Jati diri muslim sejati benteng zina
PADANG MIDIN, 22 April - "Binalah jati diri sebagai seorang muslim sejati sebagai asas untuk menjauhkan diri daripada zina dan segala bentuk maksiat yang lain", demikian ujar Dr. Ihsanuddin Abas, wakil Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) hari ini. Tambah beliau lagi, para remaja juga perlu jelas tentang tugas dan tanggungjawab sebenar kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini agar tidak mudah terpesong dengan perkara-perkara negatif yang dilarang agama seperti zina. Beliau berkata demikian dalam program 'Say No To Zina' yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin. Program ini turut disampaikan oleh dua lagi panel jemputan iaitu Dr. Sharifah Razlina Tuan Muda; Doktor Klinik Famili dan Dr. Muna Hamiza Asiff iaitu Pensyarah Fakulti Perubatan Pelatih UniSZA yang juga wakil dari i-Medik. Lebih 500 orang pelajar tingkatan satu dan empat terlibat dalam program ini yang bertujuan untuk memberi kesedaran tentang bahaya ...