Sambutan Aidilfitri Isma PD sederhana tetapi meriah
Oleh Habsah Abdul Shaer
PORT DICKSON, 21 Jun. – Majlis sambutan Aidilfitri Isma cawangan Port Dickson telah diadakan secara sederhana tetapi cukup meriah dengan kunjungan tetamu kira-kira 300 orang dari sekitar Port Dickson dan Seremban.
Majlis yang bermula pada jam 8.00 malam ini diserikan dengan persembahan nasyid dari beberapa orang ahli Isma Port Dickson secara solo dan berkumpulan.
Turut hadir memeriah majlis sambutan aidilfitri ini adalah Naib Presiden Isma, Prof Dr. Zainur Rashid Zainuddin, NGO-NGO lain dan AJK masjid dan surau yang berdekatan.
YDP Isma Port Dickson, En. Ja’far Suradi dalam ucapan alu-aluannya menyeru agar berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar bagi menyelamatkan umat Islam dari perpecahan akibat pengaruh fahaman Islam Liberal pada masa kini.
“Ambillah kesempatan sempena aidilfitri ini untuk kita memperkukuhkan perpaduan, menjalinkan silaturrahim dan mengeratkan hubungan sesama kita,”
“Hari Raya Aidilfitri juga adalah hari untuk kita meraikan kemenangan besar di mana kita diberi pengampunan, menjadi suci bersih seperti di awal kelahiran kita,” tambahnya lagi.
Meskipun majlis diadakan pada sebelah malam, suasana kemeriahan begitu terasa dan kemesraan turut terjalin antara ahli Isma dan para hadirin yang hadir.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan