Isma Kuantan sasar lebih banyak sumbangan kepada masyarakat setempat
Oleh Shuhaimi Shaedon KUANTAN, 30 Sept. – “Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berhasrat untuk menyumbangkan sebanyak mungkin kepakaran yang dimiliki oleh ahli-ahlinya kepada komuniti dan masyarakat di semua peringkat umur melalui penganjuran Karnival Keluarga Mukmin (KKM) yang diadakan secara berkala bermula tahun ini,” ujarnya. Menurut Yang Dipertua (YDP) Isma Cawangan Kuantan, Ustaz Norman Mohd Nor, dengan cara ini, secara tidak langsung masyarakat boleh mengenali Isma secara lebih dekat dan seterusnya membina potensi dan jatidiri Muslim di dalam diri mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. “Isma juga sentiasa merancang program-program yang bermanfaat kepada masyarakat Kuantan dalam konteks melaksanakan kerja-kerja amal makruf nahi mungkar melalui agensi-agensi dan biro-biro yang bernaung di bawahnya,” jelas beliau. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup KKM 2019 anjuran Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Isma Kuantan di Masjid Saidina Othman Ibn Affa...