Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

Zahid kaki pembohong, kata Tun M

Imej
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin BANGI, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – ‘Pembohong’ adalah perkataan yang sesuai dilabelkan pada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak benar berkenaan asal-usul Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Mahathir yang berasa terkejut terhadap kenyataan itu berkata, tidak pernah ada sesiapa lagi yang menyentuh perkara ini serta memberikan maklumat mengenai asal-usulnya secara berbeza daripada yang telah diketahui umum. “Ini adalah satu kenyataan yang baik untuk kita tunjukkan bahawa betapa Zahid ini ‘kaki pembohong. “Kaki pembohong kerana dia tak boleh tunjuk kad identiti itu. “Saya masih ingat kad yang pertama saya terima, saya masih dalam universiti pada masa itu. Tapi kalau dia boleh tunjuk, saya nak tengoklah. “Jangan sembunyi, jangan buat macam Apandi. Apandi dia kata 1MDB tiada apa-apa tapi masuk Akta Rahsia. Zahid pun nak rahsia juga ya?,” kata Mahathir dalam satu video yang dimuatnaik ke

Syiah ajaran sesat, musuhi Ahli Sunnah, apa perlu kerjasama?

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Perbezaan fahaman akidah di antara pengikut Sunni dan Syiah tidak akan boleh membentuk sebarang kerjasama dalam memartabatkan agama Islam, tegas Ketua Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Omar Kassim. Menyelar ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini, beliau berkata, ini berikutan pengikut Syiah secara jelas memusuhi Ahlus Sunnah. “Bagaimana hendak bekerjasama? Akidah yang merupakan perkara prinsip sudah tidak sama antara keduanya. Yang menjadi sulit apabila mereka mengguna senjata mereka yang sangat halus iaitu bertaqiyyah. Taqiyyah ialah mereka menyembunyikan aqidah syiah mereka,” katanya kepada Ismaweb, hari ini. Memetik contoh bagaimana Syiah boleh diterima masuk ke Makkah sedangkan ia khusus kepada orang Islam sahaja, tegas Omar di situlah puak itu bertaqiyyah, iaitu menyembunyikan akidah Syiah mereka. “Bila berdepan imigresen dan permohonan visa, mereka boleh sahaja meng

Pasca Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan Isma 2017 – Catatan Yang di-Pertua Isma KL

Imej
Asslamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Mesyuarat Agung ISMA yang ke 15 sudah hampir seminggu berlalu, acara ini begitu penting kerana ia menjadi panduan kepada ahli dalam melangkah ke hadapan membawa inspirasi pimpinan dalam mendokong aspirasi ISMA. Dengan motto  “Bersedia Menghadapi Cabaran” Ustaz Abdullah dalam ucapan dasarnya mengariskan idea dan agenda besar yang perlu digarap dan dihazam sebaik mungkin oleh ahli bagi menghadapi cabaran ke hadapan yang begitu ruwet dan mencabar. Menurut Tuan Presiden “Kita perlukan stamina bagi menghadapi perjuangan yang panjang demi mengembalikan kemegahan dan kemulian yang hilang”. Kita juga perlu mengatur langkah dengan cermat dan terus belajar dan mengulangkaji, sentiasa berfikir dan menilai supaya kita menjadi gerakan Islam yang sentiasa relevan dan unggul. Kita juga perlu memiliki pandangan strategik dengan membuat penyelidikan yang menyeluruh terhadap perubahan realiti yang berlaku,  belajar dari pengalaman gerakan terdahulu serta ma

Suasana Sebak Iringi Ucapan Penangguhan Yang Di-pertua Isma Melaka

Imej
Ayer Keroh, 26 Feb – Perwakilan dan pemerhati ke Mesyuarat Agung Isma Melaka yang berlangsung di Ayer Keroh Country Resort berkongsi perasaan sebak mendengar amanat ucapan penangguhan YDP sessi baharu, Ustaz Ir Hj Mohd Khoushaini Mohd Naim. “Perasaan saya bercampur baur apabila dilantik semula sebagai YDP baharu bagi sesi 2017/2019. Sangat terharu dan tersentuh di atas kepercayaan yang telah diberikan oleh para perwakilan.” YDP ISMA Melaka Tengah sessi 2017-2019, , Tuan Hj Ir Khoushaini kelihatan menahan sebak ketika menyampaikan ucapan penangguhan mesyuarat agung ISMA Melaka Tengah. “Ditambah pula apabila saya mengimbas semula kata-kata Khalifah Umar Abdul Aziz. ‘Sesungguhnya aku bukanlah yang terbaik dari kalangan kalian. Akan tetapi aku adalah sebahagian dari kalian. Cuma Allah telah jadikan aku dengan bebanan paling berat.’ “, ujarnya sambil sesekali terpaksa berhenti menyeka air mata yang mengalir. Selain itu beliau mengharapkan sokongan yang kuat dari barisan jawatankuasa y

Polis akan panggil 10 pelajar perempuan bantu siasatan

Imej
KOTA KINABALU, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Polis akan memanggil 10 pelajar perempuan bagi membantu siasatan berikutan penularan sebuah video yang menunjukkan seorang pelajar perempuan dibelasah di sebuah padang. Ketua Polis daerah, Superintendan Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, kertas siasatan telah dibuka berhubung insiden tersebut selepas ibu mangsa membuat satu laporan polis semalam. Ibu bapa kesemua suspek di dalam video tersebut akan turut dipanggil bagi membantu siasatan, kata beliau. “Berkaitan tular video di Kunak, untuk makluman ibunya telah buat laporan polis tengah hari semalam. “Kita akan memanggil kesemua yang terlibat dalam masa terdekat dan ibu bapa serta guru-guru sekolah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Video berdurasi seminit 39 saat itu yang tular sejak semalam memaparkan sekurang-kurangnya 10 pelajar perempuan membelasah seorang rakan mereka dipercayai akibat berebut lelaki. The post Polis akan panggil 10 pelajar perempuan bantu siasatan a

Terlalu awal umum wabak rabies telah pulih

Imej
BAU (Sarawak), 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Terlalu awal untuk mengisytiharkan bahawa wabak rabies atau penyakit anjing gila di Sarawak telah pun pulih, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Beliau berkata sehingga  kini keadaan wabak itu di Sarawak masih stabil dan kawasan diisytihar wabak kekal 22. “Terlalu awal untuk buat apa-apa keputusan atau pengisytiharan  tetapi kita harapkan  tidak ada tempat baharu. Sekiranya  berlaku, kita akan gunakan langkah-langkah yang sama (untuk mengawal penularan wabak),” katanya dalam sidang media selepas meninjau operasi pemvaksinan di Dewan Suarah Bau di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam. Kawasan Bau mempunyai 104 kampung dan dianggarkan terdapat 8,000 ekor anjing di kawasan tersebut. Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata beliau sudah berbincang dengan kerajaan negeri

Malaysia komited pertahan dua kota suci umat Islam

Imej
KUALA LUMPUR, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Malaysia komited untuk mempertahankan kota suci umat Islam, iaitu Mekah dan Madinah daripada sebarang bentuk ancaman atau pun serangan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan Malaysia komited untuk bersama-sama Arab Saudi melindungi dua kota suci itu. “Keselamatan dan kestabilan di Arab Saudi apabila ada kaitan dengan dua kota suci ini, kita tidak berbelah bahagi untuk bersama-sama mereka mempertahankan Mekah dan Madinah. “Saya harap usaha ini berterusan dan buat perancangan yang rapi, lebih-lebih lagi dalam musim haji ini,” katanya mengulas laporan serangan peluru berpandu yang mensasarkan ke negara tersebut dipercayai oleh puak Houthi. Menurut Hishammuddin, beliau sempat berbual dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohamed Salman Al-Saud mengenai kejadian itu semalam selain turut menerima panggilan daripada Menteri Pertahanan Qatar. Menurutnya, kerajaan akan terus bertukar-tukar maklumat risikan dengan A

Pelajar Imtiaz menang pingat emas pertandingan kreativiti dunia

Imej
BESUT, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Empat pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut mengharumkan nama negara apabila meraih pingat emas dalam Pertandingan Kreativiti Ciptaan Dunia (WICC) anjuran Persatuan Penciptaan Universiti-Universiti Korea yang diadakan di Seoul, Korea dari 28 hingga 30 Julai. Kejayaan tersebut merupakan kejayaan kali kedua kepada pelajar SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut dalam pertandingan berkenaan iaitu pada tahun 2015 empat pelajar daripada sekolah itu juga memenangi pingat emas dalam pertandingan yang diadakan di Taiwan yang turut disertai lebih 150  buah sekolah daripada seluruh dunia. Pengetua SM Imtiaz Besut, Abdul Wahab Mohd Arshad memberitahu empat pelajar yang memenangi pertandingan terbaru itu ialah Ameerul Shafiq Abdul Manaf, Khairul Hakimin Mohd Shafie, Ahmad Afiq Danial  Mohd Kamal dan Ahmad Amir Izzat Amran yang kesemuanya berumur 17 tahun dan merupakan pelajar tingkatan empat. Katanya, keempat-empat pelajar itu dipilih apabila k

Pelajar perempuan mangsa buli terbaharu

Imej
KOTA KINABALU, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Satu rakaman video pelajar perempuan dibelasah sekumpulan pelajar mengejutkan orang ramai setelah tular di laman sosial sejak malam semalam. Video itu menunjukkan mangsa yang memakai tudung berwarna hitam dikelilingi oleh sekumpulan pelajar perempuan sebelum ditumbuk salah seorang daripadanya. Beberapa lagi pelajar perempuan turut campur tangan dan menumbuk serta menendang mangsa bertubi-tubi. Mangsa dilihat merayu supaya dilepaskan agar masalah mereka dapat diselesaikan cara baik namun tidak diendahkan malah mangsa terus dipukul. Pergaduhan itu tidak dileraikan malah ada yang ketawa dan tak kurang juga sibuk merakam pergaduhan tersebut dengan menggunakan telefon bimbit. Video tersebut menerima kritikan hebat dari netizen yang rata-ratanya menyeru agar pihak berkuasa menyiasat kejadian ini secepat mungkin. Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Mohd Nasarudin M Nasir berkata polis menerima laporan daripada ibu bapa pelajar berkenaan,

ESSCom cadang wujud pusat pemeriksaan laut

Imej
LAHAD DATU, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mencadangkan pewujudan pusat pemeriksaan di laut di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) bagi mengekang jenayah rentas sempadan. Komandernya DCP Datuk Hazani Ghazali berkata pusat itu bakal menjadi pintu masuk pemeriksaan bagi semua bot dan kapal yang ingin berlabuh ke tanah besar di daerah ESSZone. “Anggota kita akan buat pemeriksaan sebelum memberikan surat kebenaran ke tanah besar. Bagi yang gagal mendapatkan surat kebenaran dan melanggar perintah akan dikenakan tindakan tegas,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Beliau berkata, perkara itu telah diketengahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Timbalan Perdana Menteri serta pada dasarnya ia disambut baik dan dipersetujui demi keselamatan daerah ESSZone. “Namun perkara ini saya akan usulkan kembali kepada Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN

Jururawat maut kereta terbabas selepas balik kerja

Imej
BALING, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Menyayat hati, seorang jururawat Hospital Kulim maut selepas kereta yang dinaikinya terbabas di Batu 7, Binjol, Jalan Baru Kulim-Baling, pagi tadi. Dalam kemalangan jam 8.30 pagi itu, kereta dipandu Nur A’ishah Abu Hassan, 32, terbabas sebelum melanggar besi penghadang. Insiden berkenaan menyebabkan besi penghadang jalan menusuk kereta dari depan hingga tembus ke belakang mangsa. Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, Nur A’ishah tersepit di tempat duduk pemandu kereta jenis Proton Saga itu. Jelas beliau, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari arah Kulim menghala Baling selepas selesai bertugas. “Siasatan awal mendapati kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar besi pembahagi jalan. “Mayatnya dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. The post Jururawat maut kereta terb

Pakar gesa Akta Kelahiran dipinda

Imej
KUALA LUMPUR, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia, Profesor Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz menggesa kerajaan persekutuan agar membuat pindaan ke atas Seksyen 13A (2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA) 1957. Beliau berkata, ia supaya setiap pendaftaran bayi Islam yang lahir di negara ini dibezakan dengan bukan Islam, selain dirujuk berdasarkan hukum syarak. Selain itu, beliau menjelaskan, perkara tersebut penting bagi menjaga serta mengelak kekeliruan berhubung nasab dan keturunan umat Islam di negara ini. Katanya, nama bapa mengikut undang-undang Islam adalah tidak sama dengan nama keturunan keluarga bukan Islam kerana lebih peribadi atau merujuk kepada bapa biologi anak. “Isu berkaitan nama bapa ini berbeza antara Islam dan bukan Islam kerana bukan Islam terdapat nama keturunan keluarga. Jadi pada pandangan saya, pindaan boleh dilakukan berdasarkan perbezaan yang wujud itu. “Pindaa

Polis klasifikasi kematian kanak-kanak di Limbang sebagai kes bunuh

Imej
MIRI, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Kematian kanak-kanak berusia tiga tahun dipercayai didera ibu tirinya pada 27 Julai lalu di Limbang, Sarawak diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Dev Kumar berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Miri semalam menunjukkan punca kematian kanak-kanak malang itu adalah asfiksia akibat ditekap dengan sesuatu. Susulan itu, polis menahan ibu tiri mangsa yang berusia 22 tahun di rumah panjang di Kampung Terimah Lubai, Limbang pada 7.10 malam semalam. Katanya, perintah reman akan dikeluarkan terhadap wanita terbabit pagi ini bagi membantu siasatan berhubung kematian anak tirinya itu. Polis sebelum ini mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut, sementara menunggu keputusan bedah siasat dari Hospital Miri. Dev berkata, pada kejadian 27 Julai lalu, ibu tiri mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Limbang dengan mendakwa dia menemui anak tiri

Lebih tiga juta rakyat layak mengundi belum mendaftar: PM

Imej
KUALA LUMPUR, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Lebih tiga juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata, sejumlah 3,772,149 orang masih belum mendaftar sebagai pengundi sehingga Mac tahun ini. “Selain itu, SPR telah menerima 1,454 bantahan (pendaftar pengundi) dari Januari hingga Mac 2017,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini. Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, mana-mana individu yang memiliki kad pengenalan Malaysia sementara, tidak layak untuk mengundi pada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil kerana tidak berkelayakan sebagai warganegara. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto yang meminta jumlah pengundi tidak berdaftar mengikut kaum dan etniknya. The post Lebih tiga juta rakyat layak mengundi belum mendaftar: PM appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

OIC adakan mesyuarat tergempar di Istanbul bincang isu Baitulmaqdis

Imej
RIYADH, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar di Istanbul, Turki pada Selasa bagi membincangkan isu Israel-Palestin di Baitulmaqdis, lapor agensi berita China Xinhua. Menteri-Menteri Luar OIC akan membincangkan isu serta langkah bagi menyokong umat Islam di Baitulmaqdis dalam usaha memelihara identiti dan kesucian Islam termasuk di Masjid Al Aqsa, memetik laporan agensi berita Arab Saudi (SPA). Mesyuarat diadakan susulan tindakan rejim Israel baru-baru ini, melarang umat Islam masuk ke masjid.  Selain itu, mesyuarat bertujuan menghantar “mesej bersatu” daripada Dunia Islam kepada komuniti antarabangsa sebagai desakan menuntut Israel menghormati resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Konvensyen Geneva dan semua resolusi berkaitan Palestin dan Masjid Al Aqsa. Sebelum ini, pada Isnin lepas, OIC telah mengadakan mesyuarat tergempar wakil tetap negara-negara anggota OIC manaka pada 20 Julai persidangan antarabangsa d

Paderi ditangkap cuba perkosa gadis 13 tahun

Imej
MANILA, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Seorang paderi yang mengetuai sebuah sekolah Katolik ditahan ketika dalam perjalanan membawa seorang gadis berusia 13 tahun ke sebuah motel di Marikina City. Msgr. Arnel Lagarejos, 55, menjalani prosiding inkues atas dakwaan melanggar Akta Antipemerdagangan Manusia selepas ditahan pada 28 Julai lalu berhampiran Blue Wave Mall di Lebuhraya Sumulong di Barangay Sto.Nino. Ketua Polis Daerah Timur, Supritenden Romulo Sapitula berkata, polis serta Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan (DSWD) menangkap Lagarejos dalam sebuah kenderaan SUV dengan gadis terbabit. Dia didakwa mengenali gadis itu melalui remaja ‘bapa ayam’ berusia 16 tahun. Remaja itu turut ditangkap pada hari yang sama. Penangkapan itu dibuat berdasarkan maklumat yang diterima daripada ibu gadis berkenaan, yang membuat laporan kepada pihak polis Marikina. Ketua Polis Bandar, Supritenden Roger Quesada berkata, Lagarejos pada awalnya memberitahu bahawa dia bekerja sendiri namun ke

Beza antara ulama dan pendita

Imej
Tiap agama mempunyai ahli agama masing-masing. Namun, kita mesti memahami bahawa ciri ulama Islam berbeza besar dari ahli-ahli agama atau pendita agama-agama lain. Perbezaan ini berdasarkan hakikat bahawa hanya Islam sahaja mempunyai sandaran atau rujukan Wahyu berwibawa berupa Al-Quran dan Al-Hadis, sedang agama-agama lain tidak ada sandaran Wahyu yang sahih. Lawan kepada Wahyu, adalah nafsu. Dalam agama-agama lain, apabila seseorang telah mencapai tahap atas tertentu sebagai ahli agama, pendita atau rijaluddin, tanpa rujukan berwibawa, mereka lah satu-satunya sumber hukum. Maka mereka boleh berfatwa tanpa rujukan. Kerana itu apabila berlalu zaman, akidah agama-agama lain lari jauh dari aqidah asal. Sebagai contoh, aqidah Trinity (Tuhan adalah 3 dalam 1) diwartakan dalam Nicene Creed pada tahun 325M oleh First Council of Nicaea sesuka hati mereka tanpa rujukan berwibawa. Itu ajaran Kristian yang sekurang-kurangnya ada Al-Kitab, walaupun diselewengkan. Cubalah kita bayangkan agama

Kanak-kanak tiga tahun meninggal dunia didakwa didera ibu tiri

Imej
BANGI, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia selepas didakwa didera oleh ibu tirinya di sebuah rumah di Kampung Terimah, di Limbang, Sarawak. Mangsa yang dikenalpasti sebagai Kelvin Weychelly Bangga Justin dilaporkan mati kira-kira jam 8 malam selepas menerima rawatan di Hospital Limbang. Menurut Kosmo!, memetik sumbernya sebagai berkata, ibu tiri mangsa berusia 22 tahun mendakwa kanak-kanak itu mengalami kecederaan selepas jatuh bermain di bilik mandi. Suspek dikatakan panik selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan membawanya ke hospital. “Bagaimanapun, pemeriksaan perubatan menunjukkan keraguan terhadap cerita ibu tiri mangsa,” kata sumber. Sumber berkata, pemeriksaan terhadap mangsa menunjukkan terdapat kesan lebam di dahi dan belakang mangsa, serta beberapa luka lain di kawasan perut, muka, belakang telinga kanan dan bahagian sulit. Malah, wanita berkenaan membuat laporan pada malam yang sama selepas mendapati kana

Netanyahu kekal keputusan tarik balik pelaksanaan kamera, alat pengesan logam di Al Aqsa

Imej
JERUSALEM, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kekal pertahankan keputusannya untuk menarik balik pelaksanaan pengesan logam di pintu masuk Al Haram Al Sharif susulan insiden rusuhan sehingga menyebabkan penduduk Palestin maut dan cedera. Israel sebelum ini mengambil langkah memasang kamera pengawasan dan alat pengesan logam selepas kejadian serangan pada 14 Julai lalu berhampiran Al Haram Al Sharif. Langkah itu sekali gus mencetuskan kemarahan dan protes rakyat Palestin yang memaksa kerajaan rejim itu menarik semula alat pengesan logam dan kamera. Bagaimanapun, tindakan itu menimbulkan kritikan daripada sayap kanan gabungan Netanyahu yang konservatif. “Saya mendengar sensitiviti orang ramai, saya faham perasaan mereka, saya tahu bahawa keputusan yang diambil bukanlah perkara yang mudah. “Pada masa sama, sebagai perdana menteri Israel saya diwajibkan mengambil keputusan dengan cara tenang dan mempertimbangkannya. Saya berbuat demikian dengan tu

Qatar nafi laporan Arab Saudi dakwa sekutu benar guna koridor udara

Imej
DOHA, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Doha menafikan laporan media Arab Saudi yang mendakwa bahawa negara itu dan sekutunya membenarkan pesawat Qatar menggunakan koridor udara dalam kecemasan, sekali gus menyifatkannya sebagai maklumat palsu. Menurut agensi berita QNA, Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi serta pihak berkuasa penerbangan Qatar menafikan bahawa Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain mengambil keputusan itu. Sebelum ini, agensi berita SPA, memetik satu kenyataan dari pihak berkuasa penerbangan Saudi (GACA) mendakwa empat negara bersekutu itu akan membenarkan pesawat Qatar menggunakan koridor udara dalam kecemasan. “Sembilan koridor telah dikenalpasti termasuk satu di ruang udara antarabangsa di laut Mediterranean yang akan dipantau oleh pihak berkuasa Mesir,” kata SPA. Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan perbincangan khas atas permintaan Qatar untuk membincangkan pembukaan semula ruang udara

Dakwaan ‘bersihkan’ kes JANS, SPRM buat laporan polis

Imej
prm KUALA LUMPUR, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook menggunakan nama ‘Çikgu Aming’ yang memuat naik satu laporan portal kononnya suruhanjaya itu mengesahkan tiada unsur rasuah dalam kes Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Menurut sumber SPRM, laporan berkenaan dibuat oleh seorang pegawai suruhanjaya berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada pukul 12 tengah hari semalam. Semalam, pemilik akaun Facebook berkenaan memuat naik laporan portal yang bertajuk ‘SPRM sahkan skandal Jabatan Air Negeri Sabah tiada unsur rasuah’. Dalam satu kenyataan semalam, SPRM menafikan dakwaan berkenaan dan menegaskan bahawa dakwaan yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab itu tidak benar sama sekali dan mengelirukan masyarakat. Berhubung kes berkenaan, SPRM dalam kenyataan itu menarik perhatian bahawa pada 29 Dis 2016, tiga individu telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas kes

Kumpulan pertama jemaah Malaysia tiba di Makkah

Imej
MAKKAH, 7 Zulkaedah 1438H, Isnin – Kumpulan pertama 278 jemaah haji Malaysia musim 1438 Hijrah, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 5 pagi Ahad waktu Malaysia, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah, pada 8 pagi Ahad waktu tempatan (1 petang Ahad waktu Malaysia). Kesemua jemaah berkenaan kemudian menaiki empat buah bas, dan tiba di maktab penginapan 74 dan 75 pada 2 petang Ahad waktu tempatan (7 malam Ahad waktu Malaysia)  di Hotel Abraj AlJanadriyah di sini, yang turut menempatkan Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) Makkah. Ketibaan rombongan jemaah itu, disambut Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) 1438 Hijrah, Nurrin Anuwar Shamsuddin, pengurusan tertinggi TH Makkah serta wakil pengendali jemaah haji di Arab Saudi, Muassasah Asia Tenggara dan petugas TH. Mereka disambut dengan alunan nasyid dan diberikan air zam zam. Rombongan jemaah itu tiba dengan berihram dan dijadual melaksanakan umrah pada sebelah mal

Rasuah bukan lagi ancaman biasa

Imej
PUTRAJAYA, 6 Zulkaedah 1438H, Ahad – Rasuah yang berlaku ketika ini bukan lagi merupakan ancaman biasa kerana ia mampu menggugat kesejahteraan dan keselamatan rakyat sehingga menyebabkan sesebuah negara yang stabil menjadi kucar-kacir. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, oleh itu rakyat perlu tampil membantu dan menyokong usaha SPRM dalam memerangi kelompok yang mengkhianati amanah, menyeleweng dan menyalah guna kuasa. “Jika tidak ditangani secara holistik, ancaman rasuah dan salah guna kuasa yang kian menular di semua peringkat masyarakat dikhuatiri bakal memusnahkan apa yang telah dikecapi negara selama ini,” katanya dalam kenyataan hari ini sempena Sambutan Hari Pahlawan, esok. Beliau turut menyeru seluruh rakyat agar bersama-sama memikul tanggungjawab dalam mengekalkan keamanan negara dengan mewujudkan persekitaran bebas daripada ancaman rasuah dan salah guna kuasa. Beliau berkata, rakyat perlu sedar bahawa keamanan

Henti putar belit isu JANS: SPRM

Imej
BANGI, 6 Zulkaedah 1438H, Ahad – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak tertentu supaya tidak mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan isu kes rasuah membabitkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Malah suruhanjaya itu turut menafikan dakwaan kononnya SPRM mengesahkan tiada unsur rasuah dalam kes JANS sebagaimana yang tular di media sosial. SPRM dalam satu kenyataan berkata, dakwaan itu dikesan tersebar di media sosial sejak semalam oleh pihak tidak bertanggungjawab, dan menyifatkan ia menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. “Pihak kami juga akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di media sosial bagi memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba mencemarkan reputasi SPRM,” katanya. Serentak itu, SPRM berkata, pihak pengurusan tertinggi sedang menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial agar tindakan tegas terhadap mereka diambil. The post Henti putar belit isu JANS: SPRM appeared

Pembelian hotel FIC: Pemilik hotel direman enam hari

Imej
PUTRAJAYA, 6 Zulkaedah 1438H, Ahad – Pengarah syarikat yang juga pemilik hotel yang dibeli oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian aset itu. Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluarkan perintah reman terhadap individu berusia 57 tahun itu sehingga 4 Ogos ini. Suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira jam 10.40 pagi tadi dengan memakai pakaian lokap berwarna jingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Suspek ditahan semalam di pejabat SPRM Kuching. Siasatan awal SPRM mendapati pengarah syarikat terbabit melantik ejen berkenaan untuk menguruskan pembelian hotel itu. Turut sama ditahan semalam, dua suspek berusia antara 47 dan 51 tahun yang juga pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruskan pembelian hotel berkenaan. The post Pembelian hotel FIC: Pemilik hotel direman enam hari appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Malaysia-Arab Saudi setuju kongsi maklumat mengenai pengganas

Imej
KUALA LUMPUR, 6 Zulkaedah 1438H, Ahad – Malaysia akan berkongsi lebih banyak maklumat perisikan mengenai militan IS dengan Arab Saudi susulan serangan peluru berpandu yang disasarkan ke atas Makkah pada Khamis lalu. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman bersetuju untuk menukar maklumat mengenai serangan IS di Marawi, Filipina dan pemberontakan Houthi Yaman. “Saya bercakap dengannya semalam dan kami bersetuju untuk berkongsi maklumat berhubung perkembangan terbaru. “Alhamdulillah hubungan kita dengan negara-negara Teluk adalah baik, jadi tidak menyukarkan kita untuk berkongsi maklumat terperinci antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita, hari ini. Menurut laporan media antarabangsa, puak Houthi pada Jumaat mengesahkan melancarkan peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi tetapi berkata serangan itu disasarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, lapangan terbang paling

Jadikan air tanah sumber air utama

Imej
RAMAI yang tidak mengetahui bahawa sumber bekalan air bersih dunia datang dari glasier (69%), air tanah (31%) dan air permukaan seperti tasik, sungai dan kolam tadahan (0.3%). Namun begitu, hampir keseluruhan rakyat Malaysia bergantung sepenuhnya kepada air permukaan sebagai sumber air bersih utama untuk kegunaan seharian. Masalah air permukaan Saban tahun ada sahaja berita yang kita dengar berkaitan isu air; catuan air, air empangan tercemar, paras air empangan menyusut dan sebagainya, walaupun tegara kita mempunyai iklim khatulistiwa yang menerima hujan yang banyak sepanjang tahun. Ini belum lagi system perpaipan lama yang berkarat, bocor sana sini dan tidak mampu menampung jumlah perumahan yang semakin meningkat saban tahun. Makna kata, kita terlalu bergantung kepada sumber air permukaan kerana telah tersedia kepada kita melalui saluran paip yang dibekalkan oleh syarikat air. Adakah air permukaan satu-satunya sumber air bersih yang boleh kita guna? Jawapannya tentulah tidak

Kelewatan jemaah haji dapat visa bakal selesai: TH

Imej
KUALA LUMPUR, 6 Zulkaedah 1438H, Ahad – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan kira-kira satu peratus jemaah haji yang menghadapi kesulitan penerbangan ke Tanah Suci akibat kelewatan visa supaya bersabar kerana masalah itu akan diselesaikan dalam masa terdekat. Bahagian Hal Ehwal Awam dan komunikasi Korporat TH dalam kenyataan hari ini berkata, proses mendapatkan dan mencetak visa haji sedang giat diijalankan yang mana TH dan Kedutaan Arab Saudi sentiasa bekerjasama dan memantau perkara itu termasuk pada cuti hujung minggu. “TH memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Mereka akan diterbangkan ke Tanah Suci sebaik visa diperoleh,” menurut kenyataan itu. Menurut TH, kelewatan pengeluaran visa berlaku akibat permohonan yang sangat tinggi dalam sistem berkenaan yang mengendalikan jutaan permohonan jemaah haji dari seluruh dunia. TH berkata, kelulusan untuk mendapatkan visa perlu melalui proses yang terperinci untuk setiap jemaah haji termasuk data peribadi, perjanjian tempat pengin

Anak tak sah taraf tak boleh di’bin’kan kepada bapa biologi

Imej
MERUJUK keputusan Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur dalam kes rayuan No. W-01(A)-365-09/2016 pada 25 Julai 2017 telah membenarkan anak tak sah taraf boleh dibinkan kepada nama bapa biologi. Kes ini adalah berkaitan permohonan tiga orang pemohon iaitu anak tak sah taraf (selepas ini dikenali sebagai A), ibu (selepas ini dikenali sebagai B) dan bapa (selepas ini dikenali sebagai C) terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ketua Pengarah JPN dan Kerajaan Malaysia. Berdasarkan fakta kes, B dan C berkahwin pada 24 Oktober 2009 manakala A telah dilahirkan oleh B pada 17 April 2010 yang mana usia kelahirannya adalah 5 bulan 24 hari (5 bulan 27 hari qamariyyah). Nama A telah didaftarkan oleh JPN 2 tahun selepas kelahirannya dengan nama A Bin Abdullah bukan dengan A Bin C. JPN mendaftarkan nama A di bawah Seksyen 13, Akta Pendaftaran dan Kelahiran 1957 (Akta 299). Di dalam daftar kelahirannya tercatat “Permohonan Seksyen 13”. B dan C telah mengemukakan permohonan bertulis ke JPN untuk meminda

Pembelian hotel FIC: Tiga individu ditahan

Imej
BANGI, 6 Zulkaedah 1438H, Ahad – Tiga individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Sarawak. Memetik laporan portal liberal, sumbernya sebagai berkata, dua suspek berusia antara 47 dan 51 tahun itu ditahan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya semalam, ketika hadir untuk memberi keterangan. Kedua-dua mereka merupakan pengarah sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen untuk menguruskan pembelian hotel berkenaan. Tidak lama selepas penangkapan dua individu berkenaan, seorang lagi suspek berusia 57 tahun ditahan di pejabat SPRM Kuching. Suspek ketiga itu merupakan pengarah syarikat yang memiliki hotel empat bintang di Kuching itu. Siasatan awal SPRM mendapati pengarah syarikat terbabit melantik ejen berkenaan untuk menguruskan pembelian hotel itu. Penahanan tiga individu itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani. The post Pembelian hotel FIC: Ti

Malaysia sedia bantu tangani kebakaran hutan di Indonesia

Imej
KUALA LUMPUR, 6 Zulkaedah 1438H, Ahad – Malaysia sedia menghantar anggota dan pegawai bomba ke Indonesia untuk membantu memadam kebakaran hutan dan ladang di republik itu, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata kerajaan memandang serius masalah berkenaan yang boleh menyebabkan jerebu dan sedia menyalurkan bantuan pada bila-bila masa. “Saya sudah berbincang dengan Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengawal selia bomba dan juga pasukan SMART (Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia), dia sudah memberi jaminan bahawa kita sentiasa bersiap sedia pada bila-bila masa sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Larian Terowong SMART 2017, di sini hari ini. Baru-baru ini, Agensi Mitigasi Bencana Indonesia (BNPB) memberi amaran mengenai peningkatan ancaman kebakaran hutan berikutan musim kemarau yang dijangka bertambah buruk malah beberapa  kawasan panas telah dikesan di Aceh menyebabkan wilayah itu mengalami