Liga Arab setuju bentuk pakatan tentera tetap

SHARM EL-SHEIKH (MESIR), 30 Mac – Pemimpin Liga Arab yang mengakhiri sidang mereka di sini mengumumkan pembentukan pakatan tentera tetap bagi menghadapi peningkatan ancaman keselamatan dari Yaman hingga Libya. Menteri Luar Mesir, Sameh Shukri, berkata pembentukan pakatan tentera itu yang melibatkan mekanisme dan logistik adalah idea Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sissi dan bakal mengambil masa sebulan untuk menjadi kenyataan. “Tiada paksaan kepada mana-mana negara Arab untuk menyertai pakatan itu. Setakat ini, dua negara sudah menyatakan komitmen mereka dalam pembentukan itu,” katanya sambil menambah pakatan tentera itu akan diketuai oleh pegawai tinggi tentera sebuah negara Arab. Sementara konflik semakin memuncak di Yaman dan Libya, perang saudara di Syria sudah memasuki tahun ke lima. Keadaan tidak menentu yang berlaku sejak ‘Arab Spring’ bermula pada 2011 semakin nyata dan kompleks. Persetujuan akhir sidang kemuncak Liga Arab itu membolehkan pakatan tentera berkenaan me...