Yakin bantu urusan dakwah lonjak kejayaan diri
Oleh Habsah Abdul Shaer BANGI, 30 Nov – Tahniah Fatin Maziyyah Ja’far, anak kepada Yang Dipertua Isma Cawangan Port Dickson atas penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (FPI UKM) baru-baru ini. Keputusan Fatin Maziyyah untuk sentiasa fokus dalam kelas dan memasang perakam suara sepanjang kuliah berjalan membuahkan hasil apabila dia yang lebih mesra dengan panggilan Fatin bukan sekadar menerima ijazah sahaja, malahan menjadi salah seorang graduan cemerlang yang menerima Anugerah Buku Universiti mewakili Jabatan Usuluddin dan Falsafah, FPI UKM “Saya sentiasa fokus dalam kelas dan salin setiap apa yang pensyarah sampaikan. Saya pasang juga perakam suara di telefon supaya apabila ulangkaji, boleh dengar semula andaikata ada nota yang tidak saya fahami,” jelas Fatin mengenang semula kehidupan kampus yang dilaluinya sepanjang bergelar mahasiswa. Fatin menambah, sebagai bendahari Pembina UKM, ma...