan penghargaan kepada ahli-ahli Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) Subang Jaya yang berjaya menyempurnakan puasa Ramadan.

Isma Subang Jaya yang merupakan antara cawangan Isma termuda di negeri Selangor memfokuskan aktiviti dakwah, kebajikan Islamiah dan pembangunan jatidiri masyarakat di 3 kawasan utama iaitu Subang Jaya – USJ, Alam Megah dan Puchong.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian