TARBIYAH MEMBANTU DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

 

oleh Habsah Binti Abdul Shaer

Port Dickson, 9 Oktober –Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Kolej Uniti tahun 2017, Ammar Hamizan bin Muhammad Balyan menyatakan bahawa penglibatan aktif dalam aktiviti dakwah dan tarbiyah bukanlah batu penghalang untuk sentiasa cemerlang dalam akademik.

Ini terbukti apabila beliau telah dinobatkan sebagai penerima anugerah Presiden di Majlis Konvokesyen Kolej Uniti kali ke 17 di Hotel Marriot baru-baru ini. Anugerah tertinggi ini diberikan kepada graduan yang memiliki keputusan akademik yang cemerlang, komitmen yang tinggi dalam aktiviti ko-kurikulum dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan sepanjang pengajian di kolej.

“Sebagai seorang mahasiswa muslim, kita perlu tahu mengasingkan antara perkara penting dan tidak kerana perkara yang tidak penting hanyalah parasit yang akan menghalang kita untuk berjaya dunia dan akhirat.” Tegas Ammar yang menjadikan saudara Fauzi Bashir, Ketua Pemuda Isma Cawangan PD sebagai mentornya.

Beliau turut menyatakan bahawa pengorbanan dalam tarbiyah dan dakwah adalah antara resepi kejayaannya dalam akademik selain menjaga solat, membaca al-Quran dan sentiasa memelihara adab bersama guru. Beliau yakin Allah sentiasa memudahkan urusan hidupnya sekiranya kita membantu urusan agamaNya.

“Kejayaan saya pada hari ini juga adalah berkat doa  dari kedua mak dan ayah saya. Tanpa redha keduanya, saya mungkin tidak akan berada di sini. Saya tidak akan lupakan segala jerit perih pengorbanan mereka sampai-bila-bila insyaAllah.” luah Ammar dalam ucapannya sebagai wakil graduan di dalam majlis konvokesyen tersebut.

Anak ke dua dari tujuh beradik ini telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan Muamalat dengan Purata Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK) 3.66. Sepanjang pengajian beliau di Kolej Uniti, beliau bergerak aktif dalam program-program PEMBINA dan juga aktiviti ko-kurikulum yang lain seperti sukan dan persatuan.

Barisan penggerak Isma Port Dickson merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara Ammar di atas anugerah ini. Moga Kejayaan beliau ini menjadi inspirasi kepada masyarakat di luar sana dan didoakan beliau terus bergerak aktif dalam memberi sumbangan kepada Islam.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian