Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Isu murtad mampu menggugat aqidah umat Islam

Imej
KUALA TERENGGANU, 26 November - Tugas masyarakat muslim yang pertama adalah kewajipan untuk memelihara, memperkukuhkan dan menyampaikan aqidahnya sehingga tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Ini merupakan kesinambungan daripada kuliah yang sebelum ini berkenaan asas pembentukan masyarakat muslim iaitu aqidah dan keimanan kepada Allah S.W.T.  yang dikupas daripada buku “Ciri-ciri Masyarakat Islam yang Kita Idamkan” karangan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Ketika mengupas berkenaan tajuk ini, Ustaz Engku Omar Amiruddin Engku Ali telah menyentuh berkenaan isu terkini iaitu isu kebebasan beragama dalam agama Islam. Agama Islam sememangnya unik dan berlainan daripada agama-agama yang lain iaitu Islam terdiri daripada dua unsur iaitu Aqidah dan Syariah. Dalam erti yang lain Islam meliputi hubungan manusia dengan pencipta-Nya dan hubungan manusia sesama manusia. Ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan agama yang lain yang hanya meliputi hubungan antara manusia dengan tu...

Cara-cara khusyu' dalam solat

Imej
KUALA TERENGGANU, 26 November -  Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyu' solatnya adalah dikira sia-sia kerana tujuan solat itu adalah untuk mengingati Allah S.W.T. dan ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.  YDP ISMA Kuala Terengganu, Dr. Razali Musa berkata, apabila seseorang itu lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Jelas beliau, perkara ini merupakan perkara asas yang sangat penting untuk dilaksanakan dan dihayati oleh setiap umat islam kerana itu merupakan kunci kekuatan dan bukti ketaqwaan kita kepada Yang Maha Pencipta. Ketika mengulas kitab Al-Mustakhlas Fi Tazkiyah An-Nufus, beliau menghuraikan secara mendalam berkenaan cara-cara untuk khusyu' dalam solat. Menurut Imam Al-Ghazali, untuk menghadirkan khusyu' di dalam solat, terdapat enam perkara yang perlu kita lakukan semasa mengerjakan solat; Pertama; H...

Doa Nabi S.A.W. kepada kaumnya

Imej
Dalam peristiwa sirah yang masyhur menceritakan perihal Nabi Muhammad S.A.W. pergi berdakwah ke Taif bersama dengan anak angkat beliau, Zaid Ibn Harithah. Semangat yang berkobar-kobar untuk melihat penerimaan penduduk Taif terhadap Islam bertukar menjadi tragedi sedih. Bukan sahaja mereka tidak menerima dakwah Nabi S.A.W. malahan mereka dihalau keluar dengan lemparan batu yang amat menghinakan. Hati dan sanubari berasa begitu sayu dan pilu mengenangkan peristiwa kesungguhan baginda berdakwah menyampaikan seruan Islam kepada kaumnya tanpa mengenal erti penat dan lelah, walaupun diperlakukan sebegitu rupa. Kasih baginda kepada kaumnya diungkapkan melalui doanya yang masyhur, " Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengerti." Adakah doa ini didoakan oleh Nabi S.A.W. kepada kaumnya yang kafir? Bukan sahaja kafir bahkan melempar batu kepada baginda sehingga mengalir darah di kakinya. Situasi ini sayugia dan sewajarnya menjadi contoh dan taula...

Kemantapan Iman asas pembentukan umat Islam cemerlang

Imej
KUALA TERENGGANU, 12 November - "Umum mengetahui masyarakat Arab jahiliyah suatu ketika dahulu merupakan sebuah masyarakat yang sangat tidak bermoral. Berjudi, berzina dan meminum arak merupakan amalan yang telah ‘mendarah daging’ di dalam masyarakat. Seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk, dianggap seolah-olah telah sempurna menjadi lelaki. Wanita pula dipandang rendah dan hina sehingga ada di antara mereka yang menanam bayi perempuan sejurus selepas lahir kerana beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga. Namun, datangnya Rasulullah S.A.W. membawa perubahan yang begitu menakjubkan sehingga masyarakat Arab yang tidak bertamadun itu akhirnya mampu menawan dua pertiga dunia. Apakah rahsia yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. sehingga melahirkan umat yang sebegitu hebat? Asasnya tidak lain dan tidak bukan kerana aqidah dan iman yang tinggi kepada Allah S.W.T.," ulas Ustaz Engku Omar Amiruddin Engku Ali, ketika mengupas buku, "Ciri-ciri...

Mendalami tentang Iman

Imej
Oleh: Abu Zubair Umar bin Al-Khathab radhiyallahu 'anhu berkata kepada sahabatnya, "Marilah kita menambah iman!" Lalu mereka berzikir kepada Allah. Hubaih bin Hamasah radhiyallahu 'anhu berkata, "Sesungguhnya iman bertambah dan berkurang." Dia ditanya, "Apakah tanda bertambah dan berkurangnya?" Dia menjawab, "Jika kita mengingat dan takut kepada Allah, maka itu tanda tambahnya keimanan. Dan jika kita lalai, lupa, dan menyia-nyiakan waktu, itu petanda berkurangnya iman." Ibnu Mas'ud radhiyallahu 'anhu berkata, "Semua keyakinan yang benar adalah keimanan." (Maksudnya keyakinan yang mendorong amal soleh).                                                               Mu'adz bin Jabal radhiyallahu 'anhu berkata, "Marilah duduk bersamaku untuk beriman (berzikir) sesaat."  Al-Hasan Al-Bashri r...

Hilangnya golongan berwudhu’

Imej
KUALA TERENGGANU, 5 November - "Sesungguhnya solat dapat menghindarkan seseorang itu daripada sifat mungkar. Dewasa ini, umat Islam dilihat walaupun bersembahyang namun mereka tetap melakukan kemungkaran. Hal ini menyebabkan ramai kalangan masyarakat mempertikaikan tentang keampuhan solat, namun persoalannya sejauh mana kita benar-benar mengkaji bagaimana solat kita. Oleh yang demikian, kehadiran golongan yang berwudhu’ di dalam masyarakat dilihat penting bagi membangunkan kembali masyarakat yang kian runtuh," ulas Dr. Razali Musa, YDP ISMA Kuala Terengganu yang juga ketua Jabatan Usuluddin, UniSZA, dalam kuliah mingguan Hadis Tsulatsa` hari ini. Beliau berkata demikian ketika menekankan kepentingan khusyu' di dalam solat. "Kehadiran hati dalam solat merupakan aspek yang amat  penting dalam melahirkan khusyu' dalam solat. Manusia yang tak berakal semasa solat akan termakan dengan hasutan syaitan supaya lalai dan tidak khusyu'  di dalam solat, t...

Jenazah ibunda Ustazah Noriah Yusoh selamat dikebumikan

Imej
KUALA TERENGGANU, 6 November –  Jenazah Allahyarhamah Salmah bt Mohd Zain, ibunda Ustazah Noriah Yusoh, Mas'ulah Biro Tarbiyyah ISMA cawangan Klang, yang meninggal dunia kira-kira jam 1.30 tengahari semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu, kira-kira jam 11.00 pagi tadi, dekat sini. Allahyarhamah yang juga merupakan ibu kepada penceramah terkenal iaitu Ustaz Mohd Zawawi Yusoh menyambut seruan Ilahi dengan menuruti pemergian arwah suaminya pada 11 Julai 2011, iaitu kira-kira setahun yang lepas. Semoga Allah mencucuri roh arwah dan moga ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.