Umat Islam mesti sebarkan dakwah, pertahan Islam

Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi

SUBANG JAYA, 31 Ogos – Ketua Biro Tarbiyah ISMA Cawangan Subang Jaya, Ustaz Haji Mohd Azrin Samsudin menyeru umat Islam supaya menyebar luaskan dakwah Islamiah kepada orang ramai dan sentiasa mempertahankan agama Islam daripada ditindas.

Menurut beliau, Islam ialah agama sebenar yang diturunkan Allah ke bumi untuk seluruh manusia akhir zaman.

“Islam ialah agama yang cukup mudah dan memudahkan buat semua.

“Contohnya dalam bab solat, Allah s.w.t. tidak kata kalau nak solat mesti pakai jubah, atau kain pelikat, tetapi cukup sekadar menutup aurat, begitu mudah.

“Tak perlu usung bawa batu ke sana, ke mari seperti golongan Syiah,” ujarnya.

Kata Ustaz Azrin lagi, golongan celaru identiti yang memperjuangkan liberalisme dan sekularisme sengaja mengatakan Islam ialah agama yang menyukarkan hidup yang perlu ditinggalkan, walhal bukan begitu.

“Sehebat-hebat penghayatan terhadap ajaran Islam telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s. yang setelah sekian lama berdoa dan berharap agar dikurniakan anak, Allah s.w.t. kurniakan baginda dengan Nabi Ismail a.s.

“Ketaatan Nabi Ibrahim a.s. diuji apabila putera yang dicintainya diperintah Allah s.w.t. supaya disembelih, namun baginda da Nabi Ibrahim akur pada arahan yang diberikan demi ketundukan kepada Islam.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah bertajuk “Ini Negara Perjuangan” di Masjid Al-Faizin Seksyen 28 Shah Alam, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ustaz Azrin turut menyeru agar umat Islam sentiasa peka dan lantang mempertahankan agama Islam apabila ditindas.

“Peka dan sensitif kepada Islam yang tercinta ialah bukti wujudnya keimanan.

“Kalau kita hiba dengan nasib yang menimpa umat Islam di Palestin, Syria, orang-orang Rohingya, Uighur dan Kashmir, maknanya ada iman dalam diri kita.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian