Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Semua pelajar IPT wajib ambil kursus peradaban Melayu dan Malaysia

Imej
TANJUNG MALIM, 31 Oktpber – Institut Peradaban Melayu (IPM) mengesyorkan supaya semua pelajar termasuk pelajar asing di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini harus diwajibkan mengikuti kursus peradaban Melayu dan Malaysia. Pengarahnya, Profesor Datuk Dr. Abdul Latif Abu Bakar berkata, pelajar IPT wajib mengikut kursus peradaban terutama mata pelajaran bahasa, kebudayaan, kesusasteraan Melayu dan sejarah masyarakat negara ini. Katanya, kursus berkaitan peradaban seperti Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) perlu diperkasakan bagi melahirkan pelajar yang berkualiti, modal insan yang bermutu, berdisiplin, mengikut ajaran Islam dan taat kepada perlembagaan dan warisan negara. Beliau berkata demikian ketika berucap pada syarahan perdana bertajuk ‘Gagasan dan Cabaran Dalam Memartabatkan Peradaban Melayu’ di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini. Bagi memperkasa dan memartabatkan warisan peradaban Melayu dan Malaysia, Abdul Latif menc...

Aurat: Wanita ISMA sanggah SIS

Imej
Wanita ISMA menyokong tindakan Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang bertegas dalam penguatkuasaan tatacara berpakaian di kalangan peniaga. Wanita ISMA difahamkan peraturan dan syarat sudah dijelaskan kepada para peniaga melalui kursus “perniagaan mengikut perspektif Islam” seawal penghujung tahun 2013, yang telah diadakan secara berperingkat bagi memaklumkan kepada mereka mengenai Undang-Undang Kecil MPKB sebelum peniaga-peniaga ini mendapatkan lesen perniagaan daripada MPKB-BRI. Wanita ISMA memuji langkah pendidikan yang telah diadakan terlebih dahulu, dengan itu tidak timbul soal kekerasan. Penguatkuasaan ke atas premis perniagaan juga dapat mencegah eksploitasi pekerja wanita yang sering diarahkan majikan yang tidak bertanggungjawab untuk memakai pakaian menjolok mata demi menarik pelanggan. Majikan-majikan sebegini yang seharusnya turut menjadi sasaran penguatkuasaan. Sehubungan dengan tindakan S...

“Ahli ISMA tak baling telur, Dato Seri!”

Imej
BANGI, 30 Oktober – “Penyokong ISMA datang ke mahkamah berbekalkan Al-Quran, bukan telur.” Demikian kata Pengarang ISMAweb Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin menjawab gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar pihak polis bertolak ansur terhadap penyokongnya di luar mahkamah. “Jika Datuk Seri Anwar mahukan layanan sama sepertimana yang penyokong ISMA, maka didiklah penyokong Datuk Seri untuk beradab sepertimana penyokong ISMA. “Penyokong ISMA tak provok polis. Tak baling telur, tak rempuh sekatan polis,” katanya. Sebelum ini ahli dan penyokong ISMA berhimpun di luar Mahkamah Sesyen Kajang dan Istana Kehakiman Putrajaya namun tiada sebarang masalah berlaku. Mereka mendengar ucapan pimpinan, melaungkan kata semangat, berdoa, membaca Al-Quran sepanjang menunggu perbicaraan berlangsung. Sumber

Ambil tindakan segera kembalikan tanah rizab Melayu

Imej
BANGI, 30 Oktober – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menuntut agar pihak kerajaan dengan segera mengembalikan tanah rizab orang Melayu yang sudah semakin menyusut. Ini berikutan seperti pendedahan media baru-baru ini bahawa tanah rizab Melayu kini menyusut kepada 12% yang sepatutnya berjumlah 50% menurut Wasiat Raja Melayu semasa pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 suatu ketika dahulu. Menurut Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, perkara ini perlu tindakan serius. “Sikap membisu kerajaan dalam isu tanah rizab Melayu dipertikai. Ia tidak sepatutnya berlaku ekoran tanah rizab adalah merupakan satu perkara asas dalam menjamin kedaulatan dan survival bangsa Melayu,” katanya. Dalam Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan ada menyebut tanah rizab Melayu yang mahu dibatalkan dan dipindah hak milik perlulah digantikan dengan kawasan sama sifat dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan. Jadi ujar Ustaz Abdullah, bagi mereka yang menyala...

Ada apa dengan Perlembagaan Malaysia?

Imej
Oleh: Ainun Mardhiah Jamaluddin, Tahun 6 Fakulti Perubatan, Universiti Tanta 30 juta. Ya, inilah angka jumlah penduduk Malaysia kini. Namun, masih belum menyamai jumlah penduduk di ibu negara Matahari Terbit, Tokyo yang berpopulasi kira-kira 36 juta orang. Lalu berdasarkan perbezaan angka yang ketara ini, apakah yang mendorong negara kecil seperti Malaysia untuk mempunyai perlembagaannya sendiri? Perlembagaan secara mudah didefinisikan sebagai peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan menentukan pengagihan kuasa sesebuah negara atau masyarakat politiknya. Landskap Malaysia yang diwarnai dengan masyarakat pelbagai kaum menuntut negara ini untuk mewujudkan satu sistem bagi menjaga keharmonian keluarga besar ini seterusnya menjamin keamanan tanah air bertuah ini. Unsur kestabilan ini terserlah apabila kita meneliti isi kandungan Perlembagaan Malaysia satu persatu. Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malays...

Agama Dan Negara: Melangkaui Dua Pendekatan Yang Ekstrim

Imej
Agama Dan Negara: Melangkaui Dua Pendekatan Yang Ekstrim Dr. Khalif Muammar[1] Pendahuluan Istilah politik sebenarnya adalah istilah yang asing dan tidak digunakan oleh umat Islam sehinggalah abad-abad terakhir ini.[2] Dalam peradaban Islam kita memiliki perbendaharaan kata lain seperti al-siyāsah yang lebih dekat dengan jati diri umat Islam dan mencerminkan pandangan alam Islam. Namun begitu, suka ataupun tidak, kita telah terbiasa menggunakan istilah ini untuk merujuk kepada suatu aspek kehidupan bernegara, adanya kerajaan atau pemerintah yang berkuasa dan rakyat yang diperintah mengikut peraturan dan undang-undang yang mengikat setiap individu dalam masyarakat agar kehidupan manusia menjadi aman dan teratur.  Walaubagaimanapun penting untuk kita sedari bahawa istilah politik yang kita gunakan ini sebenarnya datang dari suatu perspektif tententu, suatu pandangan alam (worldview) yang terpancarkan melalui istilah-istilah seumpama ini, dan pandangan alam ini tidak...