Rakyat nak berjimat tapi menteri tak faham: Aminuddin

BANGI, 22 Zulkaedah 1440H, Rabu – “Menteri Kewangan kata kita kena berbelanja supaya ekonomi meningkat. Tapi beliau tahu atau tidak, rakyat bukan berjimat tapi sebenarnya memang tidak cukup duit nak belanja.”

Demikian bidas Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya mengulas kenyataan Lim Guan Eng, kononnya ekonomi Malaysia akan jatuh merudum sekiranya rakyat tidak berbelanja.

Guan Eng berkata, rakyat perlu pandai menguruskan kewangan masing-masing walaupun ia sesuatu perkara yang agak sukar dilakukan.

“Kalau hendak rakyat berjimat sahaja, saya rasa ekonomi Malaysia akan merudum. Ini kerana kita mahu dari segi penggunaan dan perbelanjaan mereka dapat meningkatkan ekonomi negara,” katanya.

Pelik dengan sikap menteri kewangan, Haji Aminuddin yang juga Pengerusi UMMAH mengingatkan Guan Eng bahawa pengangguran sahaja sudah cecah 521,000 orang.

“Ringgit masih lemah. Projek-projek masih tidak berjalan, kalau berjalan pun dapat pada kroni-kroni sahaja. Kalau rakyat nak beli rumah, bukan mudah untuk dapatkan kelulusan bank untuk pinjaman.

“Lagipun, harga rumah pun sudah mahal. Harga barang semua naik, mana ada turun. Tol masih berbayar, hutang PTPTN masih tidak dihapus. Macam ni pun menteri nak salahkan rakyat? Menteri kita ini faham ekonomi atau tidak?,” soalnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian