‘KITA RAYA NAK BERSATU, BUKAN BERPECAH’

Ambil peluang hari raya ini untuk lupakan persengkataan, bersepakatlah demi menjamin kesejahteraan ummah

PASIR PUTIH, 18 Syawal 1440H, Sabtu –
Pengarah program Haflah Raya ISMA Pasir Putih, Ustaz Mohd Sallehuddin bin Mahmud mengingatkan para tetamu majlis supaya manfaatkan peluang yang ada pada hari raya untuk mengeratkan hubungan sillaturrahim sesama umat Islam serta lupakanlah segala perbezaan dan tamatkanlah semua persengketaan. 
Pengarah program Haflah Raya ISMA Pasir Putih, Ustaz Mohd Sallehuddin bin Mahmud

“Di Aidilfitri inilah kesempatan terbaik untuk saling melupakan semua perselisihan dan persengketaan dan mengukuhkan kerjasama di antara individu. Ambillah peluang ini untuk kita saling bermaaf-maafan dan kukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin.”

Sehubungan dengan itu, dalam sesi temu ramah bersama Pengerusi Perhubungan BERJASA Negeri Kelantan, Ustaz Abdul Rahman bin Iskandar, beliau berkata dominasi kuasa politik orang Melayu akan lebih kuat dengan adanya kerjasama rasmi antara PAS dan UMNO baru-baru ini.
Ketua Perhubungan Barisan Jemaah Islamiah Berjasa (Kanan)

“Kerjasama PAS dan UMNO merupakan satu pencapaian strategik untuk kembalikan semula dominasi politik orang Melayu terutamanya. Dengan adanya kerjasama ini, kepentingan orang Melayu lebih terjamin malah boleh memberi peringatan kepada DAP dan parti yang bersekongkol dengannya supaya menghormati perlembagaan dan hak-hak majoriti.”

Majlis Haflah Raya ini turut dihadiri beberapa orang tetamu khas, antaranya Pengerusi Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan, Dato’ Haji A. Aziz bin Haji Deraman, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Besut (IT BEST), Pn Engku Rafieah Engku Ismail, Pengurus Aman Palestin Kelantan dan YDP ISMA Kota Bharu.
Pengerusi Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan, Dato’ Haji A. Aziz bin Haji Deraman (Yang ke-6 dari kiri)

Suasana meriah haflah raya ISMA Pasir Putih

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian