Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Kapal terbang kargo bawa bantuan Aman Palestin berlepas esok

Imej
BANGI, 30 Dis – Aman Palestin Berhad akan menghantar barang-barang bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan esok menggunakan kapal terbang. Kapal terbang sumbangan seorang hartawan ini dimaklumkan akan berlepas dari Lapangan Terbang Subang dan akan mendarat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Semua bantuan tesebut akan diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di tempat yang terjejas. Antaranya ialah di Gua Musang, Kuala Krai, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aman Palestin Ustaz Awang Suffian Awang Piut, misi penghantaran ini akan berlepas esok selepas solat zohor. “Manakala untuk kenderaan pacuan empat roda (4WD), mereka akan berlepas selepas solat Maghrib,” katanya yang akan turut serta dalam misi tersebut. Jelas Ustaz Awang, sasaran bantuan setakat ini ialah air mineral, makanan kering seperti biskutdan roti, botol bayi, susu, telekung, sejadah, tuala, kain pelikat, kain batik dan selimut beserta toto. Antara lain

Banjir – Doa anak Gaza untuk Malaysia

Imej
BANGI, 30 Dis – Pada Ahad lalu, seramai 300 orang anak yatim As-Solah, Dier Balah, Bandar Gaza telah berhimpun dan berdoa sebagai tanda solidariti mereka kepada seluruh rakyat Malaysia yang dilanda musibah banjir. Dalam perhimpunan ini, taklimat ringkas berkenaan bencana banjir di Malaysia telah disampaikan. Mereka kemudiannya bergambar beramai-ramai sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan mengangkat beberapa poster yang mengandungi kata-kata semangat. Antara kata-kata semangat itu ialah “Solidarity and Sympathy with the Malaysian People, from Gaza with Care”, “May Allah save our beloved people of Malaysia from the flooding”, “From people of Gaza with love” dan “We are thinking of you and praying for you to recover and to get things back to normal as quickly as possible”. Menurut Ustaz Ketua Eksekutif (CEO) Aman Palestin, Ustaz Awang Suffian Awang Piut, kita sentiasa memberi perkembangan tentang keadaan di Malaysia kepada rakyat Gaza. “Hati rakyat Gaza dan rakyat Mal

Misi bantuan banjir diteruskan ke Temerloh dan Paloh Hinai

Imej
BANGI, 30 Dis – Misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir hari ini diteruskan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bersama Yayasan Ikhlas dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) ke Temerloh dan Paloh Inai, dekat Pekan, Pahang. Ketua misi, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata, mereka telah bergerak jam 11.30 pagi tadi bersama 6 kenderaan pacuan empat roda (4WD), sebuah van, 6 buah bot beserta enjin. Antara yang dibawa ialah makanan beras, makanan dalam tin, pakaian, lampin pakai buang kanak-kanak dan dewasa, air mineral, sabun, ubat gigi dan beberapa keperluan lain. Misi ini disertai seramai 15 orang sukarelawan dan dijangka akan berada di sana selama dua hari. Ujar Hamdan, ketika ini keadaan di Paloh Hinai agak ditenggelami air. “Hari ini kita dikhabarkan mangsa banjir di pusat pemindahan semakin meningkat. “Mungkin keadaan lebih teruk dari sebelum ini. Yang pasti kita akan cuba menembusi kawasan-kawasan yang agak terpencil,” katanya kepada ISMAweb. Sumber

Jumlah mangsa di Kelantan dan Pahang meningkat, di Terengganu, Perak, Johor menurun

Imej
KUALA LUMPUR, 30 Dis – Jumlah mangsa di Kelantan dan Pahang terus meningkat tengah hari ini, manakala di Perak, Terenganu dan Johor menunjukkan penurunan. Di KELANTAN mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 158,476 orang berbanding 142,582 orang pagi tadi. Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, jumlah tersebut melibatkan 39,328 keluarga yang di tempatkan di 317 pusat pemindahan. Daerah Kota Baharu masih menempatkan mangsa paling ramai iaitu 43,558 orang di 63 pusat pemindahan. Tujuh lagi daerah iaitu Pasir Mas menempatkan 9,960 mangsa di 35 pusat, Tumpat (26,602 orang di 32 pusat), Tanah Merah (19,440 di 24 pusat), Kuala Krai (23,500 di 103 pusat), Gua Musang (13,327 di 24 pusat), Machang (8,289 di 34 pusat) dan Pasir Putih 192 di dua pusat), katanya. Di PAHANG keadaan banjir belum menunjukkan tanda untuk pulih apabila terus mencatatkan pertambahan mangsa kepada 49,978 orang berbanding 49,369 orang pagi tadi di 261 pusat pemindahan dalam lapan daerah.

i-Guru sasar kutipan RM30,000 tampung kos perbelanjaan persekolahan mangsa banjir

Imej
BANGI, 30 Dis – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) melancarkan kempen kutipan RM10 daripada setiap guru bagi menampung kos perbelanjaan persekolahan mangsa-mangsa banjir. Setiausaha i-Guru, Cikgu Nur Aizam Idris berkata, kempen ini mensasarkan kutipan sebanyak RM30,000 selama tempoh 10 hari bermula 29 Disember sehingga 7 Januari ini. Tujuannya adalah untuk memberi sumbangan kepada mangsa banjir dalam bentuk barangan persekolahan anak-anak mereka. “Kutipan ini dijalankan khusus di kalangan rakan-rakan guru di semua sek ahli-ahli i-Guru. “Namun kita juga membuka ruang untuk masyarakat awam yang turut sama ingin menyumbang,” katanya ketika dihubungi. Tambah beliau, semua duit akan diserahkan kepada Yayasan Ikhlas untuk membeli barangan persekolahan dan dijangka akan diagihkan di negeri-negeri pantai timur pada hujung minggu hadapan. “Tempat agihan belum dimuktamadkan,” ujarnya. Bagi yang ingin untuk turut memberi sumbangan, boleh terus ke akaun CIMB Yayasan Ikhlas

Bencana dalam kehidupan

Imej
Kata orang tua: “Berat mata memandang berat lagi bahu memikul”. Satu ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan saudara-saudara kita yang menghadapi musibah banjir, terutamanya di negeri Serambi Mekah, Kelantan. Harta benda yang dikumpul selama ini musnah sekelip mata. Pilu dan sedih usah ditanya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan agensi-agensinya, seperti Pembina, imedik dan Yayasan Ikhlas telah mengerakkan misi bantuan ke tempat-tempat kejadian bagi menyatakan simpati dan kebersamaan menghadapi musibah. Walaupun Isma ditohmah oleh setengah pihak sebagai kumpulan ekstremis agama, cukuplah amal menjadi saksi kepada dakwah mereka. Tidak semua kehendak kita dipenuhi oleh Allah SWT. Alangkah banyaknya keinginan dan cita-cita kita di dunia. Dalil dan bukti kita hanya hamba yang kerdil. Inilah wajah sebenar kehidupan. Sesiapa yang ingin berterusan merasa sihat dan selamat sebenarnya tidak memahami peranan taklif dan tidak menghayati penyera

PEMBINA sasar 3000 sukarelawan untuk bantu mangsa banjir

Imej
BANGI, 29 Dis –  Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mensasarkan 3000 orang sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan yang terjejas. Naib Presiden I Persatuan Belia Islam Malaysia (PEMBINA), Muhammad Uzair Izzat Amir Muhammad berkata, kita sasarkan seramai 3000 sukarelawan untuk berkhidmat sepanjang misi bantuan banjir. “Setakat ini kita berjaya kumpul dan gerakkan lebih 1371 sukarelawan Briged Bakti PEMBINA seluruh negara. “Ada antara mereka yang dihantar ke kawasan membantu mangsa banjir,  ada yang terlibat di cawangan untuk mengumpul dana, ada yang mengumpul barang dan menghantar barang ke tempat kejadian,” jelasnya. Ujar Uzair yang turut menyertai misi bantuan ke Kuala Krai hari ini bersama pasukan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Yayasan Ikhlas, sasaran untuk mengumpul sukarelawan dijangka akan berjalan sehingga ke bulan Januari. “Macam hari ini 12 orang sukarelawan PEMBINA turut bersama ke Kuala Krai. “Selain itu sebelum ini, 11 orang di ha

I-Medik bawa bantuan perubatan bernilai lebih RM10,000 untuk mangsa banjir

Imej
BANGI, 29 Dis – I-Medik agensi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang menyertai misi bantuan banjir ke Kuala Krai hari ini membawa sumbangan bantuan kesihatan, perubatan dan peralatan yang bernilai RM10,000. Naib Presiden II, I-Medik, Prof Madya Dr Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, antara yang dibawa ialah PCM (tablet dan sirap untuk kanak), ORS, ubat batuk, antibiotik dan krim jangkitan kulit. “Turut dibawa ialah ubat penahan sakit (analgesic), lebih 200 set ‘hyiegenic kit’ dan lebih 10 set rawatan kecemasan. “Itu semua adalah sumbangan dari pelbagai pihak. Terdapat klinik persendirian dan klinik pergigian yang banyak menyumbang. “Pihak surau serta orang perseorangan juga turut serta membeli secara pukal barangan kesihatan ini,” jelasnya yang turut menyertai misi ke Kuala Krai ini. Kata beliau sebagai ibu yang mempunyai 6 orang anak, anak anak telah dimaklumkan tentang misi ini dan mereka memahami nasib mangsa banjir. “Kami beruntung mempunyai keluarga yang memahami, saha

ISMA dan Yayasan Ikhlas hantar misi bantuan ke Kuala Krai

Imej
BANGI, 29 Dis – Ikatan Muslimin Malaysia bersama Yayasan Ikhlas nekad meneruskan misi bantuan mangsa-mangsa banjir ke Kuala Krai pagi ini. Ketua Misi, Encik Zaim Shaari ketika ditemui berkata, misi ini membawa 6 tan barang makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas dengan dua buah lori. Turut serta dalam misi ini ialah 22 orang sukarelawan termasuk 3 orang doktor dari I-Medik, 12 orang dari Briged Bakti PEMBINA, 2 orang petugas media ISMA dan seorang wartawan TV9. “Antara yang dibawa ialah beras, gula, mihun, sardin, air mineral dan barang kering yang lain. “Kita tidak membawa sumbangan wang tunai ketika ini kerana bantuan makanan yang sangat diperlukan oleh mereka buat masa ini. “Apatah lagi kami dimaklumkan ada mangsa yang sudah dua hari tidak mendapat bekalan makanan,” ujar beliau. Sebanyak 3 buah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan sebuah van yang digunakan bergerak pada jam 10 pagi tadi dan dijangka akan pulang pada Rabu ini. Laluan Gua Musang akan digunakan. Ketik

Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu berikutan banjir

Imej
KUALA LUMPUR, 29 Dis  — Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan 2015 di seluruh negara, selama seminggu, berikutan banjir yang melanda beberapa negeri di Semenanjung sekarang. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan berkata dengan penangguhan itu, tarikh baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Jan (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Jan (Isnin). “Penangguhan itu dibuat dengan mengambil kira sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau yang ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan. “Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka,” kata beliau dalam kenyataan hari ini. Muhyiddin berkata sehingga semalam, Kementerian Pendidikan mendap

Mangsa banjir di enam negeri sudah melebihi 225,000 orang

Imej
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk pagi ini dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 151,072 orang manakala keadaan  di lima negeri tidak banyak berubah dengan Selangor kembali dilanda banjir kilat. Jumlah keseluruhan mangsa banjir di enam negeri terbabit kini ialah sebanyak 225,731 mangsa. Terengganu mencatat sebanyak 33,260 mangsa, Pahang 33,225, Perak (7,813), Johor (328) dan Selangor 33 mangsa. Di KELANTAN, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata mangsa banjir daripada 36,128 keluarga ditempatkan di 309 pusat pemindahan melibatkan lapan daerah.  Jajahan Kota Baharu masih mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 44,061 orang, Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,500), Gua Musang (17,327), Machang (8,289), Tanah Merah (3,546) dan Pasir Puteh (192). -Bernama Sumber

Amidst worsening floods, The Malay Mail Online chose to end 2014 in gutter

Imej
While we have seen in the currently worsening floods how men and women of different professions gave the best in their capacity to alleviate the situation, the same definitely cannot be said of the editors of the The Malay Mail Online (TMMO). As the water level rises, so do the commitment and perseverance of the nurses, doctors, army personnel and many others on the frontline. Many even go beyond their job description in giving treatment and sending aid to the victims, putting own houses and families aside in the process. But those editors, sitting on comfy chairs and in air-conditioned office, chose to shame their own profession by coming out with an awfully substandard piece of report on a completely unrelated matter – not to mention unjustified – as if the grim fate of the victims mean nothing much to them. That was pretty much the nicest description one could give when they selected to vilify Islamic organisations instead, and the causes they stood for in 2014, many of whi

ISMA, Yayasan Ikhlas dan PEMBINA terus agihkan bantuan untuk mangsa banjir

Imej
BANGI, 28 Dis – Ikatan Muslimin Malaysia bersama Yayasan Ikhlas dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) terus membantu mangsa-mangsa banjir dengan mengagihkan bantuan dan memberikan tenaga di beberapa pusat pemindahan. Menurut Jawatankuasa Biro Tarbiah dan Luar Negara ISMA, Hj. Ir. Mohd Khoushaini Mohd Naim, hari ini masuk hari kedua pengagihan barang ke pusat penempatan. “Hanya dua pusat pemindahan yang dapat diagihkan di SMK Seri Bahagia dan SMK Temerloh. ” Lagi tiga pusat pemindahan kita tidak dapat masuki kerana laluan ditelenggami air,” katanya ketika dihubungi. Beliau mengetuai misi kedua yang mensasarkan mangsa banjir di Temerloh. Tambah beliau, untuk hari ini selain agihan barangan, kita bersama sukarelawan turut memasak, memantau kawasan banjir dan menghidupkan surau untuk aktiviti kerohanian. Seterusnya di Kuantan ujar YDP ISMA cawangan itu, Ustaz Rushdan Abd Halim, hari ini merupakan hari ketiga misi bantuan membantu mangsa banjir. Tenaga sukarelawan di

DAP minta kaji semula kontrak persekutuan

Imej
28 Dis – Ahli Parlimen DAP (Bukit Bendera) Zairil Khir Johari meminta diadakan satu kajian semula terhadap kontrak persekuuan negara. Dalam tulisannya di Roketkini bertarikh 25 Disember 2014, Zairil berkata kajian itu amat diperlukan, khususnya dalam persekitaran pasca-2008, di mana sudah jelas bahawa pemusatan berlebihan dalam hal ehwal pentadbiran adalah tidak selari dengan kerencaman negara kita serta terbukti gagal untuk memenuhi hasrat dan impian rakyat Malaysia. “Sistem sedia ada tidak berfungsi apabila sesebuah kerajaan negeri tidak berupaya untuk menentukan arah perjalanan bas dalam kota sendiri, membuat pinjaman wang untuk membiayai pembangunan infrastruktur, serta tidak diberi kuasa untuk menguruskan tandas awam sendiri,” kata beliau. Zairil memberi contoh nasib negeri-negeri yang kaya dengan sumber asli seperti Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu yang telah dinafikan pembangunan yang setimpal dengan wilayah-wilayah lain dan kini mempunyai kadar kemiskinan yang t

ISMA Kuantan teruskan bantuan dan beri harapan kepada mangsa banjir

Imej
KUANTAN, 28 Dis – “Kami rasa bertanggungjawab memberi bantuan dan harapan pada mangsa banjir serta mengingatkan mereka bahawa bencana banjir bukan sekadar dilihat sebagai kesusahan dan kesedihan tetapi ia juga merupakan rahmat dan ada hikmah di sebalik setiap dugaan yang telah Allah berikan. “Mereka juga diingatkan bahawa diluar sana masih ramai pihak yang peka dan prihatin dengan nasib mereka dan ingin membantu sebaik yang mungkin.” Demikian menurut Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kuantan, Dr. Norzila Baharin ketika dihubungi berkenaan bantuan banjir kepada para penduduk di sekitar daerah Kuantan yang mengalami bencana banjir ketika ini. Menurut beliau, bantuan banjir yang pertama sekali diberikan adalah kepada mangsa banjir yang ditempatkan di SK Sungai Talam, Kuantan. Antara aktiviti yang dijalankan bersama mereka adalah aktiviti mewarna bagi kanak-kanak, indoor games bagi remaja, ceramah kesihatan dan kebersihan, serta gotong-royong memasak untuk ma

Pesawat AirAsia hilang – Malaysia sedia bantu Indonesia, kata Najib

Imej
KUALA LIPIS, 28 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia sedia membantu Indonesia berhubung kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hari ini. Mengakui masih menunggu butiran lengkap berhubung kejadian itu, beliau berkata apa yang dapat disahkan setakat ini ialah pesawat milik Indonesia itu telah hilang daripada radar selepas berlepas. “Ini bermakna kemungkinan besar satu musibah telah berlaku pada pesawat tersebut. “Itu saja yang saya dapat tahu dan kita akan bantu untuk mencari apa yang telah berlaku kepada pesawat itu,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Padang Tengku di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai pesawat AirAsia Indonesia dari Surabaya ke Singapura yang dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada 7.24 pagi ini waktu tempatan. Pesawat yang hilang itu ialah Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC. – BERNAMA Sumber

Masyarakat marah dengan tajuk berita Malaysiakini

Imej
BANGI, 28 Dis – Susulan berita yang disiarkan portal berita Malaysiakini semalam dengan tajuk ‘Padah redah banjir ambil kertas SPM’, masyarakat Malaysia melalui saluran laman sosial meluahkan rasa marah dan kecewa dengan portal itu. Menurut Ibtisam Tayeh, Malaysiakini kurang ajar dan biadap serta langsung tidak mengambil kira kira perasaan sanak saudara si mati. Katanya, pasangan tersebut dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab dan amanah terhadap tugasannya. Begitu juga dengan Noorshidah Abu Samah. Katanya tajuk dalam Malaysiakini itu kurang ajar dan biadap. “Guru itu seorang yang bertanggungjawab kerana kertas peperiksaan yang diambil itu bukan kepunyaan peribadinya. “Berdasarkan tajuk yang dibangkitkan inilah satu lagi kena ingat bila ajal telah sampai tak seorang pun dapat mengelak. Puncanya hanyalah sebagai sebab sahaja,” katanya. Ini adalah susulan daripada penemuan mayat seorang guru, Nurhayati Sulong yang mati lemas kerana bot yang dinaikinya terbalik kerana

Yayasan Ikhlas: Bantuan tiba di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ2)

Imej
KOTA BHARU, 28 Dis - Bantuan untuk mangsa banjir tiba di Hospital Raja Perempuan Zainab pagi tadi. Menurut Ustaz Sharipudin Ab Kadir, barangan keperluan asas adalah antara yang disumbangkan. “Alhamdulillah. Pada hari ini kita telah menghantar bantuan ke Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu. Makanan seperti gula, biskut, sardin, tea, dan air minuman antara keperluan asas yang disumbangkan,” katanya yang mengetuai Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir Pantai Timur. Katanya lagi, bantuan air minum amat diperlukan kerana sumber air paip telah terputus untuk tiga hari. Pada masa yang sama, seluruh kawasan hospital sudah ditenggelami air. Teruskan sumbangan anda di Akaun Bank CIMB Islamik Yayasan Ikhlas: 8600 601 366. Sumber

Yayasan Ikhlas hulur bantuan di lima pusat penempatan Temerloh

Imej
BANGI, 27 Dis – Berikutan peningkatan mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan, Yayasan Ikhlas terus menghulurkan bantuan ke lima pusat penempatan di Temerloh. Misi bantuan ini telah bergerak jam 4 petang dan tiba di Temerloh jam 8.30 malam malam kelmarin. Ujar YDP ISMA Temerloh, Ustaz Nizam, misi ini memilih lima kawasan penempatan untuk menyalurkan bantuan. Namun setakat ini hanya dua kawasan yang boleh dimasuki. Manakala tiga kawasan tidak dapat dikunjungi kerana paras air makin tinggi. Untuk permulaan, semalam bantuan makanan dan keperluan asas yang lain telah diserahkan di pusat pemindahan SMK Jalan Bahagia. Lagi empat penempatan ialah SK Temerloh Jaya, SMK Bukit Cermin, SMK Kerdau dan SMK Kuala Kerau. Tambah Ustaz Nizam, keadaan di Temerloh kini semakin kritikal. “Air naik agak cepat dan kebanyakan perkampungan dah ditengelami air. “Bandar Temerloh lumpuh sama sekali,”ujar beliau ketika dihubungi. Sumber

ISMA bantu mangsa banjir di Perak

Imej
KG GAJAH, 27 Dis – Seramai lebih 600 orang penduduk di sekitar Tanjung Tualang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Dato’ Sagor setelah mengalami bencana banjir di kawasan perumahan mereka. Paras air yang didapati semakin meningkat menyebabkan penduduk di kawasan berkenaan mula dipindahkan pada jam 3 pagi hari Sabtu. Pada siang Sabtu, sukarelawan ISMA dan PEMBINA dari cawangan Seri Iskandar turun melawat dan beramah mesra bersama mangsa-mangsa bencana di samping menyampaikan barangan keperluan yang disalurkan oleh masyarakat. Ketua Wanita ISMA Seri Iskandar, Ustazah Norakilah Baharin dalam ucapannya mengajak mangsa-mangsa supaya menyedari bahawa ujian yang didatangkan ini adalah bagi mendekatkan dan mengembalikan diri kepada Allah SWT. Mangsa-mangsa diseru untuk bersama-sama memohon keampunan daripada Allah SWT dan memperbanyakkan berdoa memohon pertolongan-Nya di samping mendirikan solat. Dalam pada itu, beliau mengingatkan kejadian demi kejadian buruk yang berlaku di bumi a

I-Medik sediakan pemeriksaan kesihatan percuma untuk mangsa banjir di Kuantan

Imej
BANGI, 27 Dis – I-MEDIK Kuantan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada mangsa banjir yang ditempatkan di SJK © Chun Ching. Seramai 54 orang yang berumur antara 12 hingga 70 tahun telah diperiksa oleh tiga orang doktor I-MEDIK dari pukul 10.45pagi hingga ke 1 tengah hari hari tadi. Antara pemeriksaan kesihatan yang dijalankan termasuklah pemeriksaan tekanan darah (BP), kandungan gula dalam darah (RBS) dan lain-lain seperti batuk, demam dan selesema. Menurut Dr Norzila Baharin, kebanyakan yang datang membuat pemeriksaan kesihatan adalah penghidap kencing manis dan darah tinggi. “Setelah membuat pemeriksaan, kami menasihatkan kepada penghidap kencing manis dan darah tinggi untuk tidak malas makan ubat serta menjauhi makanan yang berlemak dan masin. “Terdapat sebilangan kecil juga yang baru disahkan mengidap kencing manis dan darah tinggi ketika membuat pemeriksaan kesihatan hari ini. “Untuk kes seperti ini, mereka terus dirujuk ke klinik Kementerian K

#Banjir2014 – Sumbanglah melalui Yayasan Ikhlas

Imej
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera, Tahun ini warga Kemaman sekali lagi telah diuji dengan musibah banjir yang memusnahkan harta benda dan lebih menyedihkan dengan kehilangan nyawa yang tersayang. Ada di antara ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Kemaman turut menerima musibah ini dan kami turut menghadapi ujian ini sama seperti anggota masyarakat di Kemaman. Sebagai seorang muslim, apabila ditimpa musibah kita hendaklah mengucapkan doa istirja’ dengan harapan mendapat ganti yang lebih baik daripada apa yang telah musnah atau hilang akibat bencana ini. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Sesiapa yang meringankan daripada sesorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah s.w.t. akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah s.w.t. akan memudahkan kepadanya di dunia dan di akhirat…” (Hadis riwayat Muslim, Ah

Sunnatullah dalam memenuhi kehendak kita

Imej
Sebagai pelajar muslim, Al Quran merupakan teman setia di kala susah dan senang. Satu ayat Al-Quran yang sangat sinonim dengan kita dan menjadi motivasi kepada mereka yang akan menghadapi peperiksaan besar mahupun ujian dalam hidup iaitu:  “Sesungguhnya Allah tidak akan menggubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindungan bagi mereka selain Dia.” Sekiranya kita menghayati ayat ini dengan mendalam, secara terus kita dapat memahami apa yang ingin Allah sampaikan kepada kita. Dalam ayat ini, kita boleh bahagikannya kepada dua: 1. Allah beritahu kepada kita bagaimana sunnatullah itu berjalan untuk mencapai sesuatu , kita perlu berusaha sejajar dengan keinginan yang kita impikan, kemudian Allah akan tunaikan mengikut apa yang telah kita usahakan. Walaupun hakikatnya Allah sudah menetapkan qada’ dan qadar  terhadap hambaNya, Allah

Tragedi pasangan mati lemas di Kemaman, ISMA ucap takziah

Imej
CHUKAI, 27 Disember – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan penuh dukacita menyatakan ucapan takziah khususnya kepada ahli Kelab NAZIM Kemaman iaitu anak-anak kepada Allahyarham Suhaimi Awang, 37 dan Allahyarhamah Norhayati Sulong, 37 yang terjatuh lemas daripada bot terbalik di Kampung Geliga Che Akob pada Rabu lepas. Menurut Pengerusi Biro Keluarga dan Masyarakat ISMA (BKM) Kemaman, Puan Norlydawati binti Dzulkifli, “Adik Nur Syafiqah dan adik Nurul Izzah Insyirah selalu menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Kelab NAZIM dan mereka pernah menyertai program cuti persekolahan tahunan Huffaz Cilik yang pernah Kelab NAZIM anjurkan.” “Kami amat berdukacita atas dugaan yang telah menimpa mereka dan kami doakan agar adik-adik ini diberikan kekuatan untuk terus menjalani kehidupan setelah pemergian ibu bapa mereka menemui Allah s.w.t.”, harap Puan Norlydawati lagi. Mayat kedua ibu dan bapa kepada enam orang anak-anak telah berjaya ditemui hari ini dan ISMA menyataka

LPT Gombak - Jabor ditutup pada kenderaan ringan

Imej
KUALA LUMPUR, 27 Dis - Kedua-dua arah Lebuhraya Pantai Timur yang menghubung Gombak dan Jabor ditutup pada kenderaan ringan berikutan keadaan banjir yang semakin buruk di Temerloh setelah paras air Sungai Pahang meningkat.   Pengendalinya, Anih Berhad berkata pengguna yang menghala ke timur ke arah Kuantan akan dilencong ke jalan biasa daripada tol Lanchang dan memasukinya semula di tol Maran, dan sebaliknya bagi pengguna yang menghala ke arah barat.   Namun ia berkata kenderaan berat dibenarkan melalui laluan yang ditutup itu. Sementara itu di Jertih, Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Anggota Parlimen Besut berkata satu perancangan perlu dibuat bagi membina laluan air yang sesuai dengan pembinaan rangkaian laluan lebuh raya di negara ini.   “Kalau lebuh raya dibina bagi kenderaan dapat bergerak dengan lancar, maka laluan atau lebuh raya air juga perlu dibina supaya air dapat dialirkan dengan teratur dan tidak menyebabkan banjir di mana-mana," k

Pesakit kritikal dipindah ke HUSM

Imej
PUTRAJAYA, 27 Dis - Pesakit kritikal di hospital yang terjejas banjir di Kelantan akan segera dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk mendapat rawatan lebih baik.   Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sehingga kini seramai 35 pesakit dari Hospital Kuala Krai telah dipindah ke HUSM. "Tujuh lagi pesakit iaitu tiga dari Hospital Kuala Krai dan masing-masing dua dari hospital Tumpat dan Pasir Mas dijangkan dipindahkan hari ini," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kecemasan Kementerian Kesihatan bagi menghadapi banjir, di sini hari ini.   Beliau berkata pesakit tersebut akan dipindahkan dengan menggunakan helikopter Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia, namun jika kedua-dua pasukan keselamatan itu tidak dapat membantu, kementerian akan menyewa sendiri helikopter. Katanya antara hospital lain yang tidak dapat berfungsi secara optimum ialah Hospital Gua Musang dan Hospital

Banjir di Kelantan meruncing, Kedah makin pulih

Imej
KUALA LUMPUR, 27 Dis - Banjir di Kelantan semakin meruncing apabila jumlah mangsa kini mencecah 81,925 orang manakala keadaan di Kedah semakin pulih setakat tengah hari ini.   Di Kelantan, 26,000 mangsa direkodkan di Tumpat, menjadikan jajahan itu paling teruk terjejas diikuti Kota Baharu dengan 24,034 mangsa. Jajahan Pasir Mas juga masih mencatatkan jumlah mangsa yang tinggi iaitu 12,332 orang, Kuala Krai (5,200 orang) Gua Musang (5,150), Machang (4,039), Tanah Merah (3,548)Jeli (1,430) dan Pasir Puteh (192).   Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata kesemua mangsa daripada 20,177 keluarga itu ditempatkan di 254 pusat pemindahan.   Dalam pada itu, tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di sepanjang laluan utama dari bandar Kota Baharu ke Pengkalan Chepa telah dinaiki air, dan kebanyakan kawasan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.   Antara laluan yang terjejas ialah Jalan Sabak, Jalan Pengkalan Chepa, dan Jal

PM tiba di Kelantan

Imej
KOTA BHARU, 27 Dis - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini jam 1.40 petang ini bagi mendengar taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai situasi semasa banjir di negeri itu. Sumber

Johor mula dilanda banjir

Imej
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Johor menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila dua daerah di negeri berkenaan mula terjejas, manakala keadaan di Pahang, Terengganu, Kedah dan Perak tidak banyak berubah, setakat tengah hari ini. Di JOHOR, daerah Kluang dan Muar mula terjejas banjir dengan sebanyak 214 mangsa dipindahkan ke lima pusat pemindahan mulai hari ini. \Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor berkata di Kluang, sejumlah 201 orang termasuk empat bayi daripada 46 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan manakala 13 penduduk di Bukit Kepong, Muar dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan. "Kesemua mangsa di Kluang ditempatkan di Balai Raya Kampung Paya Palembang, Balai Raya Mardi, Mukim Renggam, Balai Raya Kampung Mengkibol dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kencana. Penduduk di Bukit Kepong pula dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan," katanya. Beliau berkata paras air di lokasi terjejas banjir semakin meningkat. Di KELANTAN, keadaan b

ISMA hantar misi bantuan ke Temerloh

Imej
BANGI, 27 Dis – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bersama seluruh jenteranya meneruskan misi bantuan banjir ke Temerloh petang ini. Pegawai Yayasan Ikhlas, Syafiq Syahmi berkata, misi ini adalah bagi menghantar bekalan makanan dan sumbangan orang ramai kepada mangsa banjir di sana. Ujar beliau, misi ini telah bertolak 3.45 petang tadi dan dijadualkan akan kembali pada petang esok. Seramai 11 orang briged bakti dari Persatuan Belia Islam Nasional akan menyertai misi ini. Semalam, ISMA juga telah menghantar lebih 3 tan barang bantuan ke Kemamam berupa makanan, pakaian dan barang keperluan lain untuk mangsa-mangsa banjir. Sumber

Henti perbuatan sebar berita palsu mengenai banjir - SKMM

Imej
PUTRAJAYA, 27 Dis – Pengguna media sosial diingatkan supaya tidak menyebarkan, memuat naik atau berkongsi status berbentuk spekulatif mengenai bencana banjir tanpa berpandukan fakta daripada sumber yang sahih. Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, perbuatan berkongsi atau ‘forward’ berita yang tidak ditentusahkan itu boleh mengeruhkan keadaan dan mengelirukan masyarakat. Beliau berkata, maklumat palsu yang disebarkan pada waktu kritikal seperti sekarang bukan hanya akan menyulitkan kerja-kerja mencari dan menyelamat, malah boleh menyebabkan kekeliruan dalam operasi bantuan serta menambah rasa risau dan panik dalam kalangan anggota keluarga mangsa. “Niat untuk membantu dengan menyampaikan maklumat memang baik, tetapi sebelum menyebarkan sebarang berita, tanyalah diri sendiri sama ada ia akan benar-benar membawa kebaikan atau menambah buruk keadaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Dalam pada itu, M

Tiada gelinciran di Jambatan Sultan Yahya Petra

Imej
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya mengesahkan tiada isu gelinciran pada Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Baharu, Kelantan seperti yang tersebar di media sosial. Menurut kenyataan kementerian hari ini, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melakukan penyiasatan dan hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang gelinciran jambatan itu daripada tiang asal seperti yang didakwa. “Kumpulan pakar JKR Malaysia dan JKR Kelantan akan melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan jambatan itu berada dalam keadaan baik dan selamat,” katanya. Ia menjelaskan bahawa bahagian ‘crosshead’ tiang sambut yang dimaksudkan memang dibina lebih lebar daripada yang lain dan direka bentuk tanpa ‘pile cap ‘dengan cerucuk dipanjangkan hingga ke ‘pier head’. Ini bertujuan meminimumkan masalah hakisan di Sungai Kelantan. “Reka bentuk ini menyebabkan berlaku pergerakan lebih besar antara lantai jambatan apabila terkena hentakan yang mana ia tidak membahayakan, malah lebih kukuh daripada biasa dengan penam

Wanita ISMA Kuantan tenangkan emosi mangsa banjir

Imej
BANGI, 27 Dis – Wanita ISMA Kuantan terus menyumbang bakti di Kuantan dengan memberi fokus kepada kesihatan fizikal dan emosi mangsa banjir di SJK (C) Chun Ching. Pelbagai aktiviti dikendalikan oleh sukarelawan Wanita ISMA Kuantan seperti mewarna, menonton video, bermain sahibba dan sebagainya. Menurut Ustazah Norhayati Salleh, Timbalan Ketua Wanita ISMA Kuantan, aktiviti-aktiviti ini dijalankan bagi mengawal emosi anak-anak dan remaja di pusat banjir. “Kami laksanakan juga aktiviti-aktiviti sebegini agar masa mereka diisi dengan aktiviti berfaedah,”  katanya. Pada waktu yang sama, pasukan I-Medik Kuantan turut membuat pemeriksaan kesihatan percuma. Antara doctor yang bertugas memberikan perkhidmatan ini adalah Ketua Wanita ISMA Kuantan, Dr Norzila Baharin. Menurut Kak Ani, salah seorang mangsa banjir, beliau sangat suka dengan pemeriksaan kesihatan percuma ini. “Kini kami tidak perlu untuk ke klinik, kerana kami boleh dapatkan pemeriksaan kesihtan dengan mudah dan per

Negeri Sembilan negeri kelapan dilanda banjir

Imej
KUALA LUMPUR, 27 Dis — Negeri Sembilan menjadi negeri kelapan dilanda banjir sejak bencana itu melanda negara 10 hari lepas.Lebih 300 penduduk di Negeri Sembilan terjejas, menjadikan keseluruhan mangsa banjir di seluruh negara kini mencecah 132,684 orang setakat pagi ini. Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Perak pula semakin buruk manakala Perlis serta Kedah dilaporkan bertambah baik. Di KELANTAN, sejumlah 55,960 mangsa banjir berada di pusat pemindahan berbanding 45,467 semalam. Cuaca di Kota Baharu dilaporkan mendung dan hujan sudah berhenti pagi ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melawat negeri itu hari ini bagi meninjau sendiri keadaan banjir yang semakin merebak. Keadaan di TERENGGANU juga dilapor semakin buruk dengan angka mangsa banjir meningkat kepada 35,028 orang berbanding 33,269 orang malam tadi. Kemaman dan Dungun paling teruk terjejas apabila masing-masing merekodkan 24,912 dan 8,678 orang mangsa yang masih berada di

Bantuan banjir: ISMA hantar 3 tan barang ke Kemaman malam ini

Imej
SHAH ALAM, 26 Dis – Berikutan banjir besar di beberapa negeri khususnya di Pantai Timur, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menggerakkan seluruh jenteranya untuk memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana banjir. Menurut Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, misi pertama akan bergerak menuju Kemaman, Terengganu pada malam ini. “Kita akan menghantar bantuan lebih 3 tan berupa makanan, pakaian dan barang keperluan lain untuk mangsa-mangsa banjir. “Antaranya beras, sardin, kicap, minyak masak, susu, biskut,  air mineral dan ubat-ubatan. Keperluan lain termasuk pakaian, ‘pampers’ dan kelengkapan solat. “Turut akan dibawa ialah sejumlah wang tunai beserta 11 orang sukarelawan Skuad Bakti Pembina,” ujarnya dalam satu sidang media sempena pelancaran bantuan kutipan banjir di Masjid Al-Ikhlas Shah Alam, di sini, hari ini. Katanya, agensi ISMA yang terlibat untuk misi bantuan ini ialah Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim (I-Medik), Biro Keluarga dan Ma

ISMA sasar RM500,000 untuk tabung kutipan bantuan mangsa banjir

Imej
SHAH ALAM, 26 Dis – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini melancarkan ‘Tabung Kutipan Bantuan Mangsa Banjir’ bagi meringankan beban mangsa banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini. Menurut Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, tabung ini mensasarkan kutipan sebanyak RM 500,000 yang mana akan digerakkan di semua cawangan ISMA seluruh negara. Jadi sebagai permulaan, ISMA akan menyerahkan dana berjumlah RM15,000 kepada Yayasan Ikhlas. “Diharapkan dengan pelancaran tabung ini ia akan menjadi landasan kepada semua rakyat negara ini menyalurkan bantuan kepada saudara mara dan mereka yang terjejas,” katanya dalam satu sidang media di Masjid Al-Ikhlas, Shah Alam. Hadir sama ialah Pengurus Besar Yayasan Ikhlas, Tuan Haji Kamaruddin Kassim, Setiausaha Agung I-Medik, Prof Dr Azizi Ayop, Timbalan Presiden Pembina, Azril Hanafi Abdullah Sharwani, Ketua Pengarah Operasi Kelab Remaja Isma (KRIM) Nasional, Nuzhardinata Nuzbar, Biro Keluarga Dan Masyarakat. Tambah Ustaz A