Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019

KERIS ’19: Program Sentuhan Ramadhan Menyuntik Keinsafan

Imej
Oleh: Hawa Mahmood Para peserta KERIS 2019: Sentuhan Ramadhan Kemaman, 17 Mei : Lebih 110 peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan empat dari sembilan buah sekolah menengah sekitar Kemaman telah menyertai Kem Eksplorasi Remaja ISLAM (KERIS) 2019: Sentuhan Ramadhan yang diadakan di Masjid Kuala Kemaman, semalam. Kem selama dua hari satu malam itu dianjurkan oleh Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM). Peserta KERIS bertadarus ketika masa senggang Menurut pengarah program, En Mohd Afandi Bin Azan, selain mengajak dan memberi kesedaran kepada para remaja untuk menjadikan Ramadhan ini Madrasah Tarbiyah, program yang dijalankan ini diharap dapat menjadi wadah kepada para remaja untuk membina jati diri, sama-sama cakna dan santuni masyarakat, di samping memupuk rasa syukur di dalam diri remaja”. “Program kali ini juga mendidik remaja untuk berbakti kepada masyarakat, bangsa dan negara seterusnya mengangkat imej positif remaja dalam kalangan masyarakat”, ucap beliau

Hayati peristiwa Badar dalam memahami hakikat beribadat

Imej
Oleh: Mohd Naim Yusof Kuala Terengganu, 22 Mei – Ustaz Engku Omar Amiruddin Engku Ali, Yang Di-Pertua (YDP) Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kuala Terengganu telah menyampaikan peringatan ringkas kepada semua hadirin di majlis Iftar Mahabbah anjuran Isma Kuala Terengganu dengan kerjasama Surau Al-Muttaqin mengenai peristiwa Perang Badar bersempena hari berlakunya peristiwa tersebut iaitu pada 17 Ramadan. Beliau telah menegaskan bahawa peristiwa tersebut telah mengajar umat Islam tentang hakikat beribadat dan hubungan kita dengan Allah. Bagaimana sebuah pasukan tentera seramai 313 orang telah mengalahkan pasukan tentera yang lebih besar yang berjumlah hampir 1000 orang dengan pertolongan daripada Allah. “Dalam peristiwa Badar, Rasulullah telah berdoa dengan bersungguh-sungguh sehingga jatuh serempang dari bahu baginda, dalam keadaan Rasulullah tahu kemenangan pasti milik orang Islam. Sehinggakan Saidina Abu Bakar pun menasihati baginda agar berhenti berdoa. Begitulah hakikat

Isma Batu Pahat adakan Majlis Khatam Al-Quran Wanita Semalaysia di Dua Tempat Serentak

Imej
Majlis Khatam Al-Quran Wanita Semalaysia di Masjid Bukit Pasir, Batu Pahat Majlis Khatam Al-Quran Wanita Semalaysia di Surau Al-Muhajirin, Taman Pagoh Jaya Oleh : Mimi Atieqa binti Noor Azam BATU PAHAT, 25 April – Wanita Isma Batu Pahat dan Pagoh turut tidak melepaskan peluang menganjurkan program Majlis Khatam Al-Quran Wanita Semalaysia anjuran Wanita Isma dengan kerjasama Masjid Bukit Pasir, Batu Pahat dan Surau Al-Muhajirrin, Taman Pagoh Jaya serta Kelab Anak Hebat (NAZIM) Batu Pahat, Johor. Kehadiran peserta yang memberansangkan dari segenap lapisan umur daripada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas menunjukkan semangat Ramadhan sebagai pesta ibadah masih membara. “Kita perlu tingkatkan amalan ibadah sebagai pecutan terakhir Ramadhan disamping melazimi masjid. Di samping itu juga, seharusnya anak-anak sudah dibiasakan dengan Al-Quran dan berterusan belajar dengan guru, dan jangan sesekali berhenti”, antara perkongsian Puan Masitah binti Mat Rawi, Pengerusi HELWA Mas

Sihat & Cergas di Bulan Ramadan

Oleh: Siti Saleha binti Sofian Suri BANGI, 28 April – “Puasa tidak mengurangkan produktiviti namun aktiviti dan gaya hidup kita sebelum berpuasalah yang menyebabkan produktiviti seseorang terganggu apabila berpuasa,” ulas Dr. Siti Sarah Amran, pegawai perubatan Hospital Tunku Jaafar dalam Sembang Santai: Secangkir Teh Seuntai Kasih dengan tajuk ‘Sihat & Cergas di Bulan Ramadan, di Apartmen Bangi Idaman, di sini, Ahad baru-baru ini. “Salah satu punca gangguan produktiviti ketika berpuasa ialah kebiasaan pengambilan kafein yang tidak dapat diteruskan ketika berpuasa, menyebabkan migrain dan lain-lain,” kata beliau lagi sambil menyarankan untuk mengelakkan pengambilan kafein tersebut selain makanan bergoreng dan bergaram untuk mengelakkan kehilangan air daripada tubuh sewaktu sebelum berpuasa lagi. Dr. Siti Sarah turut mengulas berkenaan banyaknya hikmah atau kelebihan berpuasa termasuklah pembuangan sisa toksik yang lebih cepat daripada tubuh, berlakunya proses penyembuhan melalu

Bermulanya Kemuncak Pesta Ibadah

Ramadan bulan keberkatan

Imej
Hidup ini adalah satu perjalanan yang panjang. Ia memerlukan kepada bekalan bagi membolehkan kita sampai ke destinasi dengan selamat dan tepat. Kita berhajat kepada banyak perhentian untuk menghilangkan kepenatan dan kelesuan. Begitulah musafir kita menuju akhirat, sungguh jauh dan penuh liku yang sangat berhajat kepada bekalan untuk menjamin bahagia diakhirnya. Allah telah menjadikan Ramadan sebagai satu pengkalan yang lengkap dengan segala keistimewaan, keberkatan dan kebaikan bagi mereka yang berazam merebut peluang yang ada. Ramadan Kareem..Ramadan Kareem !! Ramadan datang lagi… ahlan Ya Ramadan.. Inilah perhentian Ramadan.. Ambillah sebanyak mungkin bekalan. Rasulullah junjungan kita sangat gembira, para sahabat bergembira, kita gembira. Ummah seluruhnya gembira dan saling mengucapkan Ramadan kareem, ahlan ya Ramadan.. Kenapa kita bergembira?? Kerana ibadah puasanya, syurganya yang terbentang luas sedang neraka ditutup rapat, makhluk bernama syaitan yang sering menganggu man

Anak-anak Kelab Remaja Isma santuni gelandangan

Imej
KUALA LUMPUR, 12 Mei – Kelab Remaja Isma (KRIM) Kuala Lumpur dengan kerjasama Skuad Sukarelawan Persatuan Belia Islam (PEMBINA) Kuala Lumpur dan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, buat pertama kalinya mengadakan program Sentuhan Ramadan yang menyantuni 50 orang gelandangan yang menetap di pusat transit berkenaan.  Seramai 880 orang pelajar dari sekolah – sekolah menengah sekitar Kuala Lumpur berpeluang menyertai program ini, antaranya ialah SMK Petaling, SMK Kiaramas, SMK Subang Bestari, SMK Dato Harun, SMK Seri Tasik dan SMK (P) Taman Petaling. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi tadarus Al-Quran berkumpulan, gotong – royong untuk menyediakan agihan sumbangan dan disertai sahur bersama warga pusat transit ini. Antara sumbangan yang dibekalkan ialah satu pek kurma, biskut serta kelengkapan untuk kebersihan diri termasuk berus gigi, ubat gigi dan juga tuala. Para peserta juga berkesempatan untuk solat Subuh berjemaah bersama warga transit dan mendengar perkongsian darip

Semaian Kasih beri bantuan kepada semua bangsa

Imej
Ustaz Hj Mohd Sofee Mustafa, Ketua Syukbah ISMA Rembau dan Tuan Hj Norhelmi Jamil, YDP ISMA Seremban antara yang turut menyampaikan sumbangan semalam. Oleh: Ahmad Safwan Johari. SEREMBAN, 19 Mei – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Seremban dengan kerjasama Yayasan Ikhlas telah menyampaikan sumbangan kepada pesakit di wad kanak-kanak, Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) semalam. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Azhari Talib selaku Ketua Perhubungan Negeri, Isma Negeri Sembilan, Ketua Syukbah Rembau, Ustaz Mohd Sofee Mustafa, serta Yang di-Pertua Isma Seremban, Tuan Hj Norhelmi Jamil. Program Semaian Kasih ini adalah program tahunan kali ke-13, merupakan satu projek di bawah Bakul Kasih Ramadhan yang dikelolakan oleh NGO Yayasan Ikhlas. Tuan Hj Zulkifli beramah mesra dengan salah seorang penerima. Menurut Tuan Hj Zulkifli selaku Pengarah Semaian Kasih 2019 , sumbangan yang dianjurkan oleh Yayasan Ikhlas ini adalah hasil kutipan dari orang ramai. Sera

Program Bakul Ramadhan dan khidmat bakti bawa remaja santuni Orang Asli

Imej
Sumbangan Bakul Ramadhan kepada semua penduduk kampung Oleh Nor Liyana Mohamad Rosly IPOH, 15 Mei – Program Bakul Ramadhan dan khidmat bakti anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Ipoh syukbah Tapah pada Sabtu yang lalu telah membawa para peserta menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Batu 14, Tapah. Turut bekerjasama dalam penganjuran program ini adalah Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Kelab Remaja Isma (KRIM), Persatuan Belia Islam Malaysia (Pembina), Al-Baghdadi Learning Centre Tapah dan juga Majlis Agama Islam Malaysia Perak (MAIPk). Seramai 40 orang peserta daripada kalangan pelajar sekolah menengah dan mahasiswa sekitar Ipoh dan Tapah telah hadir sebagai sukarelawan dalam program tersebut. Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuk gotong-royong membersihkan surau, pemeriksaan kesihatan percuma, demonstrasi penjagaan gigi kepada kanak-kanak, sesi pengajian Al-Quran dan pemberian sumbangan bakul Ramadhan kepada masyarakat kamp

Isma Melaka Santuni asnaf di Jasin

Imej
Oleh : Syed Mohd Aizuddin Tuan Sembak JASIN,  20 Mei –Hendak terbang tidak bersayap, hendak hinggap tiada berkaki. Itulah gambaran nasib yang dialami oleh adik Mohd Idham Latif, 21 yang bergantung harap kepada bantuan orang lain untuk hidup. Ibu Idham, Rosita Binti Malan berkata, sambutan Ramadan mereka tidak seperti orang lain yang boleh fokus untuk beribadah, tetapi dia perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada anak, yang sudah mula menggunakan ryle tube (salur pemakanan). Atas dasar keprihatinan, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Melaka Tengah sempat menziarahi warga OKU ini dengan bantuan maklumat daripada Jawatankuasa Masjid Al-Marbawi, Kg. Ayer Merbau. Wanita Isma Syukbah Jasin, Nafisah Binti Abdul Latif bersama beberapa ahli dan kariah masjid menyerahkan sumbangan kepada keluarga berkenaan, bagi menampung keperluan sepanjang Ramadan. Pengarah program Bakul Kasih Ramadhan Melaka, Syed Mohd Aizuddin Tuan Sembak berkata, dia meletakkan sasaran 20 set sumbangan pada aw

‘FEATURES DATING’ Mengundang Kerosakan Institusi Kekeluargaan

Imej
Oleh: Nurul Hajjar Binti Atan Ihsan google Baru-baru ini facebook telah memperkenalkan sebuah ‘features’ baharu yang dinamakan sebagai ‘dating’ untuk para pengguna facebook berinteraksi antara satu sama lain. Sebaik sahaja ‘features’ ini diperkenalkan dan tertera pada bahagian atas aplikasi facebook, saya ‘melihat’ sebuah kerosakan yang maha dahsyat bakal berlaku pada masa akan datang. Kerosakan ini bakal berlaku kepada setiap individu yang berasa kesunyian dan mengharapkan perhatian dari orang lain sekaligus mampu merosakkan sesebuah institusi keluarga itu sendiri. Mungkin ramai yang berasa teruja dengan ‘features’ terbaharu ini. Namun, tahukah anda, bermula dengan perkataan ‘dating’ itu saja telah memaknakan pelbagai perkara yang negatif. ‘Dating’ yang diperkenalkan itu, bukan hanya menggalakkan pasangan muda remaja untuk bercinta dan mencari pasangan bahkan juga membuka ruang kepada pasangan yang telah berkahwin untuk menjalinkan hubungan dengan orang ketiga secara sembunyi-sem

Perjuangan Malaysia Negara Islam bukti kesempurnaan Kalimah Syahadah

Imej
Oleh: Dr Anas Ghazali Kalimah Syahadah. Dua kalimah yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W sejak berkurun lamanya. Kalimah yang akhirnya telah mengubah lanskap pemerintahan Tanah Arab sejak kali pertama Rasulullah S.AW berdakwah menyebarkan kefahaman kalimah tersebut. Musyrikin Quraisy amat membenci kalimah tersebut. Mengapa? Bukankah ianya hanyalah dua kalimah yang boleh diucapkan oleh sesiapa sahaja? Namun kehebatan Kafir Quraisy ketika itu dalam memahami Bahasa Arab menyebabkan mereka sama sekali tidak mahu kalimah tersebut tersebar ke pelusuk Tanah Arab. Hebat sangatkah kalimah tersebut? أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ “Aku bersaksi tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah.” Kafir Quraisy tidak hanya memahami kalimah ini pada luarannya sahaja, bahkan mereka memahami bahawa kalimah ini akan mengubah kehidupan mereka 180 darjah jika mereka beriman dengan

Geng Ngaji Ustaz Sofee bantu enam beradik, yang kematian ibu

Imej
Oleh: Ahmad Safwan Johari REMBAU, 6 Mei – Geng ngaji Astana Raja yang dikendalikan oleh guru Al- Quran yang lebih dikenali sebagai Ustaz Sofee, telah mengambil inisiatif membantu penduduk kampung Astana Raja yang berada dalam kesusahan. Menurut ustaz Sofee, usaha yang dijalankan ini adalah atas rasa tanggungjawab sebagai muslim seperti yang dianjurkan di dalam Al- Quran untuk bertolong bantu dalam perkara kebaikan dan taqwa, apatah lagi jika saudara muslim berada dalam kesusahan. Bantuan yang disampaikan adalah berupa barangan keperluan asas seperti susu, minyak masak serta wang tunai berjumlah RM 600.  Turut hadir bersama menyampaikan sumbangan adalah wakil NGO Ikatan Muslimin Malaysia (Isma). Antara penerima sumbangan ialah 6 orang beradik yang kehilangan ibu mereka akibat kemalangan. “Kami berharap agar sumbangan kepada penduduk dapat diberikan secara menyeluruh bukan sekadar barangan keperluan asas. Misalnya aspek pendidikan anak-anak dari sudut akademik mahupun agama. Kami s

JAMBORI 2019 – KRIM Kuantan asah peserta bijak berbicara

Imej
Oleh Norfadilah Hilmi KUANTAN, 3 Mei – Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) cawangan Kuantan telah berjaya menganjurkan Kem Jatidiri dan Kepimpinan Remaja Muslim (JAMBORI) 2019 bagi mengasah bakat para peserta dalam pengucapan awam iaitu bakat bijak berbicara. Menurut Pengarah Program, Puan Rosazura Jasmi, kem JAMBORI kali ini menekankan aspek pengucapan awam dalam kalangan remaja kerana mereka adalah pewaris kepada tonggak kepimpinan negara pada masa akan datang. “Kemahiran pengucapan awam ini sangat penting kerana corak pembangunan negara pada masa hadapan adalah bergantung sepenuhnya kepada corak keperibadian belia pada masa kini. “Sehubungan dengan itu, penanaman aspek jatidiri untuk tampil ke hadapan dalam memberi pendapat atau pandangan perlulah diperkasakan sebaiknya dalam diri setiap remaja,” jelasnya. Demikian menurut beliau ketika ditemui di Kem Akademi Azam di sini baru-baru ini. Harapan beliau agar para peserta dapat menggunakan segala ilmu dan pengalaman yang

Program ‘Seronoknya..Ramadhan datang lagi!’ Nazim DHL Meriah

Imej
Oleh : Siti Nor Atiqah Ma’min BANGI, 28 APRIL 2019 – Berakhir sudah program Ihya’ Ramadhan yang bertemakan “Seronoknya..Ramadhan datang lagi!” anjuran Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) Daerah Hulu Langat di Surau Nur Idaman, Seksyen 5, Bandar Baru Bangi. Seramai 73 orang peserta terdiri daripada anak-anak Nazim dan anak-anak dari Apartment Nur Idaman telah menyertai program pada kali ini. Program ini dianjurkan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang program yang dimulai dengan solat sunat dhuha dan disusuli ‘Explorace Ramadhan’. Aktiviti Explorace Ramadhan menyediakan 6 cabaran buat peserta iaitu “Salam Ramadhan buat Pakcik Makcik”, “Ramadhan Meletop!”, “Ramadhan Silang” , “Spiderman Ramadhan”, “Ramadhan Kami Datang!”, dan “Harapan Ramadhan”. Cabaran-cabaran ini dirangka untuk mendedahkan kepada anak-anak Nazim tentang persiapan menghadapi Ramadhan, dan kenapa keseronokannya terasa berbanding bulan-b