Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Post-independence colonialism

Imej
I spent some years in Australia and later in Canada, a completely different land from one another, very far apart by distance, very different by climate having opposite seasons to one another. One thing in common, both nation was and still part of British colony. During the colonisation period, British imposed cruel policy towards the native people of the land. “The arrival of the British to Australia in 1788 decimated the Indigenous population through massacres and other violence, introduced diseases and loss of access to land, resources and traditional lifestyles. As a result of colonisation Aboriginal people were removed from their traditional homelands and relocated to reserves or missions on the fringes of non-Indigenous settlements.” Towards the end of colonisation era, British adopted a new approach in imposing forced assimilation of the natives into their culture. Canadian natives, the First Nations suffered a period where, about 150,000 of their youth are removed by forc

Perutusan Ketua Pemuda Isma Bersempena Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidiladha

Imej
SABAN tahun negara kita menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos bagi memperingati pengorbanan yang telah dilakukan oleh para pejuang tanah air untuk membebaskan Negara daripada penjajah. Walaupun negara kita telah merdeka, anak muda perlu sedar tentang ancaman yang masih dihadapi oleh Islam dan Melayu di tanah air ini. Kalau dahulu, datuk dan nenek kita berjuang menentang ancaman dalam bentuk penjajahan fizikal, sekarang kita berhadapan dengan ancaman pemikiran yang boleh membawa mudharat yang lebih besar kepada agama dan bangsa terutama ancaman liberalisme dan pluralisme oleh pihak-pihak yang berselindung di sebalik hak samarata dan hak asasi manusia, walaupun jelas bertentangan dengan Perlembagaan yang mengiktiraf agama Islam dan orang Melayu sebagai penduduk asal, dengan matlamat untuk menjauhkan orang Melayu Islam terutama golongan pemuda daripada agama. 60 tahun kemerdekaan menyaksikan kemajuan fizikal dan keamanan yang dinikmati oleh seluruh rakyat. Malangnya, nikmat keama

Semak akaun bank terlibat penipuan atas talian: PDRM

Imej
KUALA LUMPUR, 9 Zulhijjah 1438H, Khamis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan satu portal khas bagi membolehkan orang ramai menyemak akaun bank yang terlibat dalam penipuan urus niaga atas talian. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) (Siber dan Siasatan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Ahmad Noordin Ismail berkata, portal yang dikendalikan JSJK itu masih dalam peringkat percubaan. “Menerusi portal ini, orang ramai boleh memeriksa sama ada akaun bank itu pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan dengan masukkan nombor akaun untuk semakan. “Sekiranya ada penipuan menggunakan akaun terbabit, ia akan dipaparkan di ruang carian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Katanya, portal http://ift.tt/2vEPpiz itu mula beroperasi beberapa hari lepas sebagai percubaan dan telah menerima 47,000 pelawat dengan 25,000 carian. Portal itu dijangka dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat . The post Semak akaun bank terlibat penipuan atas talian: PDRM appe

Puisi ‘Hanya Yang Berani’ sentuh jiwa penonton di Hari Kebangsaan

Imej
KUALA LUMPUR, 9 Zulhijjah 1438H, Khamis – Persembahan yang menyentuh hati oleh sekumpulan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada sambutan Hari Kebangsaan 2017, di Dataran Merdeka hari ini berjaya mencuri tumpuan semua hadirin. Buat pertama kali, rakyat Malaysia didedahkan tentang pergorbanan pasukan elit PDRM yang dikenali sebagai F Team,  yang beroperasi bermula pada tahun 1971 sebelum dibubarkan pada 1 Mei 1995, dengan  keanggotaan keseluruhan 164 orang untuk menjalankan gerakan-gerakan operasi sulit menentang musuh khususnya pengganas komunis. Selepas lebih 45 tahun dirahsiakan, pasukan persembahan membuat lakonan semula dalam bentuk pantomim bagi mengimbau sejarah dan  tugas sulit khususnya dalam siri pertempuran bersenjata  dengan  pengganas komunis, sehingga ada anggota elit itu turut terkorban mempertahankan kedaulatan negara. Persembahan berdurasi lapan minit secara penuh bermakna dan beremosi di dataran bersejarah itu  diakhiri melalui deklamasi puisi

Isnin cuti umum sempena kejayaan Malaysia di Sukan Sea 2017

Imej
KUALA LUMPUR, 9 Zulhijjah 1438H, Khamis – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan cuti umum di seluruh negara pada Isnin, 4 September 2017. Beliau berkata, cuti itu diberikan berikutan kejayaan Malaysia yang muncul sebagai juara Sukan SEA dengan rekod pungutan pingat emas. “Kerana pencapaian kita yang luar biasa, sokongan rakyat berbilang kaum yang padu, pencapaian para atlet kita yang cemerlang, maka dengan ini bagi pihak kerajaan, saya mengumumkan cuti umum pada Isnin (4 September 2017),” katanya dalam ucapan ketika Majlis Penutup Tirai Temasya Sukan Sea 2017, di Stadium Nasional Bukit Jalil yang turut disiarkan secara langsung di televisyen dan dalam talian. Malaysia mengakhiri sukan dwi-tahunan itu dengan muncul juara keseluruhan dengan kutipan 145 pingat emas melebihi sasaran 111. The post Isnin cuti umum sempena kejayaan Malaysia di Sukan Sea 2017 appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Malaysia kutuk serangan di utara Rakhine

Imej
KUALA LUMPUR, 9 Zulhijjah 1438H, Khamis – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas pasukan keselamatan Myanmar di utara Rakhine di Myanmar pada 25 Ogos lalu. Dalam satu kenyataan semalam Wisma Putra berkata, Malaysia sangat bimbang dengan serangan itu dan perkembangan susulan yang mungkin menyebabkan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa dan pemindahan penduduk. “Kami menggesa kerajaan Myanmar agar menangani situasi itu secara adil dan saksama menurut prinsip-prinsip antarabangsa dan perlindungan hak asasi manusia yang turut terkandung dalam Piagam ASEAN dan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN,” katanya. Kenyataan itu juga menggesa agar akses kemanusiaan diberikan kepada mereka yang terjejas akibat pertempuran tersebut. Dalam kenyataan sama, Wisma Putra mengingatkan semula tentang resolusi yang diterima oleh Sesi Luar Biasa Majlis Menteri-menteri Luar  OIC mengenai Situasi Minoriti Islam Rohingya di Myanmar’ pada 19 Jan 2017. Resolusi tersebut menzahirkan ke

Kerakusan tak bertepi DAP terus terserlah

Imej
Dalam PRU 13 lalu, kerusi N22 Gurun ditandingi oleh calon PKR, Salma Ismail, yang kalah dengan majoriti 1,296 undi di tangan calon BN, Leong Yong Kong. Begitu juga dengan kerusi N35 Kulim yang ditandingi oleh calon PKR, Chu Maw Nian, yang kalah dengan majoriti 643 undi di tangan calon BN, Chua Thiong Gee. Tiba-tiba sahaja pada 18 Ogos lalu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, mengumumkan hasrat DAP untuk bertanding di kerusi N22 Gurun dan kerusi N35 Kulim milik PKR ini yang mendorong Naib Presiden PKR, Tian Chua, menasihatkan beliau, pada 20 Ogos lalu, supaya tidak membicarakan secara terbuka soal perebutan kerusi ini di samping mendorong Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul, menegaskan bahawa PKR akan mempertahankan kerusi N22 Gurun dan kerusi N35 Kulim ini. Belum pun reda isu tuntutan kerusi N22 Gurun dan kerusi N35 Kulim milik PKR oleh Lim Kit Siang ini, hari ini sekali lagi Lim Kit Siang mengumumkan hasrat DAP untuk bertanding di salah satu daripada tiga kerusi Parlimen

PAS akan hantar bantuan ke Rakhine

Imej
KOTA BHARU, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – PAS akan menghantar bantuan ke Rakhine serta berunding dengan pihak kerajaan dan agensi antarabangsa bagi menghentikan kezaliman yang berlaku terhadap etnik muslim Rohingya. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bantuan itu akan disampaikan melalui PASRelief dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Pada masa sama, beliau menyeru negara yang menandatangani Piagam Hak Asasi Manusia, Piagam Geneva, negara-negara ASEAN, PBB, negara Islam OIC, negara Islam serantau dan semua pejuang hak asasi manusia supaya berganding bahu memberi amaran kepada kerajaan Myanmar yang melanggar hak asasi manusia dan menafikan hak kerakyatan masyarakat Rohingya. “Kerajaan Malaysia wajib bekerjasama dan bertindak lebih proaktif dengan negara lain, parti politik, NGO dan agensi antarabangsa bukan saja menghantar misi kemanusiaan, tetapi semestinya memberi tekanan politik kepada Myanmar agar menghormati hak kemanusiaan. Kuasa politik amat penting untuk menghenti

PAS sasar tanding 100 kerusi pada PRU14

Imej
KOTA BHARU, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – PAS bercadang bertanding lebih 100 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya kini sedang mengenalpasti kawasan Parlimen yang akan ditandingi. Beliau berkata, sasaran itu dilakukan partinya melalui Gagasan Sejahtera sebagai blok ketiga. “Kita sedang kenal pasti beberapa kawasan, mungkin lebih 100. “Daripada dahulu lagi, kita ada gagasan ketiga, kita ada badan bukan kerajaan (NGO), parti politik bersama kita,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat EXCO negeri di sini, hari ini. Pada PRU-13, PAS bertanding 73 kerusi Parlimen dan 236 Dewan Undangan Negeri (DUN). Mohd Amar berkata, pihaknya sudah bersedia sepenuhnya menghadapi PRU-14 dan menjangka beberapa pertembungan berikutan hubungan parti itu dengan DAP sudah terputus. The post PAS sasar tanding 100 kerusi pada PRU14 appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Harga minyak naik 1 sen

Imej
BANGI, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik sesen seliter. Ia menjadikan harga RON95 RM2.17 seliter dan RON97 RM2.44 seliter, berkuatkuasa 12.01 tengah malam ini. Manakala harga runcit bagi diesel pula naik tiga sen menjadikan ia RM2.04 berbanding RM2.01 harga sebelumnya. Harga baharu ini berkuatkuasa mulai tengah malam ini sehingga 6 September minggu hadapan. The post Harga minyak naik 1 sen appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Jemput veteran perang Inggeris sambut merdeka: Siapa pejuang sebenar patut kita dendangkan?

Imej
1) Kecelaruan dalam memahami naratif sejarah perjuangan Melayu hari ini apabila kita terlalu mengikut naratif sejarah kolonial. 2) Mana-mana pihak yang melawan kolonial pada ketika itu diisytiharkan sebagai kiri dan komunis. Hatta pejuang Melayu yang tulen. 3)Mana-mana pihak yang cenderung kepada British atau menyokong British akan digelar sebagai golongan kanan. 4) Kita hanya ada dua pilihan, bersama yang kanan atau bersama yang kiri? Tiada pilihan untuk bersama yang tengah, kerana kita akan turut dibakul sampahkan sebagai golongan kiri! 5) Menurut Dr Farish A Noor, pengkaji politik dan sejarah Asia Tenggara di S.Rajatnam School of International Studies, Singapura, walaupun Inggeris menolong pada masa konfrontasi, tetapi mereka “tidak ikhlas”. Kerana pada waktu itu mereka takut kalau Malaya/Malaysia dikalahkan oleh Indonesia, maka segala kompeni Inggeris di Malaysia akan dirampas. Mereka takut mereka akan hilang modal mereka. 6) Jangan lupa pada masa itu (tahun 50-an, 60-an) Br

Polis tahan 44 warga Rohingya buat perhimpunan haram

Imej
KUALA LUMPUR, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – Polis menahan seramai 44 warga Rohingya hari ini ketika mengadakan perhimpunan haram di hadapan bangunan Lembaga Tabung Haji (TH) di Jalan Tun Razak, di sini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mereka ditahan kerana cuba melakukan provokasi ketika diminta polis untuk bersurai. Beliau berkata, mereka dipercayai datang dari seluruh Malaysia dengan menaiki bas yang dikelolakan sendiri bagi menyerahkan memorandum berkenaan. “Lebih 1,000 warga Rohingya berkumpul sejak pukul 8 pagi untuk berarak bagi menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang Hilir di sini atas kekejaman dan pembunuhan umat Islam Rohingya di Myanmar. “Namun, apabila sudah diserahkan memorandum itu, mereka terus berkumpul dan bertindak agresif sehingga memaksa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menahan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan bangunan TH. Amar Singh berkata, undang-undang di bawah Akta Per

Mapim desak halau rakyat Myanmar

Imej
  KUALA LUMPUR, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendesak kerajaan Malaysia untuk mengusir semua warga Myanmar dari negara ini jika keganasan terhadap etnik muslim Rohingya berterusan. Dalam berdepan tindakan ganas terbaharu askar rejim Myanmar ke atas etnik muslim Rohingya sejak beberapa hari lalu, Mapim berkata, kekejaman sedemikian tidak boleh diterima lagi. “Anda tiada apa-apa kaitan dengan kami dan anda mesti kembali ke negara kamu. Kami tidak akan menghadapi masalah tanpa anda di sini. Anda tidak perlu berada di sini,” kata Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Myanmar di sini hari ini. Puluhan anggota polis ditempatkan di sekitar Kedutaan Myanmar, tatkala penunjuk perasaan berkumpul di Ampang Park kira-kira jam 11 pagi tadi, membantah layanan yang diberikan rejim Myanmar terhadap etnik Rohingya. Etnik Rohingya tidak dibenarkan meng

Atlet Myanmar berlari di padang, muslim Rohingya berlari di hutan

Imej
BANGI, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – Tatkala atlet negara rejim Myanmar berlari-lari di padang pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur bagi merebut emas, etnik muslim Rohingya di negara itu pula terpaksa berlari ke dalam hutan untuk menyelamatkan nyawa. Ini kerana sejak beberapa hari lalu, tentera rejim negara itu melancarkan serangan membunuh etnik Rohingya tanpa mengira wanita, lelaki, kanak-kanak atau bayi, serta membakar perkampungan mereka. Dilaporkan lebih 3,000 pelarian Rohingya tiba di Bangladesh, setelah mereka berdepan penganiayaan sejak tiga hari lalu. Mereka dikatakan melarikan ke dalam hutan di kawasan berbukit menuju ke sempadan Bangladesh. Askar rejim Myanmar membalas dendam berikutan serangan kumpulan bersenjata Rohingya terhadap konvoi tentera dan polis mereka Jumaat lalu. Tatkala, etnik Rohingya berlari ke hutan, atlet Myanmar pada Sukan SEA 2017 berlari di padang untuk memburu emas. “Lebih malang lagi mereka (muslim Rohingya) tidak mendapat bantuan kemanusiaan daripa

Pesara guru didakwa simpan barang Daesh

Imej
KUALA LUMPUR, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – Seorang pesara guru didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas Daesh. Bagi pertuduhan pertama, Abu Hasan Chan Abdullah, 64 didakwa memiliki bahan berkaitan Daesh di akaun Facebook miliknya. Manakala bagi pertuduhan kedua, Abu Hasan dituduh menyatakan sokongan kepada kumpulan pengganas itu. Suspek dipercayai merupakan penyokong Daesh, dia ditahan 11 Ogos lalu di Bachok, Kelantan. Bagi pertuduhan pertama, jika didapati bersalah, suspek boleh dihukum bawah 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan dan Subseksyen 130JB(1) kanun yang sama. Hukuman yang boleh dikenakan kepada suspek jika didapati bersalah boleh dipenjara tempoh tidak lebih tujuh tahun. Manakala pertuduhan kedua dihukum di bawah 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 130J(1) Kanun yang sama dan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak lebih 30 tahun. Bagaimanapun, Hakim Syed Faisal Syed Amir menetapkan sebutan

Ibadah haji: Pastikan berurusan dengan TH, agensi berdaftar sahaja

Imej
KUALA LUMPUR, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – Tabung Haji mengingatkan umat Islam supaya membuat urusan ibadat haji menerusi lembaga itu sendiri atau daripada 19 agensi pelancongan yang berdaftar sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) sahaja. TH dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia bagi mengelak pelbagai isu yang tidak diingini seperti ketiadaan visa sah, terkandas, tiada perumahan dan pengangkutan selain tidak mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan serta rawatan disediakan TH. “TH tidak pernah melantik mana-mana pihak, syarikat (selain PJH berdaftar) atau individu perseorangan untuk menjadi perantara, orang tengah, pihak ketiga atau agensi menguruskan hal haji. “Sehubungan itu, TH menasihati orang ramai supaya berwaspada dan tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak, syarikat (selain PJH) atau individu tidak bertanggungjawab yang menawarkan perkhidmatan haji. “TH berharap bakal jemaah yang terbabit dengan syarikat tidak diiktiraf atau PJH membuat laporan polis terhadap pihak be

Perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan (Bahagian 1)

Imej
Perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan Tajuk Bahagian 1: Pengkhianatan pemimpin elit Melayu berjiwa anglophile dalam mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Hari ini jika kita lihat dalam kalangan generasi muda, tahap penguasaan dalam Bahasa Melayu sangat membimbangkan. Kita tolak ke tepi dahulu, bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India, lihat sahaja senario ini dalam kalangan bangsa kita sendiri bangsa Melayu. Anak Melayu sekarang lebih bangga bercakap dalam bahasa Inggeris sama ada bercakap di rumah sesama ahli keluarga, dengan rakan sekerja, juga dalam interaksi sosial mereka dalam dunia maya walaupun majoriti rakan-rakan mereka berbangsa Melayu. Adapun jika menggunakan bahasa Melayu, tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Banyak penggunaan kata-kata carutan yang tidak sopan hasil cerapan daripada pelbagai medium instrumen hiburan berupa lagu, filem dan juga bahan bacaan. Kesedaran yang rendah terhadap peri pentingnya Bahasa Mela

Israel rancang bina kejiranan Yahudi di Baitulmaqdis

Imej
TEL AVIV, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – Agenda jahat Israel makin terserlah, terbaharu regim itu merancang mengubah demografi Baitulmaqdis dengan mewujudkan kawasan kejiranan Yahudi baharu dan meningkatkan kehadiran polis di bandar itu. Rancangan itu didedahkan Menteri Keselamatan Awam Israel, Gilad Erdan ketika melawat kota lama itu kelmarin, lapor Agensi berita Palestine Today. Lawatan itu termasuk melakukan tindakan provokasi menyerbu kawasan pekarangan al-Aqsa. Erdan dikatakan merancang untuk menjadikan bandar itu kepada dua bahagian. “Bahagian pertama melibatkan penempatan 1,250 anggota polis baru dan pemasangan ribuan kamera. Ia turut melibatkan kenaikan gaji anggota polis yang bertugas di Baitulmaqdis. “Bahagian kedua rancangan tersebut pula adalah untuk mewujudkan kawasan kejiranan Yahudi di kota lama terbabit,” kata laporan berita itu. Sejak beberapa dekad lalu, Tel Aviv pernah cuba untuk mengubah demografi Baitulmaqdis dengan membina penempatan haram. Selain itu regim

VIDEO | Seminar Kebangsaan Mahkamah Syariah 2017: Prof. Dr Mohammad Hashim Kamali

Imej
Ucapan alu-aluan dari YBhg. Prof Dr Mohammad Hashim Kamali, Ketua Pegawai Eksekutif IAIS Malaysia. Seminar Kebangsaan Mahkamah Syariah 2017 ini telah berlangsung pada Selasa 29 Ogos 2017 bertempat di IAIS Malaysia. The post VIDEO | Seminar Kebangsaan Mahkamah Syariah 2017: Prof. Dr Mohammad Hashim Kamali appeared first on Portal Islam dan Melayu . Sumber

Berbasikal Aktiviti Bermanfaat

Imej
Pada era moden masakini, penyakit kronik hasil gaya hidup tidak sihat seperti kencing manis, penyakit jantung, strok dan sebagainya sedang berkembang pesat hasil ketidakseimbangan antara pengambilan makanan yang berlebihan serta kurangnya aktiviti senaman. Maka adalah perlu untuk dititikberatkan tentang faedah senaman sebagai salah satu daripada strategi gaya hidup sihat untuk mencegah penyakit kronik gaya hidup tidak sihat. Senaman mempunyai pelbagai bentuk dan jenis. Ada yang berimpak tinggi dan ada yang berimpak rendah. Ada yang berbentuk intensif dan ada yang berbentuk santai. Antara salah satu kaedah senaman yang fleksibel adalah berbasikal. Berbasikal adalah satu bentuk senaman yang popular. Ianya sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur. Ianya juga sesuai untuk pesakit-pesakit kronik yang tidak mampu untuk melakukan senaman berimpak tinggi seperti pesakit obesiti, radang sendi tulang (osteoarthritis) dan banyak lagi. Ianya juga bersifat santai dan boleh dilakukan sebaga

Rejim El-Sisi tambah 56 ahli Ikhwanul Muslimin dalam senarai pengganas

Imej
Ahli perniagaan Ikhwanul Muslimin Mesir, Hassan Malek turut dimasukkan dalam senarai pengganas. KAHERAH, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – Rejim kudeta Mesir semalam menambah 56 lagi ahli Ikhwanul Muslimin dalam senarai pengganas, lapor agensi berita negara itu, Middle East News Agency (MENA). Menurut MENA, mereka dituduh menjejaskan keharmonian ekonomi dan keselamatan awam. Antaranya yang disenaraikan ialah ahli perniagaan terkenal Ikhwanul Muslimin, Hassan Malek, yang terbabit dalam industri pembuatan tekstil, bekalan peralatan elektrik dan perabut. Aset beliau dibekukan sejak September 2014, selepas Mahkamah Jenayah Utara Kaherah mempertahankan keputusan pendakwa raya untuk merampas aset semua pemimpin Ikhwanul Muslimin. Hassan sejak 1990-an lagi dianggap salah seorang pemimpin pertubuhan itu bersama beberapa rakan niaga, termasuk bekas Timbalan Pengerusi Ikhwanul Muslimin Mesir, Khairat El-Shater. Keputusan yang dibuat semalam turut membabitkan larangan perjalanan, pembekuan hart

Apa mesej yang ingin disampaikan Merdeka tahun ini?

Imej
Veteran Tentera Bristish bersama ahli keluarga hadir sertai perarakan Hari Kemerdekaan ke 60, esok VETERAN tentera British (penjajah tanah air kita) akan terlibat dalam perarakan di Dataran Merdeka. Mereka adalah veteran yang melawan komunis. Adakah dengan mereka melawan komunis, memadam dosa-dosa penjajahan mereka? Lupakah kita kepada pejuang-pejuang tanah air yang berkorban nyawa menentang penjajah British? Segala bantuan yang mereka berikan tak perlu diraikan semasa kita menyambut kemerdekaan. Dan lupakah kita mayat Tok Janggut yang diarak sebagai amaran kepada rakyat Tanah Melayu? Perjuangan Abdul Rahman Limbong yang mematahkan tipu daya penjajah dalam mahkamah mereka sendiri? Perjuangan Tokku Paloh bersama Sultan Terengganu yang melewatkan kemasukan British ke Terengganu? Perjuangan Datuk Bahaman, Tok Gojoh dan Mat Kilau di Perak dan Pahang? Rentap, Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak? Mat Salleh dan Antanum di Sabah? dan ramai lagi pejuang-pejuang lain di seluruh tana

Jangan biar IRF, G25 rosakkan Islam di Malaysia

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – Lambakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis liberal yang menganggu gugat pemikiran masyarakat Islam negara ini perlu dipantau secara serius. Ketua Biro Islamiyat  Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Omar Kassim berkata, pemahaman liberal merupakan pemikiran jahiliyah moden yang dianuti sebahagian cerdik pandai muslim, khususnya yang berlatarbelakangkan pendidikan Barat. “Pemikiran ini berasal dari ideologi sekular liberal yang lahir di Barat, kemudian dibawa masuk ke dalam masyarakat umat Islam. “Kita tidak mahu mereka dengan sewenangnya menghasut pemikiran umat Islam kita. Misalnya, baru-baru ini Islamic Renaissance Front (IRF) dan G25 membawa masuk tokoh liberal Islam Indonesia. “Bayangkan bagaimana organisasi seperti IRF ini dibiarkan secara terbuka menganjur wacana Kritik Teks Al-Quran ini, di atas nama ‘sekadar perbezaan pendapat dan meraikan kebebasan berekspresi’. Kita cukup kesal mudahnya mereka menyeb

Umat Islam Texas di barisan hadapan bantu mangsa banjir

Imej
Rangkaian 21 masjid di Houston buka pintu, laksanakan operasi menyelamat dan menyediakan makanan kepada mangsa banjir HOUSTON, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – Umat Islam di sini berada di barisan hadapan membantu mereka yang terjejas akibat ribut tropika Harvey, yang menyebabkan banjir di kebanyakan kawasan bandar kelima popular di Amerika Syarikat (AS). Puluhan masjid, sama ada membuka pintu untuk perlindungan, melaksanakan operasi menyelamat atau menyediakan makanan, selimut dan air, kepada mangsa yang memerlukan. “Di seluruh kawasan Greater Houston, orang ramai saling membantu, jiran membantu jiran dan kami berusaha sedaya upaya untuk memberi bantuan. “Kami diperlukan dan menjadi kewajipan kepada setiap muslim untuk membantu sesiapa sahaja, tidak kira mereka muslim atau tidak,” kata Presiden Persatuan Islam Greater Houston, MJ Khan. Ribut tropika Harvey melanda bandar di tenggara Texas sambil membawa hujan lebat, dengan sesetengah tempat menerima lebih 50 inci hujan dan meragut 11

Isma turut serta sambutan kemerdekaan Ipoh;solidariti semua bangsa

Imej
IPOH, 27 Ogos, Ahad – Kemeriahan sambutan kemerdekaan terserlah ketika para pengunjung berlumba-lumba menurunkan tanda tangan solidariti yang telah disediakan oleh gerai Ikatan Muslimim Malaysia (ISMA) cawangan Ipoh baru-baru ini. Sambutan ini telah diadakan di program bulanan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) – program Hari Tanpa Kereta (CFD). Aktiviti-aktiviti kemerdekaan yang dijalankan menarik minat peserta daripada pelbagai golongan masyarakat tidak kira bangsa dan usia. Pengunjung yang menanda tangani solidariti tersebut turut dihadiahkan Jalur Gemilang bagi bersama-sama mengibarkan bendera kebanggaan Malaysia pada sambutan tersebut. Turut dijalankan di gerai Isma adalah pemeriksaan kesihatan percuma yang dilakukan oleh sukarelawan pengamal perubatan I-Medik Ipoh, jualan kuih tradisi cina oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), petandingan Street Soccer Merdeka, dan Sembang Merdeka yang disampaikan oleh Encik Anuar bin Mohd Yusof, bekas Inspektor Kesihatan yang pernah merasai ke

Karnival Cuti Sekolah NAZIM : Mendidik Anak Soleh Pasca Merdeka

Imej
BATU PAHAT, 26 Ogos – ‘Karnival Cuti Sekolah: Merdeka! Merdeka! Merdeka!’ anjuran Kelab NAZIM Cawangan Batu Pahat dengan kerjasama Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Batu Pahat telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini. Program kali ini menampilkan kelainan berbanding program-program yang pernah dianjurkan oleh Kelab NAZIM cawangan Batu Pahat sebelum ini. Forum keibubapaan yang bertajuk ‘Mendidik Generasi Anak-Anak Soleh Pasca Merdeka’ telah dijalankan serentak dengan pertandingan mewarna dan pertandingan deklamasi sajak. Pertandingan tersebut masing-masing dibahagikan kepada dua kategori A (7 hingga 9 tahun) dan kategori B (10 hingga 12 tahun). Forum keibubapaan telah menampilkan dua orang panel, Dr Farrah Nadia binti Najib, Pegawai Perubatan Paediatrik Hospital Penawar dan Puan Siti Aisyah binti Misbah, Wartawan biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Alor Gajah. Antara tips mendidik anak yang dikongsikan oleh Dr Farrah Nadia ialah ibubapa kena kekal positi

Piala Presiden Isma 2017: Pulau Pinang beri amaran awal kepada Selangor

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, 7 Zulhijjah 1438H, Selasa – Selangor sekali lagi menjadi sasaran apabila skuad Isma Pulau Pinang menyasarkan untuk merampas kedudukan juara pada kejohanan Piala Presiden Isma 2017. Pengurus pasukannya, Mohd Redza Khazale berkata, skuad kendaliannya itu lebih matang untuk berdepan dan menumpaskan Az-Zahrah FC dan juara tahun lalu, Isma Selangor FC. Katanya, Pulau Pinang turut mempertaruhkan pemain yang berpengalaman dan bijak dalam mengawal rentak permainan pada kejohanan kali ini. “Tahun lepas kita gagal peringkat kumpulan lagi. Kalau tidak salah saya kita seri sekali dan tewas dua kali sehingga tidak melayakkan kita ke pusingan kalah mati. “Ia mungkin disebabkan gugup dan terlalu memandang tinggi pihak lawan. Selain rata-rata pemain yang masih muda iaitu berumur 16 hingga 18 tahun,” katanya kepada Ismaweb, hari ini. Berbeza bagi tahun ini, Mohd Redza berkata, skuad Pulau Pinang lebih terbuka dalam memvariasikan pemainnya dengan menonjolkan pemai

15 jemaah haji Malaysia meninggal di tanah suci

Imej
KUALA LUMPUR, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – 15 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci kerana masalah kesihatan ketika mengerjakan Rukun Islam kelima itu. Dilaporkan, 11 orang meninggal di Makkah dan empat lagi di Madinah. Pengurus Besar Kanan Sumber Manusia Lembaga Tabung Haji, Mohd Hisham Harun berkata, mereka yang meninggal dunia berusia 50 tahun ke atas akibat masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan paru-paru. “Jemaah haji kena kuat fizikal, kena bersenam dan berlatih berjalan. Sebab di Makkah memerlukan kekuatan tenaga untuk melaksanakan ibadat seperti mengerjakan tawaf dan sai,” katanya. Sementara itu, lebih 100 jemaah Malaysia sekarang ini berada di hospital dan klinik di tanah suci. “Ini termasuk lapan orang di hospital Arab Saudi. Yang lain di hospital dan klinik kelolaan Malaysia. Namun, oleh kerana hari ini jemaah sudah mula bergerak ke Arafah untuk berwukuf, biasanya kita akan bawa mereka berwukuf,” katanya lagi. The post 15 jemaah haji Malaysia menin

Mapim rayu infak wang ibadah korban kepada muslim Rohingya

Imej
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, 8 Zulhijjah 1438H, Rabu – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyeru rakyat Malaysia untuk menginfakkan wang kepada ribuan warga Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman tentera rejim Myanmar dan ekstremis Buddha. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, jika boleh sebahagian wang dalam ibadah korban diinfakkan kepada umat Islam Rohingya. “Saya minta umat Islam yang melakukan ibadah korban pada tahun ini memikirkan nasib saudara seagama Rohingya di Myanmar dan juga di serata dunia akibat penindasan dan kezaliman,” katanya kepada Ismaweb.net. Beliau berkata, jutaan kambing, lembu, kerbau dan unta yang disembelih untuk menyahut seruan Allah SWT bertujuan menyatakan ketakwaan kepada Allah dan memberi makan kepada kaum yang miskin seperti yang dinyatakan dalam surah Al Hajj ayat 33 yang bermaksud: “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali kali tidak dapat mencapai keredhaan Allah, tetapi ketaqwaan dari kamulah yang dapat mencapain

Pra dan paska kemerdekaan: Perjuangan Melayu tak pernah lentur

Imej
KEJATUHAN Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 merupakan saat berlakunya penentangan pertama orang Melayu terhadap penjajahan kuasa luar. Seterusnya penentangan diteruskan ketika penjajahan Belanda pada tahun 1641 dan Inggeris pada tahun 1786. Penentangan ini disemarakkan lagi dengan campur tangan British dalam urusan pentadbiran tempatan. Pejuang-pejuang seperti Tok Ku Paloh, serta anak-anak didiknya, Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau telah membuktikan kegigihan bangsa dalam mengusir penjajah yang menginjak-injak Melayu melalui helah membina peradaban palsu. Haji Abdul Rahman Limbong yang bijaksana telah mengalahkan penjajah dengan bahasa helah mereka sendiri dalam membela hak penduduk asal tanah ini. Tok Janggut telah mengorbankan dirinya dan mayatnya diarak ke seluruh kampung, membawa penghinaan pada anggapan British, walhal perarakan tersebut hanyalah satu kemuliaan yang menjadi sumbu perjuangan Melayu. Melihat kepada aspek ekonomi pula, kita juga mengetahui bahawa