Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

UniMAP temui kaedah tanam Harumanis luar musim

Imej
PADANG BESAR, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Satu kajian yang membawa dimensi baharu dalam pertanian menerusi teknologi rumah hijau dikenal pasti mampu mengeluarkan Harumanis sepanjang tahun tanpa mengira musim. Pengarah Institut Agroteknologi Lestari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Mahmad Nor Jaafar berkata kajian tersebut menggunakan kaedah intensifikasi pertanian pintar iklim, yang mana ia boleh mengawal produktiviti Harumanis mengikut permintaan. “UniMAP telah mengetengahkan gabungan teknologi rumah hijau untuk merangsang proses pertumbuhan mangga itu dapat berlaku secara tidak bermusim. “Penyelidikan yang dijalankan juga telah membuktikan bahawa Harumanis boleh hidup subur di dalam rumah hijau dan pengeluarannya boleh dijadualkan seperti yang dikehendaki,” katanya kepada Bernama. Beliau berkata, walaupun teknologi ini memerlukan pelaburan yang tinggi, namun ia dilihat lebih berkesan untuk sektor berkenaan kerana mampu mengeluarkan hasil yang lebih tinggi. “Ia dijangka

Pengusaha kantin ditamat kontrak tak penuhi syarat: Politeknik

Imej
BUKIT MERTAJAM, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Kontrak pengendali gerai makanan di Politeknik Seberang Perai (PSP), di sini G Gopi Krishnan yang tular kononnya ditamatkan oleh politeknik itu kerana beliau bukan Islam adalah tidak benar. Sebaliknya, menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat Jabatan Pendidikan Politeknik, permohonan peniaga itu ditolak selepas ia didapati tidak memenuhi syarat dan kriteria yang termaktub dalam spesifikasi sebut harga iaitu tidak mempunyai Kod Bidang 040103 Makanan Bermasak Islam.   Menurut kenyataan itu, selain Gopi Krishnan, dua pengusaha kantin Melayu yang beroperasi hampir 10 tahun di PSP turut ditamatkan kontrak kerana tidak memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan, manakala seorang lagi pengusaha menarik diri kerana tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan. “Secara jelasnya tiada unsur pilih kasih atau diskriminasi perkauman seperti yang didakwa. Pemilihan dilakukan secara telus dan bertanggungjawab oleh Jawatankuasa Penilaian Sebut Harga. J

Trafik di lebuh raya utama mula perlahan

Imej
KUALA LUMPUR, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Aliran trafik di beberapa kawasan di lebuh raya utama mula perlahan setakat tengah hari tadi susulan pertambahan kenderaan di atas jalan. Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata aliran trafik dilaporkan perlahan dari Sungai Petani Utara ke Sungai Petani Selatan, Sungai Petani Utara ke Bertam, Permatang Pauh ke Perai, Bukit Tambun ke Jawi, Jawi ke Bandar Baru, Changkat Jering ke Bukit Berapit dan Terowong Menora ke Jelapang. “Keadaan sama turut dilaporkan di kawasan Simpang Pulai ke Gopeng dan Sungkai ke Slim River,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Beliau berkata keadaan trafik di semua laluan selatan pula masih terkawal dan lancar setakat ini. Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama, berkata aliran trafik perlahan di Bentong menuju ke Bukit Tinggi disebabkan terdapat lori rosak di Km 57 dan menyebabkan lorong kiri terhalang sejak 12.30 tengah hari tadi. “Kerja-kerja mengalihkan kenderaan i

Fahami taktik jenayah siber, elak jadi mangsa

Imej
KOTA KINABALU, 6 Syawal 1438H, Jumaat – “Seorang ibu menyerahkan simpanannya yang berjumlah enam angka kepada lelaki yang dikenali hanya melalui Internet. Puas anak-anaknya menasihatkan jangan berikan wang itu tetapi tidak diendahkan. Perkara ini dikongsi seorang pegawai kanan polis kepada orang ramai yang hadir di forum bertajuk ‘Challenges Facing The Future Cyberspace’ yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah sempena Borneo Cyber Security Challenge 2017 pada April lepas. Orang ramai yang hadir terperanjat dan sukar untuk mempercayai seseorang itu boleh dengan mudah tertipu seperti yang diceritakan Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), ACP Ahmad Nordin Ismail di majlis berkenaan. Hakikatnya, meskipun forum demi forum dianjurkan untuk mewujudkan kesedaran orang ramai mengenai pelbagai risiko siber serta jumlah penipuan yang didedahkan oleh pihak polis dan media, saban hari masih ramai yang menjadi mangsa kepada orang yang hanya dikenali melalui Internet.

Rizab antarabangsa Malaysia kekal boleh guna: BNM

Imej
KUALA LUMPUR, 6 Syawal 1438H, Jumaat –  Rizab Malaysia pada akhir Mei 2017 kekal boleh guna  berdasarkan butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format Standard Penyebaran Data Khas (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Dalam satu kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata butiran terperinci mengikut format SDDS itu juga menunjukkan aset rizab rasmi berjumlah US$98.01 bilion manakala aset mata wang asing berjumlah US$1.56 bilion pada akhir Mei 2017.  Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing berikutan pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh Kerajaan diunjurkan sebanyak USD274.2 juta. Selain itu, jumlah kedudukan hadapan pendek berjumlah US$16.79 bilion pada akhir Mei 2017, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam sistem kewangan. Menurut bank pusat itu, sejajar dengan amalan yang diterima pakai  sejak bulan April 2006, data ini tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang as

Bapa tiri dera kanak-kanak lima tahun direman 7 hari

Imej
BESUT, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Bapa tiri kepada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia dipercayai akibat didera, ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini. Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah mengeluarkan perintah itu di Mahkamah Majistret Besut di sini selepas suspek ditahan polis bagi membantu siasatan. Siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Dalam kejadian awal pagi kelmarin, Muhammad Hairil Amsyar Abdul Rahman dari Felda Tenang di sini disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Daerah Besut kira-kira pukul 3.30 pagi. Difahamkan, keputusan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu semalam menunjukkan kematian mangsa berpunca daripada hentakan kuat yang menyebabkan koyakan pada usus kecilnya. Mayat Muhammad Hairil Amsyar yang dibawa pulang dari HSNZ telah dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Bukit Tanah Besut petang semalam. The post B

Islam dipersalah selepas Malaysiakini siar laporan silap pengendali kantin ‘dipaksa’ jadi muslim

Imej
BANGI, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Portal liberal, Malaysiakini, mengaku kesilapan laporan berita mereka berkaitan seorang pengendali kantin di Politeknik yang mendakwa dipaksa memeluk Islam, jika mahu meneruskan perniagaan. Menurut kenyataan Pengarangnya, Malaysiakini secara tidak sengaja sebelum ini tersilap memetik kenyataan dibuat Gopi Krishnan mengenai isu ini. “Selepas mendapat penjelasan beliau sebenarnya tidak dipaksa memeluk Islam sebaliknya sekadar diberitahu supaya memeluk Islam. Segala kesilapan dan kekeliruan amat dikesali,” kata Nota Editor Malaysiakini, dalam berita disunting bertajuk ‘Saya disaran peluk Islam, dakwa pengendali kantin politeknik’.   Laporan itu yang turut disiarkan dalam laman Facebooknya, mencetuskan komen agak sensitif berkaitan agama dan kaum daripada pembaca yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Malah, sesetengah komen itu dilihat cuba menyalahkan Islam, tetapi tidak kurang juga yang mempertahankan agama Persekutuan ini. Malaysiakin

Aliran trafik lancar di lebuh raya utama

Imej
KUALA LUMPUR, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Aliran trafik keluar dan masuk ke ibu negara di kesemua lebuh raya utama di Semenanjung dilapor bergerak lancar setakat 9 pagi ini. Ketika dihubungi Bernama, jurucakap PLUS Malaysia Berhad memaklumkan tiada kawasan yang dilapor bergerak perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan bagi laluan di utara Semenanjung Malaysia. Keadaan sama dilapor di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 bagi laluan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, menurut catatan Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama The post Aliran trafik lancar di lebuh raya utama appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Terengganu gugur rancangan naik taraf LTPR

Imej
SETIU, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Kerajaan Terengganu menggugurkan rancangan pembesaran landasan di Lapangan Terbang Pulau Redang (LTPR) kerana kos dan kesan kepada industri pelancongan marin di pusat peranginan itu. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, berkata kerajaan negeri tidak akan meneruskan rancangan awal menaik taraf LTPR selepas mengambil kira pelbagai risiko dan pandangan pihak tertentu dan sebaliknya akan menambah bilangan kedai di sekitar lapangan terbang itu. Katanya, pembinaan beberapa kedai terbabit bagi membolehkan usahawan menjual pelbagai jenis cenderahati dan barangan keperluan lain. “Kita (kerajaan negeri) telah membuat keputusan mengekalkan lapangan terbang yang sedia ada dan juga bersetuju hanya menggunakan kapal terbang jenis ATR-72. “Kita cuma kena tambah fasiliti dengan memperbanyakkan outlet (kedai)” katanya kepada Bernama selepas mendengar taklimat daripada pihak Jabatan Pelancongan Negeri baru-baru ini terhadap potensi lapangan terbang y

Gas sarin diguna dalam serangan ke atas Khan Sheikhoun

Imej
THE HAGUE, (Netherlands), 6 Syawal 1438H, Jumaat – Siasatan pemerhati senjata kimia antarabangsa merumuskan gas sarin  atau bahan seperti gas sarin digunakan sebagai senjata kimia dalam serangan 4 April lalu ke atas bandar di Syria menyebabkan 90  orang terbunuh. Laporan oleh Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW ) terhadap serangan ke atas Khan Sheikhoun tidak diumumkan, tetapi dua diplomat yang melihat kandungannya mengesahkan bahawa gas sarin digunakan. Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley mengeluarkan kenyataan bertulis menyatakan keyakinan mengenai laporan itu yang mengesahkan senjata kimia telah digunakan terhadap rakyat Syria. “Sekarang kita mengetahui kebenaran yang tidak dinafikan. Kita perlukan siasatan bebas seterusnya untuk mengesahkan siapa sebenarnya yang bertanggungjawab terhadap serangan kejam itu demi memberi keadilan kepada mangsa,” katanya. Pertubuhan itu tidak diberi mandat untuk mencari siapa yang harus dipersal

AES bantu kurangkan jumlah pegawai pantau had laju

Imej
KUALA LUMPUR, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyambut baik langkah Kementerian Pengangkutan menambah kira-kira 100 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di lebuh raya dan jalan persekutuan di seluruh negara. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Nadzri Siron berkata, dengan adanya AES, JPJ dapat mengurangkan jumlah pegawai yang memantau had laju kenderaan. “AES gantikan penguat kuasa JPJ di lapangan, dulu buat secara manual dan sekarang kita pakai AES. AES secara automatik transfer maklumat (kepada JPJ). Kita akan ambil tindakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan,” katanya seperti dilapor media. Mengulas lanjut, Nadzri berkata, penguat kuasa JPJ masih diperlukan di lapangan untuk tugasan lain seperti pemeriksaan lesen memandu dan cukai jalan kenderaan. “Pegawai JPJ itu mesti ada dari segi rondaan, kita nak periksa lesen pemandu, kita tahu berdasarkan kepada operasi. Lihat lesen memandu motosikal, walaupun tak laju, tetapi lesen dan cukai jalan

334 syarikat di bawah Amaran Pengguna Kewangan  

Imej
KUALA LUMPUR, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan senarai terkini 334 syarikat di bawah Amaran Pengguna Kewangan. Dalam pengumuman di laman webnya, bank pusat itu berkata, senarai tersebut terdiri daripada syarikat dan laman web sama ada yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan di bawah BNM. “Ia tidak menyeluruh dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM dan terdiri daripada 334 syarikat,” katanya. BNM menambah CYL Asia Enterprise, CYL Peoria Enterprise, CYL Prospect Trading, CYL4U Resources,  JJ Commerce Trading, JJ Online Enterprise, L & L Property Ventures SB, Mama Captain International, Nahana Global Resources, New Gen Food Sdn Bhd, NGR Asia Group Sdn Bhd, NGR Global Sdn Bhd, Relax Green Enterprise dan  Richway Green Venture dalam senarai berkenaan. Menurut BNM, senarai itu akan dikemas kini selalu untuk rujukan orang ra

Doktor juga berdoa sebelum melakukan pembedahan: KP Kesihatan

Imej
KUALA LUMPUR, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memperkatakan tentangperi pentingnya untuk melakukan yang terbaik dalam memberi rawatan kepada pesakit dengan diiringi kekuatan doa yang penuh barakah. Beliau berkata, menjadi rutin buat dirinya untuk memulakan pembedahan dengan membaca ‘Bismillahir-Rahmanir-Rahim’, kalimah bahasa Arab yang membawa maksud ‘Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.’ Menulis di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata, “Pengajaran penting di sini adalah memulakan pembedahan itu dengan bacaan doa dan perjelaskan kepada pesakit serta anggota keluarga tentang ciri-ciri pembedahan tersebut. “Kita harus meyakinkan mereka bahawa kita akan melakukan yang terbaik dan meminta mereka agar turut sama berdoa, tanpa mengira apa bangsa atau agama mereka,” tulis Dr. Noor Hisham dalam Facebooknya. Beliau mengimbas kembali kes amat mencabar yang dikendalinya apabila beliau terpaksa mematahkan tulan

Lebih berguna ikut sunnah hidup haiwan daripada manusia sengal, kata Nik Abduh

Imej
BANGI, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Kadang-kadang haiwan ini lebih berguna untuk diikuti sunnah hidup mereka, berbanding manusia yang sengal dan liat daripada mendengar nasihat dan peringatan agama. Demikian kata Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat (LDPP), Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, ketika mengulas serangan ahli parti rasis dan cauvinis DAP, Datuk Zaid Ibrahim, terhadapnya berikutan ulasan yang dibuat berhubung isi kritikan terhadap juruterbang AirAsia. “Dato Zaid Ibrahim, dalam banyak-banyak tulisan mengkritik beliau, telah memilih untuk menjawab tulisan saya berkait isu kritikannya terhadap juruterbang AirAsia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Nik Mohamad Abduh berkata, Zaid begitu marah terhadapnya hingga menggelarkannya sebagai sombong dan perasan alim serta tidak faham mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “Saya apa lagi, naik anginlah. Menyeringai macam harimau dan singa nak menerkam dan balas balik. Pandai Dato Zaid Ibrahim memanas barankan saya. Siap ugut-ugut

Imigresen syor denda RM1,000 jika hilang pasport

Imej
PUTRAJAYA, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Jabatan Imigresen bercadang mengenakan penalti antara RM200 dan RM1,000 bagi penggantian pasport Malaysia yang hilang akibat kecuaian pemilik yang mencatatkan 31,287 kes pada enam bulan pertama tahun ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, kerajaan sedang mempertimbang cadangan mengenakan penalti terhadap pemilik pasport yang kehilangan dokumen berkenaan, sama seperti bayaran yang dikenakan bagi permohonan penggantian kad pengenalan diri,  ‘MyKad’, yang hilang. Selama ini, Jabatan Imigresen tidak mengenakan penalti terhadap mereka yang kehilangan pasport. “Peraturan perlu diubah dan cadangannya adalah jika hilang kali pertama dikenakan denda RM200, manakala hilang kali kedua denda RM500 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya ialah RM1,000. “Ini bukan niat untuk menghukum, tetapi untuk menjadikan masyarakat lebih bertanggungjawab terhadap pasport yang dimiliki,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini. Januari le

Nyahtarif insurans kenderaan tak bantu rakyat: CAP

Imej
ADAKAH pengguna terpaksa membayar lebih untuk insurans kenderaan mereka berbanding apa yang mereka bayar sekarang apabila nyahtarif insurans kenderaan bermula pada 1 Julai? Ini adalah apa yang Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) faham kerana Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dalam jawapannya kepada soalan: “Apakah % peningkatan yang boleh saya jangka (penekanan CAP) bagi premium kenderaan saya”: “Ia akan berbeza antara satu syarikat insurans dengan syarikat insurans yang lain. Pengguna perlu meneliti insurans kenderaan yang memenuhi keperluan mereka.” Laporan yang memetik Persatuan Aktuari Malaysia (ASM) juga bersetuju bahawa “apabila nyahtarif tarif dan perniagaan kenderaan, kadar premium dijangka meningkat bagi perniagaan kenderaan yang akan menghasilkan penambahbaikan nisbah kerugian kenderaan daripada mengalami kerugian semasa atau kedudukan pulang balik modal.” Nyahtarif akan secara tidak sengaja menghukum pemandu yang baik oleh beberapa faktor, terutama sekali berdasa

1MDB: PAS akan hantar memorandum kepada SPRM

Imej
BANGI, 6 Syawal 1438H, Jumaat – PAS dan sekutunya akan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kemelut dan dakwaan penyelewengan dana syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, parti itu tegas menolak kaedah pengurusan kewangan 1MDB yang bercanggah dengan syarak, seperti mendapatkan modal dengan cara pinjaman riba dan sebagainya. Katanya, dalam isu 1MDB, PAS mengambil penyelesaian yang bersifat fundamental dengan usaha membetulkan urus tadbir negara, mengembalikan sistem pemisahan kuasa dan membanteras politik wang. “Dalam masa yang sama, PAS konsisten atas apa jua dakwaan penyelewengan dana 1MDB dan salah laku, justeru ia mestilah disiasat oleh satu badan siasatan yang profesional dan telus. Suruhanjaya Diraja mesti ditubuhkan segera untuk merealisasikan sebuah siasatan yang tidak berpihak. “PAS bersama Gagasan akan menghantar memorandum kepada SPRM tidak bera

Tun M jangka Najib akan tangkap pemimpin pembangkang untuk menang PRU14

Imej
BANGI, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan Datuk Seri Najib Razak akan menangkap dan menahan pemimpin pembangkang, bertujuan mengkucar-kacirkan parti politik, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Mengimbas semula Bersih 5, beliau berkata, Najib memberi jaminan tidak akan menyekat demonstrasi itu, tetapi semua orang tahu beliau bermati-matian berusaha menghalangnya daripada terus diadakan atau mengurangkan skalanya. Beliau berkata, walaupun, Bersih 5 mematuhi hampir semua syarat dikenakan, beberapa hari sebelum demonstrasi diadakan, pemimpin utama – Maria Chin Abdullah dan sembilan yang lain ditangkap. “Maria dihumban ke dalam bilik yang sejuk dan gelap. Ini merupakan satu penyeksaan. Demonstrasi tetap berjalan tanpa ramai daripada pemimpin mereka. “Beberapa hari selepas demonstrasi berakhir barulah Maria dan yang lain-lain dibebaskan. Ianya juga kerana ramai yang melakukan protes secara senyap di Dataran Merdeka setiap malam. Inilah salah satu car

Laporan forensik sahkan kanak-kanak mati didera

Imej
BESUT, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Kematian kanak-kanak lelaki berusia lima tahun awal pagi semalam didapati berpunca daripada koyakan pada usus kecilnya dan dipercayai didera. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rawi berkata, perkara itu disahkan pihak forensik yang melakukan bedah siasat ke atas mayat Muhammad Hairi Amsyar Abdul Rahman. Katanya, laporan forensik juga menunjukkan koyakan itu menyebabkan radang pada peritoneum dan kecederaan tersebut berpunca daripada trauma benda tumpul dari bahagian bawah belakang badan mangsa. “Kecederaan yang dialami ada unsur penderaan dan bukan akibat kemalangan motosikal seperti didakwa suspek yang juga bapa tirinya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Mangsa turut mengalami kesan lebam lama dan baharu pada bahagian badan, sebelum itu dibawa suspek ke Unit Kecemasan Hospital Besut pada 3.30 pagi semalam,  namun hasil pemeriksaan mendapati mangsa sudah meninggal dunia. Ketika menghantar kanak-kanak itu, suspek men

Aidilfitri: Aliran trafik masih perlahan malam tadi

Imej
KUALA LUMPUR, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Aliran trafik masih bergerak perlahan di beberapa lebuh raya utama menuju ke ibu negara setakat jam 10 malam tadi. Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, kenderaan di Perak bergerak perlahan dari Kuala Kangsar ke Terowong Menora, Ipoh ke Simpang Pulai dan Simpang Pulai ke Gopeng. “Aliran trafik di semua laluan Selatan dilaporkan masih terkawal dan lancar malam ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur perlahan dari arah Bentong ke Lentang dan Plaza Tol Gombak ke ibu negara. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di “http://www.twitter.com/llminfotrafik”. The post Aidilfitri: Aliran trafik masih perlahan malam tadi appeared first on Portal Islam dan Mela

Ramai pelajar asing ‘hilangkan diri’: Imigresen

Imej
PUTRAJAYA, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Hanya segelintir institusi pengajian tinggi (IPT) yang membuat laporan apabila terdapat pelajar asing di IPT mereka tidak hadir ke kelas dalam tempoh yang lama, kata Ketua  Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali. Mengulas gesaan beberapa pihak supaya kemasukan pelajar asing ke IPT, terutamanya swasta diperketatkan susulan isu dadah, beliau berkata, IPT sepatutnya membuat laporan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) apabila pelajar asing menghilangkan diri bagi memudahkan pemantauan Jabatan Imigresen. “Jabatan Imigresen sentiasa bekerjasama dengan KPT dalam memantau keberadaan mereka (pelajar asing) bagi memastikan mereka benar-benar pergi belajar. “Bagaimanapun, pihak IPT juga harus membuat laporan kepada KPT supaya mudah untuk kita pantau,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pendaftaran E-Kad di ibu pejabat Jabatan Imigresen, di sini malam tadi. Ditanya sama ada IPT boleh diambil tindakan jika gagal membuat laporan, b

Kementerian Kesihatan siasat pil ‘Facebook’ selepas wanita mati otak

Imej
PETALING JAYA, 6 Syawal 1438H, Jumaat – Kementerian Kesihatan akan menyiasat kejadian seorang wanita yang dikatakan mati otak selepas mengambil sejenis pil ecstacy yang dipanggil ‘Facebook’ di Johor. Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai insiden itu tetapi menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil sebarang ubat-ubatan yang tidak diiktiraf oleh kementerian. “Kami belum menerima laporan mengenai kejadian itu, tetapi kita akan melakukan siasatan dan dapatkan maklumat lanjut mengenai isu ini. “Perkara ini di luar bidang perubatan, ia di bawah bidang kuasa polis. Pengambilan sebarang bentuk pil atau dadah adalah atas risiko individu itu sendiri. “Bagaimanapun, saya ingin menasihatkan orang ramai supaya hanya mengambil ubat-ubatan yang mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK),” katanya, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar berb

Zakaria serah surat tunjuk sebab

Imej
KUALA LUMPUR, 5 Syawal 1438H, Khamis – Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV), Datuk Zakaria Arshad menyerahkan jawapan surat tunjuk sebab kepada syarikat itu, pagi ini. Suratnya itu diwakilkan oleh adik beliau, Maulud Arshad yang menyerahkan surat itu kepada Setiausaha Syarikat FGV, Koo Shuang Yen. Zakaria yang tidak hadir bagi penyerahan surat itu berharap panel penyiasat dapat meneliti sebaik mungkin jawapan balas yang dikemukakan di dalam suratnya itu. “Saya harap mereka akan melihat dan mengambil kira juga pandangan saya dan bukan hanya dari pandangan juruaudit sahaja. “Ini kerana saya sudah bekerja di sini lebih 23 tahun dan mengetahui selok-belok perniagaan di dalam syarikat dan industri,” katanya ketika dihubungi akhbar tempatan, sebentar tadi. Malah, Zakaria menegaskan bahawa beliau tetap yakin dirinya di pihak yang benar dan tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang didakwa. Pada 6 Jun lalu, Lembaga Pengarah FGV

Cadang kadar denda hilang pasport RM200-RM1,000

20 NGO buat laporan polis pengguna Facebook muat naik status hina Islam

Imej
IPOH, 5 Syawal 1438H, Khamis – Kira-kira 20 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar Perak membuat laporan polis berhubung status menghina, mencerca hingga menyentuh sensitiviti umat Islam dimuat naik di laman sosial Facebook, baru-baru ini. Difahamkan, status berkenaan didapati mencerca serta menghina khutbah yang melabel fahaman liberalisme, LGBT dilabel sebagai musuh Islam. Status yang dipercayai milik individu yang hanya dikenali sebagai Amirul Mukminin yang dimuat naik sejurus tamat khutbah Aidilfitri itu, juga mencerca agama Islam sebagai agama persekutuan dan berdoa dalam bahasa Arab, Qatar dikatakan Muhajirin. Status berkenaan turut menghina khatib (imam) dengan kata-kata kesat yang keterlaluan. Sementara itu, pihak polis memaklumkan akan melakukan siasatan berhubung perkara berkenaan. The post 20 NGO buat laporan polis pengguna Facebook muat naik status hina Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Mangsa banjir di Jasin kekal 42 orang pagi ini

Imej
MELAKA, 5 Syawal 1438H, Khamis – Mangsa banjir di pusat  pemindahan Sekolah Kebangsaan Tehel, Jasin, dekat sini, kekal 42 orang daripada 11 keluarga setakat 8 pagi ini. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka, Lt. Kol (PA) Effendy Ali  dalam kenyataan berkata situasi banjir di Kampung Tanjung Laboh dan Kampung Parit Lampong di daerah itu tidak banyak berubah berbanding malam tadi. Beliau, yang Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, berkata walaupun cuaca cerah pagi ini namun pihaknya akan terus memantau keadaan banjir berikutan ramalan hujan lebat dijangka sehingga lewat malam ini. Katanya, banjir berlaku disebabkan air sungai di beberapa kawasan melimpah akibat hujan lebat pada Isnin lepas.  – Bernama The post Mangsa banjir di Jasin kekal 42 orang pagi ini appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Trafik lancar di semua lebuh raya utama

Imej
KUALA LUMPUR, 5 Syawal 1438H, Khamis – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan masih lancar dan terkawal setakat jam 9 pagi ini. Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berkata trafik hanya perlahan dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung susulan kemalangan sebuah bas ekspres di KM422.5 yang mengakibatkan kesesakan sehingga satu kilometer. “Secara keseluruhan, aliran trafik di lebuh raya dari arah utara dan selatan setakat ini masih lagi lancar,” katanya ketika dihubungi. Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1dan 2 juga masih lancar. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama   The post Trafik lancar di semua lebuh raya utama appeared first on Por

Dua terbunuh dalam kemalangan bas ekspres

Imej
HULU SELANGOR, 5 Syawal 1438H, Khamis – Seorang pemandu bas ekspres dan seorang penumpang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 422.5, Lebuhraya PLUS arah selatan, awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor, berkata dalam kemalangan itu, 24 lagi penumpang terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan. “Setakat ini, pemandu bas yang maut dikenali sebagai Arasu Muniandy berusia 44 tahun dan seorang penumpang warga Indonesia dikenali sebagai Masenah, 46 tahun,” katanya. Bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kangar ke Johor Bahru itu, dilaporkan gagal dikawal sebelum terbabas dan terbalik di bahu jalan di laluan antara Bukit Tagar ke Bukit Beruntung. “Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian ini, termasuk mengambil kira faktor kemungkinan laluan gelap atau pemandu keletihan,” katanya. Kemalangan berkenaan mengakibatkan aliran trafik menuju ke arah ibu negara be

Aplikasi PICKnGo mudahkan orang ramai dapatkan teksi

Imej
KUALA LUMPUR, 5 Syawal 1438H, Khamis – Orang ramai kini boleh menaiki teksi secara mudah dan pantas dengan menggunakan aplikasi terbaharu, PICKnGo. Pengarah Pick N Go Sdn Bhd, Valerie Chan berkata, menerusi aplikasi berkenaan, ia dapat menghubungkan pengguna dengan pemandu teksi berlesen dan profesional untuk tiba ke destinasi dengan cepat serta selamat. Aplikasi itu dapat menghubungkan pengguna dengan kira-kira 10,000 pemandu teksi sekitar Lembah Klang. Aplikasi yang akan dilancarkan pada 7 Ogos ini, memberi kelebihan kepada pengguna dari segi kadar bayaran konsisten melalui penggunaan meter. Valerie berkata, aplikasi yang dibangunkan dengan kerjasama rakan kongsi antarabangsa dan syarikat utama perkhidmatan teksi di negara ini menyediakan ciri-ciri tempahan awal, selain memastikan pengguna menempuh perjalanan lebih baik. “Dengan menggunakan aplikasi PICKnGO, pengguna dapat memilih tambang paling rendah selain yakin dengan jaminan keselamatan. “Keselamatan pengguna amat ditit