Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Bahasa jiwa bangsa, erti sebenar identiti negara

Imej
Oleh: Mohd Naim Yusof 13 September 2020 - Kg. Gong Datok, Kuala Nerus, ISMA cawangan Kuala Terengganu (ISMA KT) dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gong Datok telah menganjurkan sebuah wacana bersama penduduk kampung disini hari ini. Wacana ini telah diadakan di Pusat Komuniti Kampung Gong Datok. Bertemakan bahasa jiwa bangsa, wacana ini telah membincangkan tentang beberapa topik yang menarik mengenai fungsi bahasa kebangsaan sebagai medium perpaduan di sesebuah negara khususnya di Malaysia yang secara maklumnya terdiri dari pelbagai kaum.  Tiga bangsa terbesar Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India seharusnya bersepakat diatas satu identiti negara yang ingin dibina jika mengimpikan sebuah negara yang kuat dan berdaulat serta maju setanding dengan negara-negara maju yang lain. “Saya pernah pergi ke Thailand, semua rakyatnya bertutur dalam Bahasa Thailand. Tidak kira dari bangsa mana, hatta bangsa melayu di Thailand juga fasih berbahasa Thailand.” Berkata Ustaz

Manfaatkan Ramadan kali ini sepenuhnya

Imej
Oleh: Ustazah Fauziah Ibrahim Secara tidak sedar,kita telah berada di bulan Ramadan, masa berlalu begitu pantas, setahun yang berlalu tanpa disedari hanya sekejap sahaja. Sekiranya kita tidak memanfaatkan masa untuk kerja yang berfaedah, pasti kita akan rugi. Bulan Ramadan adalan bulan yang dirindui oleh mereka yang ingin melakukan kebaikan.Ia merupakan bulan yang dirindui oleh Rasulullah dan para sahabat serta para hamba Allah yang soleh kerana mereka boleh menambah amalan kebajikan bagi bekalan hari selepas kematian. Ia sentiasa dinantikan oleh orang yang beriman malahan mereka sentiasa mendoakan seperti yang diajar oleh Rasulullah ketika berada di bulan Rejab lagi. Rasulullah bersabda: اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان Maksudnya : Ya Allah ,berkatilah kami dibulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.(alTabrani, alBaihaqi) Doa inilah yang diulang-ulang oleh Rasulullah apabila mendekati bulan yang mulia ini. Baginda telah mendidik para

Coretan hati : Antara amal dan ukhuwah

Imej
Antara kawanan burung yang terbang bersama, pasti sekali sekala berlaga juga. Mengharapkan cerah berpanjangan, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah ibaratnya perselisihan faham yang menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Dan ianya tidak terkecuali berlaku terhadap orang yang telah beriltizam dalam jalan tarbiyah. Tarbiyah yang pada awalnya dibasahi dengan nilai iman dan ukhuwah, lama kelamaan luntur sehingga tidak ada lagi tanya khabar, senda gurau dalam rutin usrah mingguan. Perbincangan hanya sekitar kerja dan tugasan dakwah yang menuntut keseriusan dan kesungguhan.. Manakala pantauan amal fardhi diremehkan sehingga jarang sekali pertemuan berbentuk berbuka puasa bersama, solat subuh bersama, baca quran dan sebagainya. Sedangkan inilah pertemuan yang menghidupkan semula hati dengan siraman iman setelah ia lama kering dengan mesyuarat dan program Situasi inilah yang menjadi benih awal kepada terbentuknya virus ukhuwah. Virus sepertimana sifatnya akan merebak sehing

Jaga perintah Allah, kunci kejayaan ahli keluarga dalam SPM 2019

Imej
Oleh: M Naim Yusof K. TERENGGANU, 7 Mac – Anak-anak aktivis Isma K. Terengganu yang menduduki Sijil Pelajaran Malysia (SPM) pada tahun 2019 rata-rata memperoleh keputusan cemerlang. Lebih membanggakan lagi, Engku Sofiyyah Hanan binti Engku Omar Amiruddin merupakan anak kepada Yand Di-Pertua (YDP) Isma K. Terengganu memperoleh keputusan 11A dan dianugerahkan pelajar terbaik di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Shaikh Abdul Malik. Antara rahsia didikan keluarga yang dikongsikan oleh Ustaz Engku Omar Amiruddin bin Engku Ali, YDP Isma K. Terenganu adalah dengan memberikan didikan seimbang antara dunia dan akhirat, serta sentiasa meletakkan urusan kita dengan Allah SWT di depan tanpa membelakangkan urusan keluarga. Menurut beliau, keputusan cemerlang ini merupakan anugerah daripada Allah SWT. Walaupun sibuk dengan urusan dakwah dan kegiatan masyarakat, urusan membina keluarga tidak seharusnya diketepikan dan kebergantungan harus diletakkan sepenuhnya kepada Allah SWT dengan