Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

Walkathon Kemuncak Cabaran 3 Minggu

Imej
13 Oktober, Pantai Dalam – Walkathon yang berlangsung di Pantai Eco Park Sabtu lalu merupakan kemuncak bagi Cabaran Berjalan Kaki yang telah berlangsung selama tiga minggu berturut-turut bermula dari 22 September 2018. Peserta perlu mengumpulkan jumlah langkah harian selama tiga minggu dengan menggunakan aplikasi pintar masing-masing dan menghantar laporan kepada urusetia setiap minggu. Cabaran tersebut mempunyai dua kategori iaitu kategori terbuka wanita dan kategori ibu-ibu. Kategori terbuka wanita, diungguli oleh Cik Nur Farehan yang telah mengumpul jumlah jarak berjalan kaki sebanyak 97.97km. Beliau yang telah mencabar diri sendiri dengan pulang ke rumah setiap hari selepas kerja dengan berjalan kaki daripada menaiki bas. Ini bukan semata kerana cabaran Walkathon, tetapi beliau telah melaziminya beberapa bulan sebelum ini untuk mencapai kearah hidup yang lebih sihat. Program walkhaton ini telah membuka ruang baginya untuk berkongsi semangat bersama wanita yang lain. Ujar Fareha

Kunjungan ISMA Kuala Lumpur ke JAWI Disambut Baik

Imej
KUALA LUMPUR, 18 Okt – Jawatankuasa ISMA Kuala Lumpur hari ini telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail. Rombongan yang diketuai oleh Yang Di Pertua ISMA Kuala Lumpur, Dr Osman bin Md Rasip ini bertujuan mengeratkan hubungan antara NGO tersebut dengan JAWI di samping membincangkan peluang-peluang kerjasama strategik dalam menggerakkan program-program dakwah untuk pelbagai lapisan masyarakat di wilayah ibu kota ini. Kunjungan ini disambut baik oleh pihak JAWI yang melihat kerjasama antara NGO dakwah dengan badan kerajaan seperti ini adalah penting dalam mendepani agenda dakwah masa kini yang kian mencabar. Pada akhir pertemuan, Dr Osman menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Mohd Ajib sebagai penghargaan atas kesudian beliau meluangkan masa untuk pertemuan amat bermakna ini. Kunjungan ini turut disertai oleh empat orang ahli jawatankuasa ISMA Kuala Lumpur.   Ahmad Hisyam Sabrani ISMA KUAL

IQ Tinggi bukan Jaminan Penghambaan kepada Allah

Imej
Kebelakangan ini saya ada membaca artikel mengenai Terence Tao yang mempunyai julat IQ paling tinggi di dunia dalam lingkungan 225-230 mengatasi IQ Albert Einstein (160-190). Secara purata 70 peratus manusia mempunyai IQ sekitar 100 sahaja. Beliau mempunyai kemampuan luar biasa dalam matematik yang melayakkannya masuk universiti pada usia 9 tahun. Ketika usianya 13 tahun, beliau menjadi peserta paling muda yang memenangi pingat emas dalam pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa. Beliau bergelar Doktor Falsafah di usia 21 tahun kemudian dilantik sebagai profesor kanan di University of California (UCLA) dan diiktiraf sebagai profesor termuda di sana. Tidak hairan juga memandangkan latar belakang keluarganya yang cemerlang dan berpendidikan tinggi. Saya berasa sedikit kagum terhadap beliau, tetapi saya lebih mengagumi pada yang Maha Mengurniakan kepintaran itu kepadanya. Sejenak membaca tentangnya membuat saya terfikir, kalau dengan kepintaran dan IQ setinggi itu masih belum mampu

Kafe@teen LPPKN sambut mesra kunjungan Kelab Remaja ISMA

Imej
Oleh Nor Adibah binti Rohiman KUALA LUMPUR, 3 Mac – Ketua Unit Transformasi dan Pengurusan Perlaksanaan Pusat Remaja Kafe@teen Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) , En Fauwaz Hasbullah menerima kunjungan hormat dari Kelab Remaja ISMA (KRIM) yang diwakili oleh Pengarah Nasional , En Ibrahim b. Sharkawi di Ibu Pejabat LPPKN, Jalan Raja Laut pada pagi semalam. KRIM adalah agensi khas yang sangat komited dalam merancang dan menjalankan program pembangunan remaja di Malaysia dan mempunyai 28 cawangan di seluruh Malaysia. LPPKN juga mempunyai visi yang selari dengan visi KRIM atas wujudnya Pusat Remaja kafe@teen LPPKN yang juga wujud di 13 pejabat LPPKN di seluruh Malaysia. Pertemuan rasmi ini bertujuan untuk berbincang tentang bentuk kolaborasi yang boleh dianjurkan bersama antara KRIM dan LPPKN.Turut mengiringi Pengarah Nasional KRIM adalah Ketua Jabatan Perhubungan Luar,Cik Noraliza dan  Ketua Jabatan Pembangunan Sumber Manusia,En Mohamad Fauzi b Ahmad. Pertemua

Pasca KONWANIS : Peserta OKU Turut Merasa Impaknya

Imej
KUALA LUMPUR, 29 Sept- Meskipun setelah hampir sebulan berlalu, namun kehangatan Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS) masih terasa. Pengisiannya yang begitu padat diselangi dengan slot selari menjadikan konvensyen yang berjalan selama sehari itu benar-benar padat dengan ilmu dan tip yang berguna buat para wanita. Norhidayu bt Mohd Yusuf, peserta dari Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) yang merupakan salah seorang peserta kelainan upaya berkata, beliau amat bertuah dapat hadir je KONWANIS kerana ilmu dan pengisiannya memang sangat sesuai buat wanita yang kini sering menghadapi pelbagai cabaran dan ujian. “Walaupun tidak berkesempatan untuk ke slot selari yang berlangsung di dewan lain akibat kekangan pengihatan, bagi saya slot di dalam dewan utama sudah cukup menarik dan padat dengan ilmu. Paling saya suka ialah slot bertajuk ‘Otak Perempuan, Otak Power’ kerana banyak input yang sangat berguna lebih-lebih lagi dalam menjaga kesihatan otak dengan be

TARBIYAH MEMBANTU DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

Imej
  oleh Habsah Binti Abdul Shaer Port Dickson, 9 Oktober –Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Kolej Uniti tahun 2017, Ammar Hamizan bin Muhammad Balyan menyatakan bahawa penglibatan aktif dalam aktiviti dakwah dan tarbiyah bukanlah batu penghalang untuk sentiasa cemerlang dalam akademik. Ini terbukti apabila beliau telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Presiden di Majlis Konvokesyen Kolej Uniti kali ke 17 di Hotel Marriot baru-baru ini. Anugerah tertinggi ini diberikan kepada graduan yang memiliki keputusan akademik yang cemerlang, komitmen yang tinggi dalam aktiviti ko-kurikulum dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan sepanjang pengajian di kolej. “Sebagai seorang mahasiswa muslim, kita perlu tahu mengasingkan antara perkara penting dan tidak kerana perkara yang tidak penting hanyalah parasit yang akan menghalang kita untuk berjaya dunia dan akhirat.” Tegas Ammar yang menjadikan saudara Fauzi Bashir, Ketua Pemuda Isma Cawangan PD sebagai mentornya. Beliau turut men

Imej penting untuk ‘first impression’

Imej
Oleh :  Siti Saleha Binti Sofian Suri BANGI, 29 September – “Imej adalah sesuatu yang ingin kita gambarkan kepada orang lain tentang diri kita,” tegas Dr. Nadiah Norudin, perunding imej bertauliah dari MAKE Consultant yang juga merupakan seorang pegawai perubatan di Pusat Darah Negara dalam slot bual bicara bertajuk ‘Imej dan Penampilan’. Tambahnya, pandangan orang sekeliling terhadap diri kita dibentuk dalam beberapa saat pertama mereka melihat kita iaitu melalui penampilan, tingkah laku dan komunikasi. Dr. Nadiah yang juga merupakan seorang ahli Ikatan Pengamal Peubatan (iMedik) Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Shah Alam mengulas tentang tiga kunci penjagaan diri iaitu rutin penjagaan wajah, kawalan bau badan dan pemilihan pakaian yang sesuai. “Sesorang wanita perlu mempunyai sekurang-kurangnya pelembap, serum dan pelindung sinaran ultraungu (UV) dalam penjagaan kulit wajah,” tambah beliau. Dr. Nadiah juga menjalankan sesi demonstrasi pakaian yang sesuai untuk bekerja

Sambutan Hari Keluarga Isma Kuala Lumpur meriah

Imej
BAGAN LALANG, 1 Okt – Hari Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kuala Lumpur telah diadakan di Pantai Bagan Lalang semalam dengan kehadiran seramai 179 orang ahli yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Pelbagai acara diadakan antaranya ialah tarik tali, polo air, gusti air, acara keluarga, acara berpasangan dan sukaneka. Paling mencuit hati apabila dapat melihat gelagat anak-anak dari umur 1 tahun hingga 12 tahun menyertai pelbagai acara yang disediakan seperti kutip bola, baling belon air dan sebagainya. Selain itu, ahli NAZIM dan Kelab Remaja Isma (KRIM) juga turut terlibat memeriahkan hari keluarga pada kali ini. Pengarah program, Encik Ahmad Hisyam Sabrani berkata, sambutan Hari Keluarga pada kali ini sangat menggalakkan dengan penyertaan yang lebih ramai dari tahun-tahun sebelum ini. “Hari keluarga sebagai medan merapatkan ukhuwwah dan medan bersantai sesama ahli setelah berpenat lelah menjayakan pelbagai program agensi masing2 sepanjang tahun. Saya dapa

Peranan ibu dalam membina ‘syurga’ di dalam rumah

Imej
Oleh: Siti Saleha Binti Sofian Suri BANGI, 29 Sept – “Sebagai sekolah pertama untuk anak-anak, ibu perlu membina imej sebagai seorang yang cerdik pandai di hadapan anak-anak,” ulas Ustazah Ummu Khadijah M. Nasir, ahli Jawatankuasa Biro Keluarga dan Masyarakat, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Hulu Langat dalam satu forum bertajuk ‘Ada Syurga di Rumah Kita’ di sini, pagi kelmarin. Tambahnya lagi, ibu juga perlu mahir dalam berkomunikasi dengan anak-anak termasuklah mengelakkan penggunaan istilah ‘penat’ dengan anak-anak untuk memastikan tiada jurang perhubungan antara mereka. “Bukan ibu sahaja yang penat, anak-anak yang balik bersekolah juga penat. Anak-anak kecil yang seharian bermain dan berlari ke sana ke mari juga penat,” katanya yang juga merupakan seorang guru Bahasa Arab di sebuah sekolah kebangsaan di sini. Forum anjuran bersama Isma Hulu Langat dan penduduk Apartmen Bangi Idaman turut dibarisi seorang panel yang merupakan ibu kepada lima anak yang kesemuanya merupa

Kemeriahan Sambutan Hari Keluarga Isma Kota Bharu 2018

Imej
Oleh : Suhidayah KOTA BHARU, 5 Okt- Program Hari Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kota Bharu di sini meriah dengan kehadiran peserta seramai 200 orang. Program yang diadakan di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang ini turut dihadiri oleh beberapa ahli keluarga terdekat dan juga ahli PEMBINA Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Pengkalan Chepa. Yang Dipertua ISMA Cawangan Kota Bharu, Ustaz Abdul Rahman Iskandar (Alrais) berkata, program tersebut diadakan setiap tahun bagi mengeratkan   hubungan kekeluargaan dan ukhuwwah islamiah di kalangan ahli ISMA.  Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi para peserta lelaki antaranya bola tampar pantai, boling kelapa dan bola sepak pantai. Manakal peserta perempuan pula bermain sambut belon berisi air, bola kaki tiga dan terompah gergasi. Kategori kanak-kanak pula, diadakan acara berlari sambil membawa bola pingpong dalam sudu, kerusi berirama, baling bola masuk raga, tiup syiling d

Nazim Gombak semai semangat cintakan tanah air

Imej
Oleh Mohd Faiq Naquiddin Bin Md Pazin Gombak, 25 Ogos – Kelab Anak-Anak Hebat (Nazim) cawangan Gombak telah menganjurkan satu program Ekplorasi Merdeka Nazim bertemakan “Terokai Sukan Sunnah”, hari ini. Menurut Ketua Biro Keluarga & Masyarakat Isma Gombak, En Yassin Azman, objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan sejarah dan semangat Hari Malaysia sejak dari usia muda terutama kepada golongan kanak – kanak. Bertempat di Runbinga Heritage Horse Riding, Kg Changkat Gombak, lebih 50 orang peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti permainan seperti menunggang kuda, memanah dan bermain teka-teki mengenai sejarah Malaysia. Program yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi itu merupakan sebahagian daripada pelbagai susunan aktiviti buat ahli-ahli Nazim. Sumber

Remaja 16 tahun sudah pandai sembelih lembu

Imej
Oleh Mohd Faiq Naquiddin Bin Md Pazin   SELAYANG, 25 Ogos  – Muhd Mukmin Bin Nusril, remaja berumur 16 tahun merupakan pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Darul Ehsan dipilih untuk menjadi tukang sembelih dalam satu Program Ibadah Qurban anjuran Hospital Selayang dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Gombak pada hari ini. Program tahunan kali keempat diadakan anjuran bersama Hospital Selayang dan Isma Gombak menyaksikan tujuh ekor lembu telah dikorbankan dalam program ini yang dilaksanakan secara gotong royong antara ahli Isma Gombak dengan komuniti Hospital Selayang merangkumi aktitiviti menyembelih, melapah dan memasak daging korban. Menurut Muhd Mukmin, beliau sudah lama berminat untuk ceburi dan memiliki kemahiran dalam melakukan penyembelihan lembu. Beliau sebelum ini pernah mengikuti sebanyak dua kali kursus penyembelihan di bawah bimbingin Ustaz Abdul Halim bin Zakaria, Personaliti TV /penceramah bebas. Program kali ini merupakan kali pertama buat beli

Pelajar Maahad Imtiyaz naib johan Pertandingan Hafazan Peringkat Kebangsaan

Imej
Fida’ bergambar kenangan bersama Pengetua, Ustaz Rosidi Shahari Oleh Siti Noor Atifah Mohd Asri IPOH, 30 Sept – Maahad Imtiyaz (MIM) sekali lagi menempa kejayaan bermakna apabila salah seorang pelajarnya, iaitu Fida’ Muhammad Fauzi berjaya memperoleh naib johan pertandingan Hafazan Al-Quran kategori Menengah Atas dalam Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini. Sebelum ini juga, Fida’ telah membanggakan seluruh warga MIM dengan kejayaannya mendapat tempat pertama dalam pertandingan yang sama di peringkat negeri Perak. Kejayaan Fida’ ternyata tidak berhenti di situ saja, malah Fida’ berjaya melakar kejayaan yang lebih bermakna lagi di peringkat kebangsaan. “Saya amat bersyukur ke hadrat ilahi atas kejayaan ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Tuan Azman sebagai jurulatih Fida’, para pegawai PPD, para pegawai JPN Perak, para guru dan semua pihak yang te

Aktivis Isma Gombak Johan Tarannum Wanita Majlis Tilawah Al Quran PETRONAS (MTAQ) Peringkat Kebangsaan

Imej
  Oleh Mohd Faiq Naquiddin Bin Md Pazin MIRI, 30 Sept  – Siti Nabiha Md Marham, aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Gombak baru-baru ini muncul sebagai Johan Tarannum Wanita Majlis Tilawah Al Quran Petronas (MTAQ) peringkat kebangsaan kali ke 19 yang berlangsung selama 2 hari di SKO Petronas Carigali Sarawak Operations, Miri, Sarawak Beliau yang juga sebelum ini merupakan Johan Wanita Tilawah Al Quran Majlis Tilawah Al Quran Petronas peringkat Zon Wilayah Persekutuan membawa pulang hadiah kemenangan pakej umrah bernilai RM 6,000.00. Beliau berharap agar dapat terus berjaya dalam bidang ini pada masa akan datang. Sumber