Apa itu Oktoberfest?

Oktoberfest adalah pesta rakyat (“volksfest”) yang diasaskan di kawasan Bavaria (atau Bayern) untuk meraikan hasil tuaian.

Ia mempunyai sejarah beratus-ratus tahun, kemudian ia dijadikan sambutan tahunan besar-besaran sempena perkahwinan Putera Mahhkota Ludwig pada tahun 1810 dan diteruskan sehingga kini.

Oktoberfest disambut oleh masyarakat Bavaria. Mereka mempamerkan budaya dan identiti tersendiri yang berbeza daripada Jerman yang didominasi oleh Prussia.

Mereka memperkenakan pakaian tradisional (“trachten”) seperti Dirndl dan Lederhosen. Muzik tradisional Bavaria juga turut dimainkan dan simbol-simbol Bavaria seperti bendera biru-putih dikibarkan. Lambang biru-putih ni boleh nampak kat logo BMW (akronim kepada Bavarian Motor Works) dan logo kelab bola sepak Bayern Munich.

PESTA ARAK HANYA MUNCUL SETELAH 82 TAHUN KEMUDIAN

Ketika awal penganjuran festival ini, tiada langsung penganjuran menolak minuman keras secara besar-besaran. Oktoberfest ketika itu adalah pesta rakyat, maka adalah tidak sesuai untuk diadakan pesta minuman keras sebegitu.

Tahun demi tahun, jumlah khemah pesta kian bertambah, hingga pada suatu-suatu masa, jumlah khemah peserta yang menyertai Oktoberfest mencecah 400 buah kesemuanya.

Hanya pada tahun 1892, iaitu selepas 82 tahun Oktoberfest dianjurkan buat pertama kali, baharu lah wujud jualan minuman keras yang dihidang di dalam gelas semasa pesta Oktoberfest.

Penghujung abad ke-19, penganjur Oktoberfest mahu lebih ramai hadirin yang datang dan apabila minuman keras mula dijual, ia menjadi faktor kebanjiran orang ramai.

Sejak itu, memasuki abad ke-20, daripada khemah-khemah jualan produk pertanian, barangan emas perak, seramik, hasil kraf, Oktoberfest telah berubah menjadi pesta menogak minuman keras.

DALIL PENGHARAMAN ARAK

AL-QURAN

Dalil pengharaman arak berlaku dalam beberapa peringkat di dalam islam, iaitu pertamanya dengan melarang untuk mengerjakan solat dalam keadaan mabuk, kemudian di peringkat kedua diterangkan bahaya dan keburukan arak lebih teruk jika nak dibandingkan kebaikannya yang ada dan peringkat terakhir dinyatakan secara menyeluruh dan tegas oleh Allah S.W.T. di dalam firmaNya:

“Hai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, berhala, dan undian adalah kotor dari perbuatan syaitan. Oleh karena itu jauhilah dia supaya kamu bahagia. Syaitan hanya bermaksud untuk mendatangkan permusuhan dan kebencian di antara kamu disebabkan khamar dan judi, serta menghalangi kamu ingat kepada Allah dan sembahyang. Apakah kamu tidak mau berhenti?” (al-Maidah: 90-91)

Di dalam ayat kedua tersebut, Allah mempertegaskan pengharaman arak dan judi yang diiringi pula dengan menyebut berhala dan judi dengan dinilainya sebagai perbuatan najis (kotor). Kata-kata His (kotor, najis) ini tidak pernah dipakai dalam al-Quran, kecuali terhadap hal yang memang sangat kotor dan jelek. Khamar dan judi adalah berasal dari perbuatan syaitan, sedang syaitan hanya gemar berbuat yang tidak baik dan mungkar.

Justeru itulah al-Quran menyerukan kepada umat Islam untuk menjauhi kedua perbuatan itu sebagai jalan untuk menuju kepada kebahagiaan dan kesejahteraan.

HADIS

Pertama kali yang dicanangkan Nabi Muhammad s.a.w. tentang masalah arak, yaitu beliau tidak memandangnya dari segi bahan yang dipakai untuk membuat arak itu, tetapi beliau memandang dari segi pengaruh yang ditimbulkan, yaitu memabukkan.

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang minuman yang terbuat dari madu, atau dari gandum dan sya’ir yang diperas sehingga menjadi keras. Nabi Muhammad sesuai dengan sifatnya berbicara pendek tetapi padat, maka didalam menjawab pertanyaan tersebut beliau sampaikan dengan kalimat yang pendek tetapi padat:

“Semua yang memabukkan berarti arak, dan setiap arak adalah haram.” (Riwayat Muslim)

“Minuman apapun kalau banyaknya itu memabukkan, maka sedikitnya pun adalah haram.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmizi)

KESAN BURUK ARAK TERHADAP KESIHATAN

Dari segi persepektif ilmu kimia, alkohol merujuk kepada satu sebatian organik yang mempunyai kumpulan hidroksil (OH).

Terdapat banyak jenis alkohol tetapi alkohol jenis etanol wujud pada arak dan wain. Alkohol merupakan unsur yang mempunyai keupayaan yang sama seperti lemak di dalam menggalakaan obesiti. Semakin banyak kalori yang digunakan untuk alkohol, semakin kurang kalori daripada makanan yang berkhasiat.

Selain itu, alkohol boleh meningkatkan risiko kanser hati, pancreas, rectum dan dada. Untuk wanita, alkohol yang terdapat di dalam arak boleh mengganggu kitaran haid dan keguguran  kepada kandungan. Selain itu, sel-sel otak boleh mati dengan pengambilan arak berlebihan. Risiko kerosakan otak secara kekal boleh berlaku.

KESAN BURUK ARAK TERHADAP HARTA BENDA AWAM DAN NEGARA

Apabila seseorang itu meminum minuman keras secara terus menerus, ini bererti ianya telah ketagihan dan tidak dapat melepaskan dirinya dari cengkaman arak. Dengan demikian, si peminum akan bertambah sesat, hilang pengawalan terhadap diri sendiri dan orang-orang yang berada di sekitarnya.

Pengaruhnya yang sangat bahaya terhadap saraf-saraf otak di mana boleh mengakibatkan seseorang penagih tidak mampu mengendalikan diri, tingkah laku dan hilang pula rasa malu. Maka dalam hal ini hilang kesinambungan diri dan jauh dari nilai-nilai akhlak dan timbul pula keberanian untuk melakukan tindakan-tindakan negatif terhadap orang lain.

Kesan yang jelas di sini ialah apabila seorang peminum arak yang mabuk memandu kenderaan di jalan raya adalah satu keadaan yang sangat merbahaya, baik terhadap diri peminum itu sendiri mahupun orang ramai. Kemalangan atau kecelakaan lalulintas akan berlaku yang mana boleh mengakibatkan kecerderaan dan menyebabkan kematian orang yang tidak berdosa.

Selain itu, kesan-kesan yang buruk yang boleh berlaku akibat meminum arak seperti boleh melibatkan kestabilan ekonomi, keamanan dan berlaku kehuru-haraan dalam sesebuah negara apabila penagih-penagih arak wujud di dalam sesebuah sektor kerajaan atau swasta yang mana boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa, hartabenda, penyelewengan wang negara, pecah amanah dan sebagainya.

Di United Kingdom khususnya Glasgow Scotland, kerajaan di sana menolak lesen penganjuran Festival Arak (Octoberfest/festival beer) lantaran ramai yang telah mabuk dan mencetuskan keganasan tahun lepas.

Tiada pula suara-suara sumbang di sana yang mendakwa kerajaan UK dan Scotland sebagai Kerajaan yang menggadai hak asasi dan tidak menghormati hak kepelbagaian agama.

Ironinya, bila Kerajaan Malaysia bertegas tidak membenarkan penganjuran di sini atas alasan kemudaratan dan ancaman keselamatan, kerajaan dituduh terlalu Islamik, tidak hormati hak asasi dan hak kepelbagaian agama sedangkan semua agama mengharamkan kemudaratan bahkan minuman yang memabukkan seperti arak.

Lebih menyedihkan kerana terlalu mabukkan kuasa politik, ada pemimpin-pemimpin Melayu Islam turut sama bersekongkol mempertahankan dakwaan pemimpin-pemimpin DAP yang bersungguh-sungguh membantah pendirian kerajaan.

– Dr Asyraf Wajdi

Jika dilihat polisi negara luar seperti Brunei, negara tersebut telah pun mengharamkan penjualan arak kepada warga asing iaitu pelancong disebabkan keburukkan yang terlampau banyak hasil dari minuman yang mabuk ini.

Pengambilan minuman beralkohol atau arak juga dikenal pasti punca kepada 30 peratus kemalangan jalan raya di Malaysia. Sekretariat Pertubuhan Antarabangsa Kawalan Produk Malaysia, David Ong Chan Hor berkata, ia berdasarkan laporan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) sebelum ini.

”Individu yang minum arak terutama dalam kuantiti yang banyak akan mabuk dan dalam keadaan kurang normal, jadi apabila mereka memandu, risiko mereka terlibat kemalangan adalah tinggi.

Menurut David, selain terlibat kemalangan, pengambilan minuman beralkohol mengakibatkan keganasan rumah tangga.

”Berdasarkan maklumat Pertubuhan Bantuan Wanita di negara ini, pengaruh alkohol menyebabkan seseorang itu terutama suami melakukan keganasan terhadap pasangannya. Alkohol menyebabkan pemikiran individu tidak normal yang juga menyumbang kepada masalah penderaan terhadap anak,” katanya.

Tambahnya, di Eropah, seorang pakar perunding, Peter Anderson yang mengkaji kesan berhubung pengambilan alkohol mendapati ia menyumbang 40 peratus kes keganasan dan penderaan terhadap sembilan juta kanak-kanak.

KESIMPULAN

Tiada manfaatnya mengadakan Pesta Arak (Octoberfest) di Malaysia di mana majoriti rakyat adalah orang Melayu beragama Islam dan agama Islam adalah agama Perlembagaan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1). Kebanyakan Pesta Arak (Octoberfest) yang diadakan adalah di negara Barat seperti Jerman, Afrika, Amerika dan lain-lain. Tidak ada satu pun negara Islam atau yang mempunyai Islam sebagai agama Perlembagaan menganjurkannya.

Di ketika banyak negara Barat sedang mengambil langkah-langkah untuk membendung masalah arak di kalangan belia mereka, kita pula mengambil langkah ke belakang untuk mempromosi dan menggalakkannya melalui penganjuran pesta seperti ini. Pengambilan alkohol jelas mendatangkan kesengsaraan dan penderitaan kepada peminumnya, keluarganya, masyarakat sekeliling dan mampu menjejaskan pembangunan dan ekonomi negara jika yang terlibat adalah belia-belia yang merupakan tonggak dan pewaris bangsa dan ummah.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian