Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2019

Mengubah, Berubah atau Diubah?

Dakwah Kita Bukan untuk Kepentingan Peribadi

Masyarakat Harus Sedar Percaturan Musuh terhadap Umat Islam

Imej
oleh Norlia bt Salleh Kota Samarahan, 13 Feb – “Apa yang berlaku (penghancuran) terhadap umat Islam seluruh dunia tidak dapat dinafikan mempunyai kaitan dengan percaturan gerakan Freemason dan Illuminati Yahudi. Umat Islam di setiap pelusuk dunia ditindas dan ditekan. Walaupun begitu, sedihnya, hanya sedikit daripada manusia yang memahami akan agenda ini.” Demikian kata Ustaz Haji Omar Kassim, Ketua Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam ucapan perasmiannya pada Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (MATC) Ke-4 ISMA Samarahan baru-baru ini. “Apa yang berlaku di Muslim Uighur di China, mereka dipaksa makan khinzir semasa sambutan tahun baru cina baru-baru ini. Ini amat menyedihkan. Sebagai seorang Muslim kita harus ada rasa cakna dan ingin bantu mereka.” Tambahnya lagi. Beliau yang hadir mewakili Jawatan Kuasa Pusat ISMA menyeru kepada semua hadirin agar cakna akan isu-isu umat Islam dan percaturan politik semasa. Hal ini bukanlah untuk menjadikan kita sebagai seorang yang

Ruai Ikhlas Sarawak Pertingkat Kemahiran Muallaf

Imej
Oleh: Mohammed Rasheedan b Ellin Kota Samarahan, 16 Feb – Seramai 20 orang muallaf sekitar Kota Samarahan telah turut serta dalam program peningkatan kemahiran menyediakan pemanis mulut “Brownies versus Cupcake” anjuran Ruai Ikhlas Sarawak. Program yang telah dianjurkan di Surau al-Hidayah, Kampung Plaie, Samarahan telah mengundang pakar pemanis mulut, Puan Natasya Marliana untuk berkongsi resipi pemanis mulut kegemaran ramai tersebut. “Kami sangat berharap program sebegini rupa dapat diadakan lagi, kami seronok belajar ilmu peningkatan kemahiran untuk membantu meningkatkan taraf hidup kami” ujar Puan Nurul, salah seorang peserta. Ruai Ikhlas Sarawak yang ditubuhkan pada Januari 2018 adalah sebuah organisasi sokongan bukan kerajaan yang komited untuk membimbing dan menyokong kehidupan para mullaf supaya mereka dapat menjalankan kehidupan sebagai seorang Islam, sama seperti orang Islam yang lain. Baik dari segi kualiti pendidikan agamanya, sosialnya, mahupun aktiviti ekonominya.

111 Peserta Meriahkan KLS Samarahan, Buktikan KLS Jenama yang Dipercayai!

Imej
oleh: Mohammed Rasheedan bin Ellin Kota Samarahan, 19 Jan – Seramai 111 orang peserta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar Samarahan dan Kuching telah berkampung seharian di Dewan Suarah Kota Samarahan untuk menjayakan Karnival Lepasan Sekolah (KLS) anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Samarahan dan Kelab Remaja ISMA (KRIM) Samarahan baru-baru ini. Program yang dianjurkan setiap tahun ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang hala tuju selepas SPM dan menyediakan persiapan jiwa dan material sebelum mereka melangkah ke menara gading. “PEMBINA dan KRIM komited untuk membantu para lepasan SPM menemui jalan terbaik dan membimbing mereka agar mampu mandiri semasa berada di alam universiti. Program kita tidak terhenti setakat KLS hari ini, tetapi jika para pelajar memasuki universiti nanti, mereka akan terus dibimbing oleh aktivis PEMBINA kita yang berada di hampir setiap universiti awam di Malaysia. Itu uniknya kita!” ujar pengarah KLS 2019, sauda

Islam terus dicabar dan terancam oleh agenda fahaman luar – Dr Mohamad Nor Sundari

Imej
Oleh Hazwani Liana Abbas KUANTAN, 15 Feb. – Kedudukan Islam di Malaysia hari ini terus dicabar serta semakin terancam dengan agenda fahaman Barat yang berorientasikan demokratik liberal dan juga agenda fahaman komunis sosialis di sebelah Timur termasuk fahaman Islam liberal dari Timur dan Barat. Demikian menurut Yang Dipertua (YDP) Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kuantan Sesi 2017-2019 ketika menyampaikan ucaptama Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2019 Sesi 2019-2021 di Auditorium Utama, Kuliyyah Farmasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini baru-baru ini. Tambah beliau, terkini serangan dan pembantaian terhadap umat Islam terus berlaku seperti bangsa Uighur Muslim di China dan rakyat Rohingya di Mynmar serta di seluruh dunia ditindas oleh penguasa zalim yang didokong perancangannya oleh musuh-musuh Islam. “Tanpa kita sedari ancaman ini telah menular di negara kita apabila berlaku penguasaan dan persengketaan di Laut China Selatan oleh kuasa-kuasa besar China

Isma Kuantan sasar terus dekati masyarakat

Imej
Oleh Hazwani Liana Abbas KUANTAN, 14 Feb. – “Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang merupakan sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana ini perlu lebih dikenali di kalangan masyarakat dan memerlukan kita untuk duduk bersama dan mendekati mereka, bukannya bersikap seperti orang asing. Itu yang perlu kita amal dan praktikkan. “Mana-mana kelemahan gerak kerja kita sama-sama atasinya untuk penambahbaikan agar dapat bergerak sejauh mungkin. “Kita tidak seharusnya rasa takut dengan tanggungjawab yang diberikan serta halangan-halangan yang ada kerana ia adalah amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT kepada kita. “Terima kasih kepada semua yang memberikan kepercayaan kepada saya, dan ini bukan bermakna saya yang terbaik tetapi kita sebagai satu pasukan akan dinilai sebagai satu kekuatan organisasi jemaah,” katanya. Demikian menurut Ustaz Norman Mohd Nor selaku Yang Dipertua (YDP) Isma Cawangan Kuantan yang baharu bagi sesi 2019-2021 ketika menyampaikan ucapan penangguhan AGM Ism

Kenali pihak musuh untuk tegakkan kembali Islam – Ustaz Rushdan Abdul Halim

Imej
Oleh Hazwani Liana Abbas KUANTAN, 14 Feb. – Ancaman yang dihadapi di Malaysia ketika ini memberi hikmah yang sangat besar untuk dipelajari dan umat Islam perlu mengambil langkah serta mengenali pihak musuh untuk menegakkan semula Islam yang  telah tertegak lebih 1300 tahun yang lalu di negara ini. Pengerusi Kluster Dakwah, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Rushdan Abdul Halim berkata, Islam itu sendiri hakikatnya mudah untuk ditegakkan dan dibangkitkan semula kerana adanya para pejuang, prinsip dan juga aset. “Kerana umat yang teramai di negara ini juga adalah umat Islam dan manhaj yang terlengkap itu sendiri adalah manhaj Islam. “Sekarang kita perhatikan kuasa dunia tidak berada dalam tangan orang Islam dan punca besarnya adalah kerana kita terlalu percaya pada kekuasaan orang kafir. “Contohnya di Malaysia, kuasa di tanah air kita sekarang bukan berada di dalam tangan umat Islam walaupun bilangan pemimpin yang namanya Islam itu ramai disebabkan mereka telah dipengaruhi oleh

ISMA Seremban dedah pengkhianat bangsa menerusi seni silat

Imej
Oleh : Julaibeeb Jamalludin SEREMBAN, 9 Feb. – Pengkhianat dalam kalangan bangsa Melayu adalah agen kepada musuh bagi mengganggu gugat kedudukan agama Islam serta cuba meruntuhkan institusi negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Demikian gimik perasmian yang telah dipersembahkan oleh wakil Persatuan Seni Silat Hang Tuah Malaysia cawangan Seremban pada Mesyuarat Agung Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Seremban Sabtu lalu. Gimik dimulakan dengan penceritaan tentang kembara seorang pesilat menuntut ilmu sehingga khatam ilmu persilatan yang diperturunkan, yang kemudiannya mengundang musuh-musuh dari pengamal seni pertahanan diri bukan tempatan yang cuba untuk menjatuhkan watak utama tersebut. Namun setelah musuh-musuh yang nyata telah tumpas, watak antagonis sebenar muncul di kalangan bangsa sendiri yang mengkhianati Agama, Bangsa dan Negaranya sendiri. “Watak utama mewakili umat Islam yang berjuang mempertahankan identiti Malaysia sebagai negara Islam,manakala watak-wata

Melayu bernilai dengan Islam

Imej
Kuala Lumpur, 9 Feb – “Masing-masing bangsa ada perayaan tersendiri yang dirai tetapi bangsa melayu tiada perayaan khusus untuk bangsa melayu itu sendiri. Sebaliknya bangsa melayu hanya meraikan perayaan agama Islam.”, bicara Dr Hj Ahmad Kamsani b. Samingan, Setiausaha Agung Isma dalam ucaptama Mesyuarat Agung Isma Kuala Lumpur yang ke-5. Sambung beliau yang merupakan wakil dari Isma Pusat, “Islam dan melayu umpama isi dengan kuku. Jati diri melayu itu adalah Islam. Apabila merdeka, di dalam perlembagaan kita iktiraf melayu itu adalah Islam.” Beliau menerangkan yang kita memperjuangan melayu bukanlah disebabkan bangsa melayu tetapi mempertahankan Islam yang ada padanya. “Siapa yang akan menegakkan Islam di Malaysia kalau bukan melayu?” soal beliau. Melayu itu bernilai kerana diwarnai dengan Islam dan hebat kerana dasar Islam yang dipegang. Maka, beliau tidak bersetuju dengan tohmahan musuh-musuh Islam yang mengatakan melayu itu lemah dan malas.  Beliau juga telah berbesar hati m

Nilai 8S menjadi paksi ISMA Kuala Lumpur

Imej
Kuala Lumpur, 9 Feb – Sempena Mesyuarat Agung Isma Kuala Lumpur yang ke-5, Dr Osman Rasip yang kekal menyandang jawatan Yang Di-Pertua Isma Kuala Lumpur untuk penggal yang seterusnya mengingatkan kembali ahli tentang isi- isi daripada Muktamar ke-5 Ikhwanul Muslimin yang disampaikan oleh As Syahid Imam Hassan Al-Banna. Beliau merumuskannya sebagai 8S iaitu Salafiyah, Sunniyyah, Sufiyyah, Siyasah, Sihat, Saqafiyyah, Syarikat dan Sosial. Terang beliau mengenai Salafiyah dan Sunniyyah, “Apabila berada dalam masyarakat, timbul beberapa salah faham dan fitnah tentang jemaah. As Syahid Imam Hassan Al-Banna menegaskan bahawa yang pertama, dakwah kita adalah dakwah salafiyah yang menyeru kepada Islam yang mentauhidkan Allah dengan bersumber Quran dan sunnah serta mengajak manusia mengamalkan Sunnah Rasulullah.” “Kita juga adalah haqiqah sufiyyah yang bukan mengasingkan diri daripada masyarakat tetapi kita beramal kepada prinsip kebersihan jiwa & hati.” “Kita juga adalah badan siyas

Malaysia Adalah Negara Islam Tanpa Ragu!

Imej
oleh Norlia binti Salleh Kota Samarahan, 2 Feb – “Kita perlulah yakin dan percaya tanpa ragu bahawasanya Malaysia ini adalah negara Islam!” Demikian kata Ustaz Bilal bin Jailani, ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS), dalam ceramahnya yang bertajuk Malaysia Negara Islam yang telah diadakan di Masjid Taman Desa Ilmu semalam. Menurutnya, terdapat tiga jenis negara iaitu negara Islam, negara Kafir dan negara Sunn yakni negara yang masih dalam perjanjian. Antara ciri negara Islam berdasarkan Imam Syafie adalah antaranya, kawasan yang didiami oleh Muslim walaupun ada bukan Islam yang mendiami kawasan tersebut, tempat yang dibebaskan oleh orang Islam dan diakui oleh orang bukan Islam, dan terakhir sekali adalah kawasan bukan Islam yang dilindungi oleh Islam dan terus ditawarkan penjagaan kepada mereka. Berdasarkan ciri yang telah disebutkan, tidak ragu lagi Malaysia adalah negara Islam. Jika diteliti dari sudut undang-undang serta budaya masyarakat Malaysia, di setiap sudut menggambarkan bahawa

ISMA Kuala Terengganu gesa ahli kenali musuh dalam berjuang

Imej
  Oleh: Mohd Naim bin Yusof Kuala Nerus, 1 Feb – Ustaz Mohamad Ismail, Ahli Jawatan Kuasa Pusat (JKP) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini telah memperingatkan para hadirin di mesyuarat agung tahunan ISMA cawangan Kuala Terengganu tahun 2019 agar dapat mengkaji dan mengenali musuh yang kita hadapi dalam memperjuangkan Islam. Beliau juga menegaskan bahawa serangan yang kita hadapi hari ini merupakan pertembungan tamadun antara tamadun Islam dan tamadun bukan Islam yang dipelopori oleh musuh, sama ada dari dalam dan luar negara. Idealogi seperti liberalisma, sekularisma, humanisma, pluralisma dan lain-lain idealogi yang bertentangan dengan Islam semakin berani dan kuat di Malaysia. “Dalam kita berusaha menegakkan Islam, kita mestilah mengenal siapa musuh dan siapa kawan. Kita perlu paham agenda dan ancaman musuh supaya kita boleh bergerak menuju destinasi kita.” “Musuh yang kita berdepan hari ini bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga yang lebih besar atau ‘mastermind’ yang

Ahli ISMA Kuala Pilah perlu berani menghadapi cabaran

Imej
KUALA PILAH, 4 Februari – “Dakwah kita ini lahir dari rahim nenek moyang kita bangsa Melayu yang telah berjuang demi menegakkan Islam di Tanah Melayu. Perjuangan mereka cukup hebat dan sudah termaktub dalam lipatan sejatah. Namun situasi politik masakini telah mencetuskan kerisauan kepada kita, di mana berlakunya ketidakstabilan pemerintahan kerajaan yang baharu. Walaupun begitu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) akan terus komited demi memperjuangkan Islam di muka bumi ini serta menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Islam,” ujar Tuan Haji Mohamad Nor Sazelim bin Mohamad yang merupakan Bendahari Agung ISMA Pusat. Beliau telah berucap bagi merasmikan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan ISMA cawangan Kuala Pilah yang telah berlansung pada 3 Februari 2019 yang lepas. Mesyuarat tersebut menerima kehadiran ahli dan jemputan luar seramai hampir 30 orang. Beliau juga membawa kisah perjuangan Ashabul Kahfi, Nabi Yusuf dan Ashabul Ukhdud yang sarat dengan pengajaran dan ketegasan mereka dalam memp

ISMA Port Dickson serlah semangat perjuangan dan istiqamah dalam berdakwah

Imej
Oleh Habsah Abdul Shaer Port Dickson, 2 Feb. – “Semangat perjuangan dan istiqamah adalah faktor penting untuk terus berada dalam jalan dakwah walaupun kita bersaiz sederhana,” jelas Tuan Aminuddin bin Yahaya, presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) ketika menyampaikan ucapan perasmian Mesyuarat Agung Isma (AGM) cawangan Port Dickson kali ke-4 di sini baru-baru ini. Tambah beliau lagi, walaupun keahlian Isma di cawangan PD tidak ramai, tetapi jika semangat perjuangan terus mengalir dalam jiwa dan perasaan, tidak mustahil beberapa tahun lagi PD akan berkembang sebagai sebuah cawangan yang besar dan mantap. “Semua ahli perlu ada impian yang besar dan jadikan kepimpinan negara sebagai benchmark supaya kita bersungguh-sungguh untuk mencapai impian ini. “Jika kita berfikiran sederhana, kita akan membentuk sikap yang sederhana dan akan rasa cukup dengan apa yang ada.” Tegas beliau. Beliau menjelaskan, untuk mencapai impian besar, setiap ahli perlu pandai mengurus kekangan sama ada dal

Perubahan Diri Kunci Kegencaran Dakwah

Imej
Batu Pahat, 9 Feb- Bertepatan ayat al-Quran Surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” “Kita semua kena bersedia untuk berubah. Jangan sentiasa berada dalam zon selesa.” Ujar Yang Di-Pertua ISMA Batu Pahat, Cikgu Zulkiplee bin Hassan ketika ditemui di Mesyuarat Agung Dwi Tahunan 2019/2020 Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Batu Pahat semalam. Tambahan itu, YDP Isma Batu Pahat juga berharap agar semua Ahli Isma bersedia untuk berubah dari segi mental, ruhi, fizikal dan intelek. Seterusnya menjadi proaktif berbanding hanya bersikap reaktif pada sesuatu perkara. Rentetan itu, Ketua Wanita Isma Cawangan Batu Pahat Ustazah Zainatullukma Idris juga menyatakan harapannya kepada jawatankuasa yang baru dilantik agar membuat perubahan cara kerja lama kepada cara kerja baharu dalam mendepani ancaman dakwah masa kini. Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Isma Batu Pahat yang dihadiri kira

Usaha mensekularkan Malaysia – NGO Islam, masjid mesti sepakat halang

Imej
Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi ALOR SETAR, 2 Februari  – Usaha ke arah membendung gerakan terancang yang mahu meleburkan identiti Malaysia sebagai negara Islam hendaklah dilaksanakan secara berterusan dan tersusun. Menurut Penasihat Pertubuhan Pendidikan Amal Soleh (USF), Tuan Guru Haji Abdul Fisol bin Mohd Isa, perkara asas dalam usaha ini ialah dengan mengembalikan jatidiri umat Islam melalui pentarbiahan yang sempurna. “Di Kedah contohnya, program-program dan kuliah agama sangat banyak dengan kuliah subuh, kuliah dhuha, kuliah asar dan sebagainya. “Tetapi kesan daripada program-program sebegini kepada umat kita sekarang masih kabur, seolah-olah tidak bersambut.  Beliau yang juga Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Alor Setar turut menekankan usaha penggemblengan tenaga dalam membentuk generasi yang faham dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. “Inilah tujuan NGO-NGO Islam, institusi-instusi Islam dan masjid ditubuhkan agar penjadi penyusun atur dan berlumba-lum

Penjajahan Portugis, British tidak mengikis status Malaysia Negara Islam

Imej
Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi ALOR SETAR, 2 Februari – Kedatangan penjajah Portugis dan British ke Tanah Melayu tidak mengikis status tanah ini sebagai negara Islam. Menurut Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Malaysia ialah antara negara jajahan British yang masih mempunyai institusi kesultanan Melayu Islam. “British telah cuba mewujudkan Malayan Union yang akan menjadikan Malaysia bertuankan Ratu Elizabeth, tetapi usaha ini gagal atas bantahan penduduk Tanah Melayu terdahulu. “Kemudian Suruhanjaya Reid ditugaskan untuk mewujudkan Perlembagaan Persekutuan, namun elemen-elemen utama sedia ada berkaitan kedudukan Islam, peranan raja dan hak-hak Islam di Tanah Melayu berjaya dikekalkan. “Hal ini merupakan titik tolak kepada bukti bahawa Malaysia ialah negara Islam sejak sekian lama. Menurutnya lagi, catatan sejarah telah menyebut tentera Portugis telah menjatuhkan Kesultanan Melayu Islam Melaka, merobohkan masjid-masjid dan membongkar serta me