Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2017

Dua anggota TLDM diklasifikasi mati mengejut

PRU14: Jentera PAS tidak bantu parti lain, fokus Gagasan Sejahtera

Imej
Sumber gambar: Facebook Fastaqim 2.0 KUALA NERUS, 9 Muharram 1439H, Sabtu – Jentera pilihan raya PAS tidak akan membantu jentera pilihan raya parti-parti lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) kelak, kata timbalan presiden parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata jentera PAS akan memberikan sepenuh komitmen terhadap parti sendiri bagi menjamin kemenangan PAS pada PRU14. “Jentera (pilihan raya) kita tidak sama sekali akan membantu parti lain kerana kita pun tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan parti lain. “Komitmen kita sepenuhnya adalah dengan meneruskan agenda membantu perjuangan PAS,” katanya  kepada pemberita selepas pelancaran jentera pilihan raya PAS Dewan-Dewan sempena perhimpunan FASTAQIM 2.0 di Pantai Tok Jembal di sini, hari ini. Bagaimanapun, katanya, PAS akan membantu Gagasan Sejahtera pada PRU14 kelak. Pada pilihan raya sebelum ini, PAS banyak membantu jentera pilihan raya parti pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam mera

Polis Klang Utara tidak luluskan penganjuran ‘Centro German F&B Party’

Imej
SHAH ALAM, 9 Muharram 1439H, Sabtu – Polis tidak akan meluluskan sebarang permit bagi penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman yang dijadual berlangsung di sebuah pasar raya di Klang dekat sini, pada 12 dan 13 Oktober ini. Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mazelan Paijan ketika dihubungi berkata ini kerana festival yang dinamakan ‘Centro German F&B Party’ itu turut menyediakan minuman keras atau arak yang mana arahan telah dikeluarkan kepada polis untuk menyekat sebarang penganjuran pesta arak. “Pihak saya tidak membenarkan seperti mana arahan yang dikeluarkan Timbalan  Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini supaya polis memastikan tiada sebarang pesta arak dianjurkan,” katanya. “Polis sehingga kini juga belum menerima sebarang surat permohonan daripada penganjur dan sekiranya ada pihak mendakwa sudah dapat kelulusan, itu adalah surat kebenaran palsu,” kata Mazelan. Semalam, Naib Pengerusi DAP Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata pihaknya

Kembalikan semula kekuatan Islam dalam menentu hala tuju negara

Imej
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI, 9 Muharram 1439H, Sabtu – Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kota Bharu, Ustaz Abdul Rahman Iskandar menyeru umat Islam di negara ini bersatu memikul beban bagi mengembalikan semula kekuatan Islam sebagai kuasa penentu hala tuju negara. Beliau menegaskan, masyarakat perlu melihat politik sebagai medium memperkukuh kekuatan Islam di negara ini. “Dalam konteks Malaysia, kita tak boleh nafikan kedudukan Melayu sebagai tonggak kekuatan. Ikatan unik Melayu dan Islam diabadikan secara jelas menerusi sejarah dan kemudian dimaterikan dalam Perlembagaan. “Namun persoalannya sudah kukuhkah kedudukan orang Melayu pada hari ini? Jika tidak kukuh, bangsa mana lagi yang kita boleh harapkan untuk membela perjuangan Islam di negara ini,” katanya ketika berucap di himpunan anjuran PAS (Fastaqim 2.0) di Pantai Tok Jembal, semalam. Abdul Rahman berkata, realiti selepas 60 tahun merdeka, telah menggambarkan kedudukan Melayu di Malaysia. “

Guru dipelawa lontar idea

Imej
MUAR, 9 Muharram 1439H, Sabtu – Kementerian Pendidikan mempelawa para pendidik terutamanya guru di sekolah untuk melontarkan idea atau pandangan bagi membentuk keperibadian pelajar dan sahsiah diri. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid seperti yang dipetik Utusan berkata, ia berikutan kegusaran perkara yang berlaku kebelakangan ini di kalangan golongan tersebut. Beliau berkata, pihaknya kini sedang giat mengumpulkan maklumat-maklumat berkenaan bagi menangani masalah salah laku dalam kalangan pelajar. “Pengumpulan idea dan pandangan tersebut dibuat secara umum dan tidak ada jawatankuasa khas ditubuhkan, sebaliknya guru-guru yang mempunyai idea boleh mengemukakan sama ada emel atau pernyataan bertulis. “Maksudnya, mereka boleh bagi pandangan sebab ada guru yang berada 25 tahun di sekolah, dia boleh nampak apa sebenarnya benda yang ada di sekolah itu dan misalnya kalau perlu diubah perkara-perkara tertentu serta kalau tak diubah apa implikasinya. “Malah, mereka pun tahu s

VIDEO | Wacana Isu Semasa & Perundangan Negeri Selangor: “Dakyah Kristian: Satu Pembongkaran & Ancaman”

Imej
Wacana Isu Semasa dan Perundangan Peringkat Negeri Selangor telah berlangsung pada 29 September 2017 di Dewan Seminar Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong. Pembentang 2: Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni Naib Presiden Isma Tajuk: “Dakyah Kristian: Satu Pembongkaran & Ancaman” The post VIDEO | Wacana Isu Semasa & Perundangan Negeri Selangor: “Dakyah Kristian: Satu Pembongkaran & Ancaman” appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Tiada masalah Oktoberfest dianjur di Sarawak: Menteri

Imej
BANGI, 8 Muharram 1439H, Jumaat – Sarawak tidak mempunyai masalah sekiranya pesta arak, Oktoberfest dianjur di negeri itu, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. Beliau berkata, Oktoberfest dilihat sebagai perayaan budaya dan bukan hanya pesta meminum bir semata-mata, sambil menambah sambutan itu membantu meningkatkan pelancongan negeri berkenaan. Memetik laporan portal The Star, Abdul Karim mendakwa, beliau tidak melihat mengapa festival budaya Jerman itu tidak dapat disambut di negara ini memandangkan budaya Malaysia juga dipamerkan di negara lain. Katanya, festival berkenaan adalah sama dengan sambutan Gawai Dayak, di mana banyak makanan dan minuman dihidangkan. “Di Malaysia, ada tanggapan salah mengenai Oktoberfest dan dipromosikan di kedai minum sebagai festival minum bir. Sejak zaman saya bersekolah lagi, saya nampak hotel di Sarawak menganjurkan Oktoberfest dan saya hairan mengapa ia menjadi isu pada 2017.

Akta 355, pesta arak dedah dua sifat orang bukan Islam

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 8 Muharram 1439H, Jumaat – Orang bukan Islam tidak benarkan orang Islam campur tangan dalam isu pesta arak kerana menurut mereka acara itu bukan untuk orang Islam. Pada masa sama mereka menentang pindaan Akta 355, sedangkan ianya langsung tidak membabitkan mereka. Dalam hal ini, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar melihat terdapat dua parameter yang berbeza mengenai pendekatan orang bukan Islam berhubung isu berkenaan. Katanya, beliau musykil dengan hujah pihak tertentu yang mengatakan bahawa meminum arak bukan untuk orang Islam, maka mereka tidak perlu campur tangan dalam penganjuran pesta arak. “Pesta tersebut tidak melibatkan orang Islam. Secara simplistik mungkin ada benarnya, namun secara praktiknya sudah pasti penganjuran pesta ini tidak dapat dijayakan tanpa peranan orang Islam, sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya. Beliau yang mengulas isu permit permohonan pesta arak yang

Israel tutup pintu sempadan Tebing Barat, Semenanjung Gaza

Imej
BAITULMAQDIS, 8 Muharram 1439H, Jumaat – Israel akan menutup pintu sempadan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza selama dua hari bermula tengah malam ini, menjelang sambutan perayaan ‘Day of Atonement’, lapor agensi berita China Xinhua. Tentera Israel pada Khamis mengumumkan penutupan bermula pukul 12.01 pagi (21:01pm GMT). “Penutupan dijangka hingga tengah malam Sabtu namun bergantung kepada keadaan semasa,” kata jurucakap tentera dalam satu kenyataan. Lantaran penutupan berkenaan, semua pusat pemeriksaan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza ditutup dan rakyat Palestin tidak dibenarkan keluar atau masuk ke wilayah itu kecuali untuk kes kemanusiaan tertentu. Bagaimanapun penutupan tidak tertakluk kepada penduduk Yahudi yang tinggal di Tebing Barat.- Bernama The post Israel tutup pintu sempadan Tebing Barat, Semenanjung Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Qatar tak akan serah Qaradawi kepada Mesir

Imej
DOHA, 8 Muharram 1439H, Jumaat – Qatar tidak akan mengekstradisi ulama terkenal Yusuf Al-Qaradawi ke Mesir kerana beliau bukan pengganas, sebaliknya adalah lawan politik kepada rejim kudeta El-Sisi. Menteri Hal Ehwal Luar Qatar, Mohammed Bin Abdulrahman Al Thani berkata, maklumat yang membawa kepada sesetengah negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Mesir mengatakan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas, tidak bertepatan dengan yang dimiliki Doha. Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Sedunia, dikehendaki pihak berkuasa rejim Mesir yang menuduh beliau adalah anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin. Katanya, ulama berkenaan tidak akan diekstradisi ke Mesir kerana beliau sudah menjadi rakyat Qatar sejak 1970-an, dan bukannya pengganas, tetapi seteru politik kerajaan El-Sisi serta mempunyai pandangan berbeza. “Mesir memperoleh maklumat yang berbeza dengan kami. Oleh itu, kami tidak mengkategorikan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas. “Kami menyifatkan mere

Puluhan pelarian Rohingya dikhuatiri lemas apabil bot karam

Imej
COX’S BAZAR (Bangladesh), 8 Muharram 1439H, Jumaat – Lima belas mayat wanita dan kanak-kanak etnik muslim Rohingya ditemui selepas bot yang dipercayai membawa 100 pelarian, karam tidak jauh dari pantai di daerah Cox’s Bazar, petang semalam. Tujuh belas lagi sempat menyelamatkan diri, manakala selebihnya hilang dikhuatiri lemas ketika laut bergelora, kata polis. Agensi berita melaporkan lebih 100 pelarian Rohingya berada di atas bot itu ketika ia karam kira-kira jam 5.30 petang semalam tidak jauh dari Patuwartek, 8 kilometer dari Pantai Inani di daerah Cox’s Bazar. “Pelarian yang terselamat memberitahu terdapat lebih 100 pelarian di atas bot berkenaan. Kami bimbang akan menemui lebih ramai mayat,” kata Inspektor Mohamed Kai Kislu. Nurul Islam, 22 tahun dari Rathetaung yang terselamat dalam tragedi itu berkata, beliau menaiki bot berkenaan dari Go Zon Dia, satu perkampungan Rohingya di pinggir sungai Naf kira-kira jam 10 malam Rabu lalu. Katanya, terdapat lebih 100 orang di atas

Ini antara sebab kedai dobi khas kepada umat Islam perlu wujud

Imej
Atau kejadian begini hanya dipandang remeh BANGI, 8 Muharram 1439H, Khamis – Sejak seminggu lalu heboh mengenai langkah seorang pengusaha sebuah kedai dobi di Muar, Johor yang hanya membuka perniagaannya kepada umat Islam sahaja, demi menjaga kebersihan dan kesucian. Pelbagai kenyataan sokongan dan penghinaan, malah ada yang menyifatkannya sebagai perbuatan ekstrem dan amalan agama yang sempit. Walaupun, kini terpaksa mengubah polisinya, pengusaha itu pada awalnya berkata, beliau hanya menjalankan tugas sebagai seorang muslim. Malah, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin berkata, langkah pemilik premis adalah tindakan terpuji kerana kebersihan menjadi keutamaan umat Islam. “Ini tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia hanya akan menggalakkan persepsi negatif daripada bukan Islam kepada umat Islam. Saya fikir ia adalah satu langkah yang baik kerana orang Islam tidak lagi berasa ragu ketika menggunakan kedai dobi ini setiap hari,” katanya. Antara kebimbangan yang berbangkit meng

Dobi Muslim bukan rasis, tetapi untuk kesempurnaan ibadah

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, 7 Muharram 1439H, Khamis – Inisiatif dobi yang mengkhaskan hanya untuk orang Islam sewajarnya dihormati oleh semua pihak, kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Nasrudin Hasan. Jelas beliau, isu pengasingan dobi antara orang Islam dan bukan Islam bukan disebabkan rasis. “Pengasingan ini juga bukan sebab isu diskriminasi, tetapi ia adalah isu agama dan kesempurnaan ibadah. Urusan kebersihan pakaian dalam Islam adalah sebahagian dari ibadah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini. Mengambil contoh aspek makanan, Ustaz Nasrudin berkata, sebagaimana ianya perlu dipastikan halal dan baik, maka begitulah pakaian mesti bersih dan suci dari najis zahir dan najis yang tidak zahir. “Jika restoran umat Islam mesti berasingan dengan yang bukan Islam dan mesti mempunyai sijil Halal, maka pusat dobi juga selayaknya berasingan untuk dipastikan suci dari najis yang zahir dan tidak zahir,” katanya. Baru-baru ini tular gambar papan tanda yang memaklumkan kedai

‘Saya tolak jadi panel wacana IRF, tidak sanggup bersekongkol dengan liberal’

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak KUALA LUMPUR, 7 Muharram 1439H, Khamis – Kerajaan mesti bertindak segera menghalang penularan wacana liberal yang menyesatkan pemikiran masyarakat umat Islam. Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata demikian menyentuh isu kemasukan secara mudah aktivis liberal termasuk Mustafa Akyol baru-baru ini, yang dijemput Islamic Renaissance Front (IRF) untuk menjadi panel dalam satu wacana anjuran badan itu. Dr Rafidah berkata, Akyol pernah dijemput sekitar tahun 2014, atas jemputan IRF dan Penang Institut bagi memperkatakan mengenai buku aktivis liberal itu. Apa yang dikesalkan, Akyol memomokkan kita, kononnya dosa berbeza dari jenayah, sedangkan dalam Islam, perkara yang dianggap dosa peribadi seperti zina, minum arak, ada hujah atau dalil akan pengharaman dan hukumannya. “Apa yang dibawanya bertentangan dengan Islam. Bukannya dia tidak pernah diberi peluang di Malaysia, seperti bantahan IRF yang mengatakan mereka tidak diberi kebebasan. “Sudah banyak pelua

JAWI laksana proses 4P perkahwinan mulai 2 Oktober

Imej
KUALA LUMPUR, 7 Muharram 1439H, Khamis – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan melaksanakan proses 4P iaitu Perintah Pengesahan Pendaftaran Perkahwinan mulai 2 Oktober ini. Pengarahnya, Abdul Aziz Jusoh berkata proses 4P memberi peluang kepada pasangan yang telah berkahwin atau berpoligami tetapi tidak mematuhi Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) untuk membuat pendaftaran perkahwinan di jabatan itu. “Sehubungan itu mana-mana pasangan yang menepati syarat ditetapkan hendaklah membuat permohonan pendaftaran perkahwinan di JAWI sebelum urusan selanjutnya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Syarat-syarat permohonan 4P adalah pemohon perlu bermastautin di wilayah-wilayah persekutuan semasa perkahwinan dijalankan; perkahwinan yang belum didaftarkan di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Pejabat Agama Islam Daerah di Malaysia dan perkahwinan yang berlaku selepas 28 Jun 1984 iai

Polis dedah ada pihak anjur pesta arak secara tertutup

Imej
BANGI, 7 Muharram 1439H, Khamis – Polis mendedahkan terdapat pihak yang menganjurkan pesta arak secara tertutup dengan menjadikan hujung minggu sebagai lubuk pesta mereka. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, penganjur cuba mengaburi pihak berkuasa dengan berselindung di sebalik acara muzik. Mereka melakukan aktiviti promosi melalui media sosial seperti aplikasi WhatsApp, Wechat, Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain. Katanya, acara muzik itu pengisiannya bukan sahaja disajikan arak tetapi turut sama melibatkan dadah. “Kumpulan sasaran penganjur ini adalah remaja dan orang muda yang berumur lingkungan 18 hingga 45 tahun. Mereka menjadikan premis seperti kondominium, apartmen serta hotel sebagai lokasi. “Polis tidak akan berkompromi dalam isu ini, justeru baik penganjur mahu pun mereka yang menghadirinya akan diambil tindakan,” katanya seperti dilapor Utusan Online. Terdahulu, terdapat cubaan untuk menganjurkan pesta arak, Better Beer Festival 2017 yang dijad

Misi Evangelis bukan setakat mengkristiankan, tetapi melemahkan umat Islam

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe SHAH ALAM, 7 Muharram 1439H, Khamis – Objektif dakyah Kristian tidak lagi hanya mengkristiankan sesiapa sahaja penganut agama lain, sebaliknya menjadikan orang Islam lemah daripada pegangannya, dedah Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni. Beliau berkata, objektif berkenaan antara lainnya juga untuk melemahkan segala peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang negara yang memberi kekuatan kepada imej serta amalan Islam di Malaysia. “Mereka bukan setakat mengkristiankan orang Hindu, Buddha tetapi juga orang Islam. Dan matlamat mereka yang paling rendah yang mahu dicapai adalah melemahkan pegangan orang Islam. “Bila orang Islam mula lemah, maka berlaku berlaku kelemahan orang Islam untuk mempertahankan Perlembagaan, institusi keagamaan dan sebagainya,” katanya. Beliau berkata demikian dalam pembentangan Wacana Isu Semasa Dan Perundangan Peringkat Negeri Selangor ‘Ancaman Semasa Umat Islam’ (Pemikiran, Dakyah dan Peny

SPRM tidak paksa hantar senarai calon

Imej
BALIK PULAU, 7 Muharram 1439H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbuka kepada mana-mana parti politik yang ingin menghantar senarai nama calon untuk saringan bagi memastikan mereka yang bakal bertanding pada pilihan raya umum akan datang bebas rasuah. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata perkara itu terpulang kepada parti politik kerana tiada peruntukan dalam undang-undang untuk SPRM membuat saringan bebas rasuah dan salah guna kuasa terhadap bakal calon pilihan raya. ”Tiada paksaan kepada parti politik yang enggan melakukannya. Itu komitmen sesebuah parti menghantar nama bakal calon untuk saringan bebas rasuah dan salah guna kuasa supaya pemimpin dipilih rakyat kelak adalah bersih,” katanya. Bercakap kepada pemberita selepas mengetuai Konvoi Program Kembara Jelajah Anti Rasuah sempena sambutan Jubli Emas SPRM hari ini, Dzulkifli berkata saringan bebas rasuah dan salah guna kuasa merupakan proses pertama sebelum seseorang individu bertand

Daftar pemilih dalam talian, media sosial tidak sah: SPR

Imej
PUTRAJAYA, 7 Muharram 1439H, Khamis – “Pendaftaran pemilih secara dalam talian atau melalui aplikasi media sosial adalah tidak dibenarkan dan tidak sah,” kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),  Tan Sri Mohd Hashim Abdullah. Sejak kebelakangan ini, katanya, terdapat pihak menyebarkan maklumat kononnya pendaftaran pemilih boleh dilakukan secara dalam talian atau melalui aplikasi media sosial dengan hanya menghantar gambar kad pengenalan MyKad mereka ke nombor talian telefon tertentu dan mereka akan didaftarkan segera sebagai pemilih. “SPR ingin menegaskan bahawa kaedah itu adalah tidak dibenarkan dan tidak sah,” katanya dalam kenyataan hari ini. Mohd Hashim menegaskan bahawa kaedah pendaftaran yang diguna pakai sekarang memerlukan individu itu hadir sendiri ke kaunter pendaftaran SPR atau mana-mana kaunter pejabat pos berkomputer atau melalui Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) yang dilantik oleh SPR. Mereka perlu membawa bersama MyKad yang asal, mengisi Borang A dan menandat

Setiausaha politik menteri direman kes seleweng dana kerajaan RM40 juta

Imej
PUTRAJAYA, 7 Muharram 1439H, Khamis – Mahkamah Majistret hari ini mengeluarkan perintah reman enam hari terhadap setiausaha politik kepada seorang menteri berhubung kes penyelewengan dana kerajaan RM40 juta. Perintah reman dikeluarkan Majistret Azizah Ahmad selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat suspek membabitkan penyelewengan dana Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Pada 13 September lalu, SPRM telah menahan empat individu termasuk seorang yang bergelar Datuk selepas disyaki terlibat dalam penyelewengan wang peruntukan yang disalurkan kepada badan yang sama. Mereka yang ditahan terdiri daripada Ketua Eksekutif PTPK, Setiausaha PTPK, Penolong Pegawai Kewangan PTPK dan seorang pengarah sebuah syarikat bergelar Dr. Bagaimanapun, keempat-empat individu itu sudah dibebaskan pada 23 September lalu. The post Setiausaha politik menteri direman kes seleweng dana kerajaan RM40 juta appeared first on Portal Islam dan Mel

Kebakaran pusat tahfiz: Dua suspek didakwa membunuh

Imej
KUALA LUMPUR, 7 Muharram 1439H, Khamis – Dua daripada tujuh suspek yang ditahan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz itu, 14 September lalu. Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ia dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin, sebentar tadi. Kedua-dua pesalah bawah umur berusia 16 tahun berkenaan didakwa melakukan perbuatan tersebut bersama-sama di pusat tahfiz itu di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini antara pukul 4.15 pagi dan 6.45 pagi hari kejadian. . Siasatan awal mendedahkan pusat tahfiz itu sengaja dibakar dengan api yang dicucuh menggunakan petrol yang disimbah pada beberapa bahagian di luar bilik asrama di tingkat dua berkenaan.

Wacana ilmiah Jais tegang, pemimpin PAN tersinggung apabila DAP diasak

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe SHAH ALAM, 8 Muharram 1439H, Khamis – Program Wacana Isu Semasa dan Perundangan Peringkat Negeri Selangor di sini, pagi tadi bertukar tegang selepas beberapa peserta yang mengakui daripada sebuah parti politik tidak berpuas hati dengan pembentangan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim), Prof Datuk Naser Disa. Keadaan itu tercetus ketika sesi soal jawab berlangsung, di mana salah seorang peserta yang mendakwa antara pimpinan Parti Amanah Negara (PAN), berang dengan pembentangan Prof Naser yang mengaitkan isu Rang Undang-Undang Akta 355 (RUU355) dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada parti itu. Prof Naser menerusi pembentangannya bertajuk ‘Kedaulatan Islam di Malaysia Diancam Pengembangan Doktrin Palsu’ menyatakan bahawa sikap segelintir Ahli Parlimen enggan menyokong, malah merumitkan cadangan memperkasakan undang-undang Syariah. “Ahli Parlimen Shah Alam tidak mahu menyokong RUU355, itulah yang menye

Penganjur program undang Mustafa Aykol patut didakwa

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe SHAH ALAM, 7 Muharram 1439H, Khamis – Pihak berkuasa sepatutnya mendakwa atau mengambil tindakan ke atas penganjur program yang mengundang aktivis liberal Turki, Mustafa Aykol ke negara ini, Ahad lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim), Prof Datuk Mahamad Naser Disa berkata, program seumpamanya itu bukanlah pertama kali dianjurkan oleh pertubuhan liberal Islamic Renaissance Front (IRF), yang dilihat kerap mengundang individu berpandangan salah berkaitan Islam. “Sepatutnya kita ada memberi cadangan supaya sekat Mustafa daripada masuk ke Malaysia melalui Notis Penolakan Masuk (NTL), tetapi ia lambat dikemukakan kepada Imigresen. “Oleh sebab itu, dia boleh masuk ke sini dan ditahan selepas daripada program itu pada Ahad lepas di KLIA,” katanya ketika ditemui Ismaweb di sini, hari ini. Beliau bagaimanapun kesal kerana penulis dan wartawan Turki terbabit hanya dipanggil soal siasat, kemudian dibebaskan dan dibenar pulang

Dobi muslim: Orang Islam ada hak praktik amalan agama

Imej
BANGI, 7 Muharram 1439H, Khamis – Yang Dipertua Pertubuhan Kasih Anak Yatim Malaysia (KAYMA), Dr Zulkeflee Yaacob menegaskan, orang Islam ada hak memilih mempraktik amalan agama mereka. Beliau yang kesal dengan sikap yang ditunjukkan sesetengah pemimpin mencampuri urusan agama Islam di negara ini melihat ia sebagai satu situasi yang boleh mengundang bibit kebencian rakyat. “Sekarang seolah-olah ada pihak cuba campur tangan dan tidak setuju orang Muslim hidup dengan amalan Islam yang selaras dengan perlembagaan di mana Islam agama tertinggi,” katanya seperti dilapor Harakahdaily. Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilapor menyifatkan isu dobi pakaian untuk Muslim bertentangan dengan pendirian kerajaan. Mengulas lanjut perkara itu, Dr Zulkeflee menegaskan, pemimpin politik terbabit tidak perlu mencanang ekstremisme kaum kerana Rukun Negara sebagai tiang bagi memupuk keharmonian di negara ini sudah lama dihayati rakyat. “Jika ahli politik

Sembilan kali Allah ingatkan azab untuk kaum Nabi Lut yang suka hubungan sejenis

Imej
BANJIR kilat, gempa bumi, ribut petir, taufan dan pelbagai lagi bencana alam yg berlaku di atas muka bumi ini adalah amaran daripada Allah SWT agar manusia beringat. Selain daripada itu, di dalam Al-Quran, Allah SWT banyak menceritakan kisah umat-umat terdahulu supaya kita mengambil pengajaran. Contohnya, sebanyak 9 kali Allah SWT menceritakan di dalam surah-surah berbeza dengan gaya bahasa yang berbeza mengenai kisah kaum Nabi Lut yang lebih menyukai hubungan sejenis berbanding perkahwinan yang dihalalkan oleh Allah SWT, lalu Allah SWT menurunkan bala kepada mereka yang kesannya boleh dilihat sehingga ke hari ini. Berikut adalah ayat-ayat tersebut: 1. Surah Al-A’raf (80-84) Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? (80) Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempua

Asrama pelajar tahfiz di Rembau pula terbakar

Imej
SEREMBAN, 7 Muharram 1439H, Khamis –  Sebuah asrama penginapan pelajar perempuan Maahad Tahfiz Yayasan Sofa di Rembau terbakar awal pagi tadi. Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, kebakaran ke atas asrama yang menempatkan 37 pelajar itu berlaku kira-kira 1.50 pagi dan memusnahkan 60 peratus bangunan asrama. Bagaimanapun kesemua pelajar terselamat kecuali tiga orang yang mengalami asma akibat terhidu asap. “Ketiga-tiga pelajar ini telah dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut,” kata Norazam. Beliau berkata, punca kebakaran belum dikenal pasti. Anggota bomba dan penyelamat tiba 10 minit kemudian selepas menerima panggilan kecemasan dan ketika sampai api sedang marak pada separuh bangunan asrama itu. Bagaimanapun, api berjaya dikawal 15 minit kemudian dan dipadam sepenuhnya setengah jam kemudian, katanya. Kebakaran di pusat tahfiz ini berlaku tidak berapa lama selepas kejadian sama di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat Ujung, Kuala Lump

17 Pasukan Remaja sertai Kejohanan Futsal Piala YDP Klang

Imej
Klang, 23 Sep – Kejohanan Futsal Piala YDP Klang anjuran Kelab Remaja Isma (KRIM) Klang telah mendapat penyertaan yang terbanyak sepanjang sejarah penganjurannya iaitu 17 pasukan. Kejohanan ini adalah sempena Karnival Sukan Remaja Muslim (KASRIM) yang berlangsung di Arena Real Sport Center, Telok Gadong di sini. Pasukan-pasukan yang menyertai KASRIM kali ini merupakan pelajar dari sekolah sekitar Klang, Shah Alam dan Kuala Lumpur. Antaranya ialah Kolej Vokasonal Klang, SMK Telok Gadong dan SMA MAIWP. Kejohanan separuh hari ini yang menawarkan hadiah RM 300 telah dimenangi oleh Pasukan Sahaja FC. Sahaja FC turut membawa pulang Piala Pusingan dan medal iringan yang telah disampaikan oleh YDP Isma Klang Ustaz Sulaiman Mohd Nor. Pihak pengurusan KASRIM amat berpuas hati dengan kelancaran program dan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh semua peserta. KASRIM merupakan acara tahunan yang dianjurkan khusus untuk remaja yang bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dan berkumpulan disa

Daie Perlu Tanam Semangat ‘Fastabiqul Khairat’ dalam Diri

Imej
oleh Norlia binti Salleh Kota Samarahan, 24 Sept – “Dalam kehidupan kita, perlulah sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam suasana persaingan yang sihat. Harus punyai semangat ‘fastabiqul khairat’ iaitu berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.” Demikian kata Ustaz Shuhaib Ar Rumy bin Selamat dalam tazkirah ringkas sempena Hari Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Sarawak yang telah diadakan baru-baru ini. Katanya lagi, perkara utama yang akan menjadi kekuatan jemaah adalah ukhuwwah atas dasar islamiyah. Kerana itu, jalinkanlah ukhuwwah sesama ahli berlandaskan neraca agama. Nescaya jemaah dapat berkembang dan menjadi kuat untuk terus menyantuni masyarakat sekelilingnya. Ustaz Shuhaib Ar Rumy yang juga merupakan Naib Yang Di-Pertua (NYDP) ISMA melaka Tengah turut berpesan bahawa antara tuntutan kepada seorang daie adalah mengenali serta berbuat baik kepada jiran, menziarahi ahli masyarakat yang kurang sihat serta menziarahi mereka yang meninggal dunia. Tuntutan ini ad

‘Aku Negaraku’ Membuka Mata Sukarelawan Remaja KRIM

Imej
KUALA LUMPUR,3 Muharram 1439H, Ahad – Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan Kuala Lumpur telah menganjurkan program ‘Sukarelawan KRIM : Aku Negaraku’ bertempat di Pusat Kawalan Kusta Negara pada hari semalam. Bertemakan ‘Wajah Gemilang Remaja Malaysia’ dengan slogan ‘Selalu Bersama’, program ini telah disertai seramai 12 orang remaja berusia 16 tahun. Program ini bertujuan untuk melatih para remaja berkhidmat kepada masyarakat sebagai seorang sukarelawan. “KRIM mengharap melalui program ini, peserta dapat menyemai nilai dan semangat sukarelawan dalam diri mereka. Pihak KRIM juga ingin mengajak lebih ramai remaja untuk bersama-sama berganding bahu, bekerjasama memperbaiki diri sendiri dan masyarakat. Banyak potensi yang ada pada seorang remaja yang boleh kita salurkan ke tempat yang betul kerana remaja adalah aset kepada negara pada masa hadapan”, kata Syed Fariq Fathullah selaku pengarah program ini. Sebahagian besar masyarakat menganggap bahawa penghuni PKKN tidak