ISMA sangkal laporan Free Malaysia Today
BANGI, 18 Oktober – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyangkal laporan portal berita Free Malaysia Today (FMT) kelmarin apabila mendakwa ISMA menyeru supaya Sabah dan Sarawak dipisahkan dari Malaysia. Menurut Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, FMT memutarbelit kenyataannya untuk menyatakan sesuatu yang hakikatnya adalah agenda yang mereka perjuangkan. “Saya sama sekali tidak menyentuh hubungan semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dalam kenyataan sebelum ini. “Bahkan saya langsung tidak menyeru Sabah dan Sarawak berpisah dengan Semenanjung. “Jadi saya fikir ini adalah agenda dan strategi mereka. Tujuan mereka hanya mahu menanamkan kebencian antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta mengambil kesempatan daripada suasana keruh ini untuk kepentingan mereka,” jelasnya. Free Malaysia Today telah menyiarkan laporan bahawa pelawaan ISMA menyeru Sabah dan Sarawak dikeluarkan dari Semenanjung disambut baik oleh rata-rata penduduk Sabah dan Sarawak yang ingin menyatakan...