400 tetamu dari pelbagai kaum meriahkan Karnival Aidilfitri Isma Kuantan

Oleh Norbaiyah Mohamed Bakrim

KUANTAN, 13 Jul. – Lebih 400 tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat umur turut sama hadir ke Karnival Aidilfitri Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kuantan.

Pengarah Karnival Aidilfitri Isma Kuantan, Dr Mohd Afzal Alias berkata, kehadiran peserta termasuk sukarelawan bukan Islam ke karnival ini membuktikan bahawa dalam menjayakan agenda memartabatkan Islam dan Melayu di tanah air, Isma tetap mengalu-alukan penglibatan kaum lain melalui program-program yang dijalankan untuk manfaat bersama.

“Mereka yang turut serta memberikan respon yang positif dan harapannya selepas ini program-program sebegini dapat dijalankan lagi bagi melibatkan masyarakat berbilang kaum di samping dapat menarik minat penganut agama lain bagi mendekati Islam,” jelas beliau lagi.

Salah seorang peserta dari kaum Cina, Puan Loi, ibu kepada adik Leong yang merupakan peserta Pertandingan Mewarna anjuran Kelab Anak-Anak Hebat (Nazim) turut menyokong aktiviti yang diadakan oleh Isma ini.

“Dengan cara ini anak-anak boleh mengisi masa lapang disamping dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru di dalam program yang dijalankan,” kata beliau yang juga merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah di Daerah Kuantan.

Puan Loi juga memaklumkan beliau mengetahui tentang iklan karnival ini di laman sosial Facebook Isma cawangan Kuantan.

Selain itu, saudari Vatsala a/p Mohanan yang merupakan pelajar perubatan Kolej Universiti Widad turut terlibat sebagai sukarelawan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dalam membantu menjayakan proses pemeriksaan kesihatan sepanjang karnival berlangsung.

Menurutnya, aktiviti seperti ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan juga sukarelawan, tanpa mengira agama dan bangsa mereka.

Karnival ini telah dimeriahkan dengan pameran agensi-agensi di bawah Isma seperti sumbangan duit raya kepada kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan percuma oleh I-Medik, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak dan juga persembahan istimewa dari Kelab Nazim Kuantan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian