Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2015

Harga petrol, diesel naik 10 sen mulai tengah malam ini

Imej
BANGI, Ahad – Harga runcit petrol dan diesel dinaikkan mulai tengah malam ini. Demikian kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwan Pengguna (KPDNKK). Berdasarkan pengumuman dalam satu kenyataan menerusi Facebook kementerian itu malam tadi harga petrol dan diesel dinaikkan 10 sen. Harga runcit yang ditetapkan bagi bulan Jun adalah seperti rajah di atas. Sejak 1 Disember tahun lalu, kerajaan telah menghentikan subsidi untuk petrol RON95 dan diesel. Berikutan itu, harga runcit dua jenis minyak berkenaan bergantung sepenuhnya kepada penetapan harga apungan terurus melalui harga purata bulanan pasaran minyak dunia. Sumber

Suami isteri ditahan kes kanak-kanak ditanam di dapur rumah

Imej
Keadaan lubang di lantai dapur yang memuatkan mayat kanak-kanak yang ditemui di sebuah rumah di Kepong, Jumaat. KUALA LUMPUR, 31 Mei – Sepasang suami isteri ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat kanak-kanak lelaki yang ditanam di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata suspek lelaki, 33, disyaki bapa kepada mangsa itu ditahan di sebuah restoran di Keningau, Sabah pada pukul 6.30 petang, semalam. Polis kemudiannya menahan seorang suspek wanita, 33, disyaki ibu kepada mangsa di Penampang, Sabah pada kira-kira pukul 1 pagi tadi, katanya. “Kedua-dua mereka akan dibawa dari Sabah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, dijangka esok, untuk siasatan dan mengambil keterangan berhubung kes ini. “Polis percaya bahawa mayat kanak-kanak lelaki berusia antara lapan hingga 10 tahun yang ditemukan di dapur itu ialah anak mereka, tetapi hanya dapat disahkan selepas ujian DNA dilakukan,” katanya ketika

Kritikan Mat Sabu terhadap Hadi boleh lemahkan parti – Ahmad Yakob

Imej
PASIR MAS, 31 Mei – Tindakan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengkritik presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peluang kepada pihak lawan mengambil kesempatan untuk melemahkan parti, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob. Beliau berkata pimpinan parti perlu mengadakan perbincangan sekiranya timbul permasalahan dan tidak membuat kritikan secara terbuka yang boleh memberi kesan kepada parti. “Kritikan ini sepatutnya dibuat secara perbincangan dalaman dan bukan di luar … musuh parti akan ambil kesempatan. “Orang membaca, orang membuat satu persepsi yang tidak betul terhadap kita dan ini boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Jubli Perak Kelantan Membangun Bersama Islam Peringkat Zon Utara di Mini Stadium Pasir Mas di sini, hari ini. Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas tindakan Mohamad atau lebih dikenali “Mat Sabu” yang akan mempertahankan jawatannya pada Muktamar

Najib terikat dengan hubungan dagangan Malaysia-Myanmar?

Imej
Najib bersalaman dengan Presiden Myanmar U Thein Sein di Putrajaya pada Mac lalu. SEHINGGA kini masih belum ada langkah penyelesaian yang boleh melegakan hati umat Islam dalam isu melibatkan saudara seakidah mereka, etnik Rohingya yang berasal dari Myanmar. Semenjak isu pelarian Rohingya menjadi isu utama di dada akhbar tempatan dan antarabangsa, pelbagai negara menghulur bantuan. Turki umpamanya, telah berikrar akan menubuhkan pusat perlindungan. Turki juga bersedia menyumbang satu juta kepada Pertubuhan Migran Antarabangsa (IOM) dan UNHCR bagi menyelamatkan mereka yang hanyut di lautan. Selain itu, Turki juga membuat keputusan untuk menghantar kapal ke perairan Malaysia dan Thailand. Dalam kenyataan terkini semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata: “Kita mahu selamatkan nyawa dan tidak fikir selepas itu. Kita selamatkan mereka supaya mereka terus hidup sebagai manusia bermaruah dan ada masa depan.” Kerajaan sebelum ini mengumumkan pendatang Rohingya dan Banglade

Lebih 700 pendatang ditemui Tentera Laut Myanmar

Imej
YANGON, Ahad – Lebih 700 pendatang yang ditemui dalam sebuah kapal nelayan oleh Tentera Laut Myanmar yang dibawa ke Wilayah Rakhine. Sebanyak 727 orang, termasuk 74 wanita dan 45 kanak-kanak itu telah ditemui dalam kawasan delta Irrawaddy. Media Antarabangsa melaporkan 50 penumpang terbunuh sebelum diselamatkan. Kapal tersebut adalah yang terakhir dijumpai ketika kawasan itu menghadapi bencana pendatang sejak awal Mei. Kira-kira 3,500 pendatang mendarat di Thailand, Malaysia dan Indonesia, dan dianggarkan 2,500 lagi masih terdampar di laut. Sebahagian besar dari pendatang tersebut adalah warga Rohingya dari Wilayah Rakhine, Myanmar, atau yang lari akibat kemiskinan di Bangladesh. Kumpulan majoriti Buddha Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai kumpulan etnik asli dan para pegawai sering merujuk mereka dengan nama “Bengali” dari negara jiran. “Mereka akan dibawa ke Rakhine dekat Bangladesh esok atau lusa. “Orang-orang ini berasal dari bangladesh, kami akan bawa mereka kembali

Masalah sempadan, perairan negara mudah dibolosi umpama ‘bom jangka’

Imej
Oleh Mohammed Arsyad Md Yassin KUALA LUMPUR, 31 Mei – Isu sempadan dan perairan negara yang mudah dibolosi pihak dan anasir luar boleh menjadi ‘bom jangka’ terhadap keselamatan negara jika gagal ditangani segera, menurut penganalisis dan pakar aspek keselamatan. Menurut mereka, kerajaan perlu mengkaji, mengambil pendekatan baharu dan membuat penambahbaikan terhadap kawalan keselamatan di sempadan seperti membina sekatan, benteng, pagar dan menggunakan teknologi terkini ‘drone’ untuk pengawasan. Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) Datuk Kamaruddin Md Ali berkata langkah keselamatan di kawasan sempadan dan perairan negara dilihat tidak begitu berkesan selepas peristiwa pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lepas. “Sebelum peristiwa serangan di Lahad Datu, warga Filipina boleh datang pada bila-bila masa tanpa sebarang sekatan manakala rondaan pasukan keselamatan di sempadan utara tanah air juga tidak begitu berkesan susulan masih ada lo

Israel roboh kediaman Palestin di Lembah Jordan

Imej
TEBING BARAT, Ahad – Diskriminasi Zionis ke atas penduduk Palestin terus berterusan. Terkini, penduduk Palestin di Lembah Jordan diarahkan untuk mengosongkan rumah mereka sebelum dimusnahkan. Perintah perobohan ini adalah yang terbaru dalam siri perintah yang dikeluarkan tentera Zionis yang yang menetapkan Tebing Barat hanya untuk penduduk asli di Lembah Jordan. Keluarga yang menerima notis itu diberikan masa tiga hari untuk mengosongkan rumah mereka sebelum jentolak Israel datang untuk memusnahkan rumah mereka. Menurut keluarga Palestin yang terlibat, tidak ada penjelasan yang diberikan oleh pihak berkuasa Zionis berkaitan perintah perobohan rumah-rumah tersebut. Para keluarga Palestin hanya diberitahu bahawa mereka harus keluar dari rumah mereka dengan semua barang-barang. Januari lalu juga, Israel secara haram telah memusnahkan kediaman 77 orang penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat. Dalam kejadian itu, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelar

Anak Ku Nan, penyanyi popular di Indonesia

Imej
BANGI, Ahad – Anak kepada kepada Menteri Wilayah dan Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor atau Ku Nan kini sedang menempa nama sebagai penyanyi di Indonesia. Anaknya, Nadira dikatakan semakin popular selepas lagu duetnya Cinta & Pergi bersama penyanyi Al Ghazali mendapat sambutan hangat di negara itu. Terkini, anaknya dikhabarkan telah mempunyai single duet bersama Al Ghazali, anak komposer terkenal Indonesia iaitu Ahmad Dhani yang berjudul Cinta Datang & Pergi. Dalam masa yang sama, Nadira turut berpeluang berduet bersama Glen Fredly dalam sebuah lagu yang bakal dipasarkan dalam albumnya sendiri yang akan memuatkan 10 lagu. Sumber

Pemuda ISMA: Belia mesti jadikan Sultan Muhammad Al-Fateh sebagai contoh ikutan

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, Sabtu – Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Luqman Al Hakim Muhammad menyeru seluruh belia Islam di Malaysia untuk mencontohi keperibadian dan pencapaian luar biasa Sultan Muhammad Al-Fateh membangunkan negara Islam, kota Istanbul, Turki. Menyifatkan Sultan Muhammad sebagai pemuda berstatus negarawan dan general perang hebat, Lukman berkata, baginda perlu dijadikan model pendidikan dan pembangunan belia di Malaysia. “Sultan Muhammad berjaya membuka Istanbul ketika baru berusia 21 tahun dengan strategi perang yang pertama kali dilakukan di dunia. “Baginda mengangkat puluhan kapal merentasi kawasan bukit dalam satu malam. “Bahkan pendidikannya seperti menghafal Al-Quran dan ilmu-ilmu Islam sejak usia kecil, pembinaan karakter kepimpinan dan menghormati ulama mengkagumkan. “Sebab itu saya katakan, baginda sewajarnya diangkat sebagai idola atau tokoh, bukannya para pelakon, penyanyi mahupun pelawak oleh generasi sekarang,” katanya.

Dirty data: Why MMO’s survey is statistically irrelevant

Imej
Recently, The Malay Mail Online posted an article summarizing their “public opinion” survey on Millennials’ Dating Habits in Malaysia. While the numbers and graphs might cause mixed reactions, I find the conduct of the survey in itself to be utterly disturbing and wrong in so many ways. Here are a few things that are wrong about the survey: 1. Small sample size My eyes were locked onto the bottom corner of the picture as soon as I saw it. A sample of 60, surveyed in a couple of weeks (it really shouldn’t take more than a day to get 60 people, really), is a really small sample size. Statistically, this does not and would not be able to represent any kind of demographics. Which leads us to the second question; 2. Who was interviewed? I figured that a large portion of the sample of 60 could easily be surveyed from MMO’s employees alone. The fact that they managed to interview a few people on camera really does not mean anything until MMO show is able to show us the exact break down

1MDB nafi AS$1 bilion untuk pinjaman

Imej
BANGI, Ahad – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menafikan pihaknya menerima bayaran AS$1 bilion bagi tujuan pinjaman daripada firma milik kerajaan Abu Dhabi Abu Dhabi International Petroleum Investment (IPIC). Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, berkata wang tersebut merupakan urus niaga antara dua syarikat tersebut, ia tidak menambahkan hutang 1MDB. “Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bayaran AS$1 bilion dari IPIC Abu Dhabi adalah pinjaman, ataupun akan membawa hutang lagi kepada 1MDB adalah tidak benar. “Ini merupakan satu urus niaga, bukan pinjaman, bukan sebarang hutang dan bukan bailout. “Ia merupakan sebahagian bayaran awal daripada perjanjian luas menilai secara komprehensif aset kewangan pelbagai serta urus niaga liabiliti antara IPIC, Aabar dan 1MDB, dan butir-butir selanjutnya akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya. Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Kementerian Kewangan baru-baru ini berhubung pembayara

Senario yang bakal berlaku dalam pilihan raya Turki

Imej
Satu kaji selidik yang dijalankan oleh Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) meramalkan undian yang akan diperolehi oleh parti yang dipimpin oleh Recep Tayyib Erdogan itu sebanyak 45%. Ia berkurangan sebanyak 5% berbanding jumlah undian yang diperolehi pada pilihan raya umum 2011 iaitu 50%. Jumlah ini sama dengan jumlah yang diperoleh dalam pilihan raya tempatan pada 30 Mac lalu. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pengurangan ini. Kepimpinan AKP hari ini tidak sama dengan kepimpinan AKP 14 tahun lalu. Pengasas dan presiden parti, Erdogan telah diangkat menjadi Presiden negara. Menteri Luar, Ahmed Davutoglu pula diangkat oleh parti menjadi Perdana Menteri bagi memimpin kerajaan. Barisan kepimpinan parti juga berganti dengan muka-muka baharu dalam jumlah yang agak ramai. Beginilah perubahan dan pembaharuan kepimpinan parti yang berjalan lancar tanpa sebarang keretakan dan perpecahan saf. Ia membuktikan keteguhan dan kekuatan binaan parti. Tambahan pula muka-muka lama kepimpin

Gereja kena patuh larangan bawa masuk Bible Bahasa Melayu

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, Sabtu – Pengerusi Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Haji Omar Kassim menempelak puak Kristian yang lantang untuk membawa masuk Bible Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah ke Semenanjung Malaysia. Beliau berkata, mereka ini berperangai kebudak-budakan kerana meminta sesuatu yang sudah diputuskan mahkamah. “Terbitan Kristian dengan perkataan Allah tidak boleh diimport ke dalam Semenanjung Malaysia. “Hormatilah keputusan dan prosedur yang ditetapkan. Kalau orang lain, mereka akan kata menghina mahkamah, bertentangan dengan Perlembagaan dan macam-macam lagi hujah yang digunakan. “Jadi kali ini, bila kata tidak boleh diimport secara langsung ke Semenanjung, kena ikutlah. Lagipun Bible bahasa Inggeris kan ada,” katanya. Beliau berkata demikian mengulas tindakan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang membantah draf prosedur operasi standard (SOP) menghalang terbitan Kristian dengan perkataan Allah ke

Pertubuhan baru Kristian mahu dekati penganut agama lain

Imej
Pengerusi CPHM, Wong Kim Kong BANGI, Sabtu – Sebuah pertubuhan baru, Christians for Peace and Harmony Malaysia (CPHM) bakal dilancarkan 2 Jun ini di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Pelancaran itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Pengerusinya , Wong Kim Kong, berkata pemimpin dan wakil 230 gereja di Lembah Klang dijangka menghadirinya bersama-sama ketua pelbagai kumpulan agama di negara ini. Idea penubuhan CPHM muncul selepas Wong didatangi beberapa pemimpin Kristian akar umbi yang menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan sentimen kaum dan agama di negara ini. Wong yang merupakan bekas Ketua Setiausaha National Evangelical Christian Fellowship (NECF) berkata, sebagai sebuah NGO Kristian, terdapat beberapa keraguan untuk mendekati penganut agama lain bagi memupuk keamanan dan keharmonian. “Dengan pengiktirafan perdana menteri ini, jurang ini boleh ditutup. Akan ada pengiktirafan terhadap kami untuk bekerjasama dengan bukan sahaja Kristian tetapi juga sem

PBB desak Myanmar beri status warganegara Muslim Rohingya

Imej
NEW YORK, SABTU – Pemerintah Myanmar terus mendapat tekanan antarabangsa berhubung nasib etnik muslim Rohingya negara itu. Terkini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Myanmar untuk memberi status kewarganegaraan kepada Rohingya. Pegawai Kanan Pesuruhjaya Tinggi PBB Bagi Pelarian (UNHCR), Volker Turk, berkata PBB mengecam Myanmar yang mengenakan sekatan pada kebebasan asas masyarakat Muslim Rohingya. “Masalah Rohingya tidak boleh diselesaikan kecuali akar penyebabnya ikut dibahas. “Hal ini memerlukan tanggungjawab dari Myanmar terhadap semua orang di wilayahnya. Pemberian kewarganegaraan adalah tujuan akhir untuk menyelesaikan masalah ini “Justeru, kita desak Perdana Menteri negara itu untuk memberikan kewarganegaraan kepada minoriti Muslim yang ada di negara itu,” katanya, lapor Press TV. Selain itu, Turk juga menekankan keperluan mendesak status undang-undang bagi semua warga Rohingya untuk mengakui bahawa Myanmar adalah negara mereka sendiri. Bagaimanapun, wakil M

Zionis mahu laksana hukuman 20 tahun penjara jika lempar batu

Imej
Gambar yang menjadi viral dalam laman sosial menunjukkan keberanian seorang kanak-kanak Palestin melempar batu ke arah tentera rejim Zionis Israel. JERUSALEM, SABTU – Rejim Zionis Israel semalam mengemukakan satu undang-undang baru yang menetapkan hukuman 20 tahun penjara kepada sesiapa yang melempar batu ke arah pihak berkuasa negara itu. Memetik sumber World Bulletin, Israel bercadang menambah undang-undang baru, yang melarang sesiapa saja daripada melempar batu atau objek, tidak hanya dengan maksud untuk menyebabkan kerosakan, tetapi juga untuk mengganggu atau menghalang pegawai polis menjalankan tugas. Akta itu dicadangkan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Setiausaha Kabinet Israel, Avichai Mandelblit. Walaupun Akta itu telah diluluskan Kabinet Israel, tetapi untuk pelaksanaannya harus menunggu kelulusan Jawatankuasa Menteri untuk Perundangan Parlimen Israel. Sebelum ini, hukuman bagi pelempar batu ke arah polis dan tentera Israel adalah maksimum dua tahun penjara. Apr

Pemerhati ISMA sempat temui tokoh penting Turki

Imej
Delegasi pemerhati ISMA bagi pilihan raya Parlimen Turki sempat bertemu Naib Presiden AKP, Yasin Actai (tengah) di Istanbul. Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, Sabtu – Delegasi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang ke Turki sebagai pemerhati pilihan raya berkesempatan berjumpa dengan Perdana Menteri dan tokoh-tokoh berwibawa negara itu. Ketua Delegasi ISMA, sebuah pertubuhan Islam sederhana, Haji Aminuddin Yahaya, berkata delegasi semnpat berjumpa dengan Perdana Menteri Turki, Ahmed Davuoglu dan bertukar-tukar pandangan dengan beliau mengenai pelbagai perkara. “Selain itu kami juga dapat bertukar-tukar pandangan dengan pimpinan parti AKP di Istanbul dan Ankara,” katanya ketika dihubungi. Beliau berkata, ketika ini keadaan di Turki dalam suasana sibuk berkempen, deligasi pemerhati ISMA yang memantau pilihan raya Parlimen negara itu juga sempat menghadiri siri ceramah politik di sebuah bandar, Siirt. “Ketika itu, puluhan ribu rakyat hadir dalam siri ceramah kempen tersebut. Namun terd

Seorang lelaki cedera parah, terjatuh dari menara Masjid Kampung Baru

Imej
KUALA LUMPUR, Sabtu – Seorang lelaki warga tempatan mengalami kecederaan parah setelah terjatuh dari menara masjid setinggi 70 kaki di perkarangan Masjid Kampung Baru di sini semalam. Dalam kejadian pada kira-kira 7 malam itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Abshah, 23, patah kedua-dua belah kaki dan tangan serta mengalami kesan lebam pada belakang kepalanya. Bernama yang tiba di lokasi kejadian mendapati, lelaki terbabit ditemui dalam keadaan terlentang di bawah menara masjid dan masih mengerang kesakitan. Jurucakap bomba dan penyelamat Titiwangsa berkata, berdasarkan saksi, mangsa dilihat memanjat pada bahagian menara untuk naik ke aras bumbung sebelum terjatuh. – BERNAMA Sumber

Firma milik Emiriah Arab Bersatu bayar hutang 1MDB bersyarat

Imej
BANGI, Sabtu – Sebuah firma milik kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya Aabar Investments PJS bersetuju menyediakan AS$1 bilion bagi membayar hutang yang ditanggung oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB). Persetujuan itu dicapai dalam satu rundingan sebelum ketiga-tiga pihak menandatangani perjanjian yang menyaksikan 1MDB melepaskan pegangan unit yang dikatakan disimpan dalam BSI Singapore kepada IPIC. IPIC ditubuhkan oleh kerajaan Abu Dhabi pada 1984 untuk melabur dalam bidang tenaga dan sektor lain di seluruh dunia. IPIC memiliki saham sebanyak 98.253 peratus dalam Aabar yang juga sebuah syarikat pelaburan beribu pejabat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE). Aabar pula memiliki 21.6 peratus saham dalam RHB Capital iaitu syarikat induk kepada RHB Banking Group, kumpulan syarikat kewangan kelima terbesar di Malaysia. Bayaran yang disediakan oleh IPIC dan Aabar itu akan digunakan bagi membayar hutangnya berjumlah AS$975 juta

Strategi puak DAP import ‘belia sosialis’

Imej
DILAPORKAN pihak penganjur program yang menjemput Joshua Wong telah berjaya menggantikannya dengan seorang lagi figura kumpulan Scholarism iaitu Wong Ji-yuet. Mungkin kerana namanya tidak sepopular Joshua, ‘gadis Revolusi Payung’ itu tidak ditahan dan dihantar balik ke Hong Kong oleh pihak imegresen seperti yang dilakukan terhadap Joshua. Menurut sumber, pada malam tadi, program ulang tahun memperingati tragedi Tiananmen ke-26 telah berjaya dijalankan di Skudai, Johor dengan kehadiran lebih 70 orang. Wong Ji-yuet telah menyampaikan ucapannya, begitu juga dengan Joshua Wong yang berucap melalui internet. Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), sebuah pertubuhan belia yang tergolong di kalangan puak DAP, adalah pihak yang bertanggungjawab mengimport ‘belia sosialis’ ini. Timbul persoalan, mengapakah belia antiregim China ini dibawa masuk oleh puak rasis DAP? Ketika Revolusi Payung berlangsung pada tahun lalu, pemimpin DAP Hew Kuan Yau telah pergi ke Hong Kong da

Indonesia syor gaji amah di Malaysia RM1,200 sebulan

Imej
KUALA LUMPUR, Jumaat – Kerajaan Indonesia mencadangkan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk menaikkan gaji rakyat negaranya yang bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia kepada RM1,200 sebulan. Timbalan Duta Besar Indonesia di Malaysia, Hermono, berkata berbanding negara lain, gaji di sana adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan gaji yang ditawarkan di Malaysia “Jadi, kenaikan gaji daripada RM800 kepada RM1,200 sebulan itu adalah untuk menjadikan pekerjaan pembantu rumah di Malaysia lebih kompetitif,” katanya. Berikutan itu, satu kertas cadangan telah diserahkan kepada Malaysia sewaktu mesyuarat kumpulan kerja bersama antara Kementerian Sumber Manusia kedua-dua negara di Putrajaya pada 12 dan 13 Mei lepas. Selain itu Hermono berkata, Indonesia turut mencadangkan supaya Malaysia memudahkan urusan pemprosesan dokumen serta memansuhkan caj bayaran yang dikenakan kepada pembantu rumah yang dianggarkan sebanyak RM1,800 seorang. “Kalau kita biasa sediakan saluran rasmi yang leb

PasMa mahu jadikan PAS ‘budak suruhan’ DAP

Imej
Percaturan terus dibuat pastikan kumpulan mereka kuasai kepemimpinan tertinggi PAS Oleh Azri El BANGI, Jumaat – Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), sebuah NGO mesra DAP, sedang giat merencana untuk memastikan kumpulan mereka menguasai jawatan dalam pemilihan PAS awal bulan depan. Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, langkah itu jelas dapat dilihat dengan PasMa dibelakang kempen Ustaz Ahmad Awang, calon yang mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden PAS. “PasMa dalam muktamar kali ini, dilihat melakukan cubaan nekad untuk mencorakkan siapakah pimpinan PAS yang perlu dinaikkan dan siapa pula yang perlu diturunkan. “Sekiranya cubaan mereka menyingkirkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan kumpulan yang mendukung Kepimpinan ulama berjaya, PAS selepas ini akan menjadi ‘budak suruhan DAP’ dalam PR. “Sekiranya cubaan mereka gagal, PasMa berkemungkinan akan menubuhkan parti baru sebagaimana yang diuar-uarkan oleh mereka baru-ba

SOP halang bawa masuk Bible bahasa Melayu ke Semenanjung tepat

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, Jumaat – Peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mohd Hanif Khatri Abdulla mempertahankan hujah bahawa Bible bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah wajar diharamkan masuk ke Semenanjung Malaysia. Beliau berkata, Al-Kitab atau Bible yang dibawa masuk ke Semenanjung adalah terbitan dalam bahasa Indonesia, bukan Bahasa Melayu. “Jadi apabila dalam bahasa Indonesia, terdapat perbezaan dalam beberapa maksud perkataan. Misalnya kegunaan istilah Allah, ia hanya spesifik untuk orang Indonesia. Bila ada perkataan Allah sebagai god, ia tidak mematuhi peraturan dalam bahasa Malaysia. “Itu isunya kenapa kita halang. Kita tak halang pun mereka nak import bible dalam bahasa Inggeris atau bible sebenar. Import lah sejuta pun bible Bahasa Inggeris. Cuma yang kita halang sebab Bible yang ada sekarang bahasa Indonesia yang mempunyai istilah Allah,” katanya ketika dihubungi Ismaweb. Kelmarin, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mengeluarkan kenyata

‘Najib, 1MDB gagal tunjuk wang disimpan di Singapura dalam bentuk nyata’

Imej
Oleh Azri El BANGI, Jumaat – Pihak pengurusan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk Najib perlu dianggap bersalah selagi dana pelaburannya agensi itu belum ditemui, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri berkata, dalam perniagaan kerugian boleh terjadi disebabkan kelemahan pelaburan atau pengurusan, dan itu tidak boleh diterima walaupun pengurus dan ketua pegawai eksekutifnya dipecat. “Wang itu didakwa dilaburkan di Cayman Islands dan didakwa sudah dibawa balik dan berada di Singapura, namun wang itu tidak boleh ditunjukkan dalam bentuk nyata. “Maka pengurusan (1MDB) mesti bertanggungjawab ke atas kehilangannya. Andaian mestilah bahawa pengurusan telah menyalahgunakan wang itu, melainkan jika dibuktikan sebaliknya,” katanya. Beliau merujuk kepada status pelaburan 1MDB berjumlah AS$1.103 bilion (RM4 bilion) di bank luar pesisir Cayman Islands, yang kini masih misteri. Sebelum ini, Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa Najib berbohong ketika memberi jawapan di Dewan

Pak Lah letak jawatan sebelum tamat penggal, kata Tun M kepada Najib

Imej
Oleh Azri El BANGI, Jumaat – Dengan segala ‘kerosakan besar’ yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak, maka tiada salah untuk mendesak Perdana Menteri itu meletak jawatan, sekalipun belum tamat penggalnya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Menulis dalam entri terbaru di blognya hari ini, bekas Perdana Menteri itu berkata, seorang pemimpin yang dipilih tidak kebal untuk disingkir sebelum tamat penggalnya. “Oleh itu, apa yang salah dengan meminta PM semasa (Najib) meletak jawatan. Beliau jelas telah buat masalah yang lebih besar di negara ini berbanding PM sebelumnya (Abdullah),” tulisnya di blog http://chedet.cc Malah katanya, Perdana Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah dipujuk meletak jawatan sebelum penggalnya tamat sedangkan dia juga seorang Perdana Menteri yang dipilih, malah dengan majoriti yang lebih besar. Semalam, Tun Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau sedia berjumpa Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi menjelaskan segala kritikan beliau terhadap Najib.

Sami Wirathu mahu Islam lenyap dari bumi Myanmar

Imej
NAYPYIDAW (MYANMAR), Jumaat – Dengan penuh kebencian terhadap Islam, pelampau sami Buddha, Ashin Wirathu memberi amaran bahawa etnik Muslim Rohingya akan ‘lenyap’ dari bumi Myanmar. Dalam satu temu bual eksklusif dengan wartawan The Australian, Wirathu yang juga ketua kumpulan radikal 969 berkata, mereka tidak mahu orang Islam menjadi sebahagian daripada rakyat negara itu. Katanya, negara majoriti bukan Islam seperti Myanmar, Thailand dan Australia tidak perlu memberi muka kepada pelarian Rohingya. “Biarkan sahaja mereka diambil negara-negara majoriti Islam seperti Indonesia, Malaysia dan Brunei,” katanya. Wirathu, terkenal dengan sikap anti-Islamnya, dan melakukan kempen berterusan menghasut rakyat Myanmar memusuhi orang Islam khususnya etnik Rohingya. Tindakan kumpulan pelampau sami itu, yang diberi ‘lampu hijau’ oleh kerajaan Myanmar, telah mewujudkan konflik ganas apabila muslim Rohingya berdepan penghapusan etnik sehingga disifatkan PBB sebagai paling teruk di dunia. Etnik

Kerajaan Turki jemput ISMA jadi pemerhati pilihan raya

Imej
Delegasi ISMA diketuai Timbalan Presiden, Haji Aminuddin Yahaya turut bertemu Timbalan Perdana Menteri Turki, Bulent Arinc di Istanbul. Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, Jumaat – Kewibawaan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai pertubuhan Islam sederhana dan aktif di Malaysia mendapat pengiktirafan Kerajaan Turki apabila dijemput menjadi pemerhati pada pilihan raya negara itu yang bakal diadakan 7 Jun ini. Berikutan itu, ISMA menghantar satu delegasi terdiri daripada kepemimpinan kanannya ke Turki sejak 27 Mei lalu bagi melakukan pemantauan bebas. Timbalan Presiden ISMA, Haji Aminuddin Yahaya, yang mengetuai delegasi ISMA berkata, mereka akan berada di negara itu sehingga 1 Jun ini. “Kehadiran wakil pemerhati ISMA adalah atas jemputan Kerajaan Turki yang melihat ISMA sebagai pertubuhan yang besar, aktif dan berwibawa di Malaysia,” katanya ketika dihubungi di Turki, hari ini. Delegasi ISMA turut mengikuti kempen pilihan raya oleh Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu. Antara

Qatar serah RM180 juta kepada Indonesia bantu pelarian Rohingya

Imej
Pelarian Muslim Rohingya ditempatkan sementara di sebuah stadium di Aceh, Indonesia. DOHA, Jumaat – Qatar, sebuah negara kaya dengan hasil minyak dan gas, mengumumkan bantuan AS$50 juta (RM180 juta) kepada Indonesia untuk membantu pelarian muslim Rohingya yang mendarat di perairan negara itu. Bantuan itu diumumkan Emir Qatar, Sheikh Tamim selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi di sini. Sheikh Tamim Dalam pertemuan itu, Sheikh Tamim diberikan penjelasan mengenai usaha Indonesia dan Malaysia dalam menghadapi masalah pelarian dari Myanmar dan Bangladesh.  Bantuan itu katanya, bagi menampung kos penempatan pelarian Rohingya. Pertubuhan Migrasi Antarabangsa sebelum ini merayu bantuan AS$26 juta bagi membantu pendatang di Asia Tenggara. Presiden Indonesia, Joko Widodo kelmarin berkata, Jakarta memerlukan bantuan antarabangsa untuk menampung kos penempatan golongan miskin di negara itu termasuk pelarian Rohingya. Lebih 3,500 warga Rohingya dan Ba

Tun M beri Najib 2 pilihan: Bersemuka dengan MT, debat terbuka

Imej
BANGI, Khamis – Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, sejak akhir-akhir ini berkata, beliau sedia berjumpa Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti bagi menjelaskan segala kritikan beliau itu. Bekas Perdana Menteri itu berkata, dengan segala kritikan lantang dalam pelbagai isu termasuk skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebelum ini, MT UMNO sepatutnya memanggil beliau untuk memberi penjelasan. “Presiden UMNO sepatutnya menjemput saya untuk memberi justifikasi kepada setiap kritikan selama ini. Biar semua ahli mendengar sendiri,” kata beliau seperti dilapor AstroAwani. Laporan itu menyebut Dr Mahathir yang kini berada di Jepun, memberitahu perkara itu ketika dihubungi bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan malam tadi. Meluahkan kekecewaannya, Dr Mahathir berkata, sehingga kini Najib masih enggan menjawab setiap persoalan yang dibangkitkannya. Lebih mendukacitakan, kesediaannya untuk berdebat de

Kem pemerdagangan di Wang Kelian milik ejen besar “Yassin”

Imej
ALOR SETAR, Khamis – Kem-kem transit yang ditemui pihak berkuasa Malaysia di kawasan hutan Wang Kelian, Perlis dipercayai diguna untuk menempatkan mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan manusia yang “dibeli” oleh ejen besar sindiket itu dikenali dengan nama “Yassin”. Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Rohingya Society in Malaysia (RSM) Kedah, Yusof Ali kepada Bernama hari ini yang turut berkata, Yassin berbangsa Rohingya dan dikenali sebagai seorang daripada ejen utama sindiket itu. Menurutnya, walaupun berasal dari Myanmar tetapi Yassin, yang berumur dalam lingkungan 30-an tinggal di selatan Thailand, manakala operasi sindiket pemerdagangan manusia diketuainya pula menjangkau sehingga ke negara ini. “Hasil maklumat kami, beliau merupakan ejen yang bertanggungjawab “membeli” warga Rohingya dan Bangladesh terbabit daripada sindiket di selatan Thailand dengan harga tertentu dan ditempatkan secara sementara di kem-kem transit di Wang Kelian sebelum dijual kepada pihak lain.” “Yas