Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

Kembangkan potensi remaja mengikut acuan Islam – KRIM Kuantan

Imej
Oleh Norfadilah Hilmi KUANTAN, 28 Nov. – Setiap remaja ada potensi untuk dikembangkan kerana mereka inilah generasi pemimpin masa depan yang perlu dibentuk mengikut acuan Islam. Setiausaha Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan Kuantan, Rosazura Jasmi berkata, jiwa seorang remaja pada zaman moden ini perlu diraikan tetapi mestilah mengikut acuan Islam seperti hiburan, sukan dan sebagainya. “Dalam Islam ada hiburan yang dibenarkan tetapi ia janganlah sampai melalaikan dan perlu memberi kesan positif kepada jiwa remaja seperti lagu berkonsepkan ketuhanan dan kerohanian. “Melalui aktiviti sukan pula, kita boleh didik mereka supaya bersukan dengan menutup aurat secara sempurna dengan tidak memakai seluar pendek bagi pelajar lelaki untuk permainan bola sebagai contoh,” jelas beliau ketika ditemui di program Kem Ibadah anjuran Sekolah Menengah Sungai Isap Murni (SEMURNI) di sini baru-baru ini. Sementara itu, Dr. Mohamad Aiman Mohd Radzman, salah seorang fasilitator semas

ISMA Teraju Usaha Pertahankan Wilayah Islam

Imej
Kuala Lumpur, 17 Rabiul Awal, Sabtu – Hari ini umat Islam berhadapan dengan cabaran liberalisme daripada dalam dan luar negara yang tidak henti-henti mencabar kedaulatan Islam di negara ini. Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana menyahut seruan untuk mempertahankan wilayah Islam dengan mengadakan konvensyen PERTIWI buat julung kalinya. Bertemakan ‘Mendepani Cabaran Dakwah Islam Era Malaysia Baharu’, konvensyen ini berjaya mengumpulkan kira-kira 1000 orang di Dewan Tun Dr. Ismail, Putra Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. “Umat Islam kini berada dalam suasana kritikal yang menentukan masa depan Islam yang seterusnya. Ini tanggungjawab kita untuk menyedarkan umat Islam yang sedang tidur. Sejak Malaysia Baharu, ada pihak yang semakin lantang mengeluarkan suara mereka yang bercirikan liberalisme”, tekan Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahaya ketika memberi ucaptama. Manakala Amir Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman memberi penekanan terhadap

KENYATAAN MEDIA-ICERD

Imej
KENYATAAN MEDIA ULASAN RATIFIKASI ICERD OLEH KERAJAAN   Isu ratifikasi ICERD telah menjadi perbincangan pada skala nasional. Pihak kerajaan telah mengeluarkan pelbagai pandangan yang bertentangan antara satu sama lain. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy menjelaskan bahawa kerajaan akan meratifikasi ICERD bersama 6 lagi konvensyen antarabangsa pada suku pertama tahun hadapan. Manakala menteri di jabatan yang sama iaitu Datuk Seri Mujahid Yusuf Rawa pula berkata, ICERD akan diratifikasi dengan reservasi. Menteri Dalam Negeri pula, Tan Sri Muhyidin Yasin memberi pandangan bahawa kerajaan tidak akan terburu-buru dalam soal ini.  Tokoh perundangan, ilmuan, ulamak serta masyarakat awam memberi pelbagai reaksi menentang sama ada melalui melalui kenyataan, wacana mahupun berdemonstrasi secara aman. Sehingga kini, lebih 113 000 petisyen atas talian telah dibuat oleh rakyat untuk menolak ICERD. Keadaan kusut ini memberi indikator bahawa tiada pendirian konkrit yang diam

ISMA Kuala Lumpur raikan atlet KERIS 2018

Imej
Oleh : Ahmad Hisyam Sabrani KUALA LUMPUR, 11 Nov – Majlis penghargaan atlet ISMA KL telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Umar al-Khattab, Pejabat ISMA Kuala Lumpur. Majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Yang Di Pertua ISMA KL, Dr Osman bin Md Rasip, bertujuan menghargai sumbangan para atlet dalam kejohanan Karnival Sukan ISMA Selangor (KERIS 2018) baru-baru ini. Dalam ucapannya, Dr Osman menzahirkan rasa syukur dan bangga atas persembahan cemerlang para atlet sehingga berjaya merangkul beberapa pingat yang dipertandingkan. Menurut beliau, pencapaian yang boleh dibanggakan ini adalah hasil komitmen para atlet yang ditunjukkan dalam sesi latihan berterusan di bawah bimbingan jurulatih setiap pasukan. KERIS 2018 telah berlangsung pada 4 Nov 2018 yang lalu bertempat di Universiti Multimedia Malaysia (MMU) Kampus Cyberjaya. KERIS telah mempertemukan 8 cawangan ISMA sekitar Lembah Klang dalam enam acara berasingan. ISMA KL berjaya merangkul pingat emas menerusi acara bola

Sejarah tercipta di KERIS 2018

Imej
Karnival Sukan Isma Selangor (KERIS) 2018 merupakan pertandingan sukan antara cawangan-cawangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang berada di negeri Selangor bagi memupuk amalan riadah (bersukan) sebagai satu kegiatan yang bermanfaat untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan minda di kalangan ahli-ahli Isma di negeri Selangor khususnya. Isma cawangan Daerah Hulu Langat bertuah apabila secara rasmi telah dipilih sebagai tuan rumah KERIS 2018. KERIS 2018 juga bertujuan melahirkan generasi yang cergas, sihat, kuat dan lasak dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani sebagai aset penting Negara selain memupuk semangat ukhuwwah dan persaudaraan serta mengeratkan silaturrahim sesama peserta KERIS 2018. Sebanyak 6 cawangan Isma di bawah negeri Selangor iaitu Isma Daerah Hulu Langat, Isma Kajang, Isma Shah Alam, Isma Klang, Isma Subang Jaya serta Isma Gombak telah menyertai KERIS 2018 selain tambahan dua lagi jemputan Isma cawangan di luar negeri Selangor iaitu Isma Kuala Lumpur dan Isma Se

Erti Kegembiraan buat Sang Humanis

Imej
  Pautan video tersebut dibuka. Video tersebut adalah sebuah dokumentari yang diterbitkan mengenai aktiviti yang dijalankan di Gunung Kemukus di Indonesia terbitan saluran Australia. Tempat berjalannya ritual dan pesta seks bagi meraikan peristiwa Putera Pangeran Samodro yang melarikan diri bersama kekasihnya yang merupakan ibu tirinya. Orang ramai datang ke situ pada hari ‘Jumaat pon’, hari Jumaat yang bertemu dengan lima hari dalam kalendar Jawa, untuk melakukan perbuatan terlarang, terkutuk seperti hubungan seksual, berhibur dengan bukan pasangan masing-masing kerana mempercayai jika melakukan sesuatu yang memalukan di situ maka, mereka akan mendapat kejayaan dan dimurahkan rezeki. Terdapat beberapa pengakuan daripada pengunjung yang datang untuk hiburan dan bukan kerana ritual tersebut. Keseronokan, dan kegembiraan itu kemahuan manusia. Akan dicari, digali, untuk merasakan sebanyak mana yang boleh didapatinya. Setiap manusia mahukan gembira, itu fitrah. Namun, jika tidak diletak

Karnival Bola Jaring dan Kesihatan Wanita Isma didik peserta menutup aurat

Imej
Oleh Hazwani Liana Abbas KUANTAN, 1 Nov. – Seruan untuk menutup aurat semasa bersukan amat disokong oleh para peserta dan mereka berasa selesa dengan pakaian lengkap seperti yang disyariatkan oleh Islam kepada wanita muslimah. Jurulatih Bola Jaring, Rohani Yusof yang juga dikenali sebagai ‘Coach Adeq’ berkata, Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mempunyai konsep tersendiri iaitu semua peserta perlu terampil secara muslimah ketika perlawanan bola jaring berlangsung. “Jadi, apabila pemain hadir dengan imej seperti syarat yang telah ditetapkan iaitu bertudung dan menutup aurat, hati saya menjadi gembira, kerana sambil bermain kita dapat mengutip pahala. “Saya berharap bahawa inilah titik permulaan hijrah untuk bertudung dan menutup aurat secara lebih baik dan berterusan kepada para peserta yang mungkin kurang menitikberatkan penjagaan aurat sebelum ini di samping dapat menyihatkan badan serta bersilaturrahim sesama peserta yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan remaja d

KENYATAAN MEDIA PENGANJURAN KONVENSYEN PERTAHANKAN WILAYAH ISLAM (PERTIWI) 2018

Imej
Buat julung kalinya, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bersama Majlis Ulama ISMA dan Persatuan Indahnya Islam akan menganjurkan Konvensyen Pertahankan Wilayah Islam (PERTIWI). Konvensyen PERTIWI dijadualkan akan berlangsung pada hari Sabtu, 24 November 2018 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Bertemakan “Mendepani Cabaran Dakwah Islam Era Malaysia Baharu”, konvensyen PERTWI bermatlamat untuk memberi pencerahan kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia berhubung ancaman-ancaman pemikiran asing terutamanya liberalisme, dalam masa yang sama, memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus mempertahankan kedaulatan Malaysia sebagai negara Islam. Konvensyen PERTIWI yang bakal menghimpunkan 1000 peserta dari seluruh Malaysia ini bakal menampilkan tokoh-tokoh nasional dan serantau yang tidak asing lagi yang akan membincangkan tajuk-tajuk penting bagi seluruh umat Islam era Malaysia Baharu hari ini seperti berikut: “Menyingkap Sejarah Liberalisme di Mal