Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019

Kempen ‘SayNo2Zina’ selari dengan kehendak Islam

Sheikh Daud Patani contoh ulama penyebar ilmu dan kefahaman Islam sebenar

Jejak Khadijah: Wanita ISMA KL didik ilmu perniagaan

Imej
13 Jan, Kuala Lumpur- Rata- rata peserta yang hadir merasakan program Jejak Khadijah yang dianjurkan oleh Biro Wanita Isma Cawangan Kuala Lumpur ini amat membantu mereka yang ingin berjinak dalam dunia perniagaan secara realistik. Program yang pertama kali dianjurkan ini juga telah mendapat lamaran dan jemputan daripada pihak luar. “Program yang sangat bagus untuk permulaan tahun 2019 saya kerana dapat membantu menguruskan kewangan dengan baik. Banyak idea baru yang diperolehi.”, ujar Puan Noradibah yang baru menjadikan hobinya membuat Brownies sebagai peniagaan sambilan. Tujuan Program Jejak Khadijah ini dianjurkan adalah bagi membantu wanita yang ingin menjana pendapatan tambahan melalui perniagaan. Oleh itu, Biro Wanita Isma Cawangan Kuala Lumpur menampilkan usahawan yang pernah menjana jualan tujuh angka dan pernah melalui fasa turun naik dalam dunia perniagaan iaitu Puan Nurulhuda Abd Karim (pengasas Hijriahome Sdn. Bhd.) untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Beliau berko

Biro Luar Negara ISMA tampil pakej kemenjadian jati diri mahasiswa

Imej
BANGI, 19 Januari – Biro Luar Negara (BLN) ISMA sentiasa komited dalam usaha membina jati diri mahasiswa Melayu Muslim yang akan atau sedang melanjutkan pengajian ke luar negara. Sepanjang minggu ini, BLN telah mengadakan beberapa program pra-perlepasan yaang berjaya mengumpulkan pelajar daripada beberapa kolej persediaan di sekitar Lembah Klang. Berikut merupakan aksi yang sempat dirakam jurugambar.   IMPERIUM – Program pra-perlepasan ke UK-Eropah TSUBASA ANNYEONG – Program pra-perlepasan ke Jepun & Korea Sumber

ISMA komited bina mahasiswa beragenda

Imej
Oleh: Fauzan Azimi BANGI, 21 Januari – Akademik bukan lagi satu-satunya ukuran untuk mahasiswa mendapat tempat dalam dunia pekerjaan. Tanpa nilai tambahan, CGPA yang tinggi tidak mampu membuatkan seseorang mahasiswa diambil kerja. Sepertimana yang dikatakan oleh Tuan Haji Aminuddin, Presiden ISMA pada hari terakhir program RIJAL, mahasiswa luar negara seharusnya mengambil peluang masa lapang yang ada untuk membina sebanyak mungkin hubungan dan kerjasama dengan masyarakat tempatan negara tersebut. Tambah Tuan Presiden, mahasiswa luar negara perlu perbanyakkan diskusi ideologi bersama aktivis tempatan supaya kita dapat memahami kerangka pemikiran mereka dan ketengahkan fikrah Islam yang sebenar. Hal ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada mahasiswa itu sendiri, malah dapat menjayakan agenda ISMA untuk meluaskan pengaruh ke seluruh pelosok dunia. Dengan kerjasama Biro Luar Negara (BLN) ISMA, ISMA Australia dan ISMA New Zealand, 48 aktivis luar negara telah menyertai program RI

Lima senjata musuh yang perlu dijauhi pelajar ke luar negara

Imej
Oleh: Wannor Hanisah binti M Tajudin BANGI, 20 Januari 2019 – Pemuda dan pemudi perlu bijak dalam membawa diri lebih-lebih lagi ketika melanjutkan pelajaran di luar negara. Lima senjata utama musuh yang dikenali sebagai 5S, hendaklah dijauhi iaitu social media , songs (hiburan melampau), sex (seks bebas), stimulant (arak dan dadah) serta sports (tidak menjaga batas pergaulan). Prof Dr Zainur Rashid bin Zainuddin selaku wakil jawatankuasa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah dijemput untuk menyampaikan amanat sekali gus merasmikan upacara penutup program hari ini. Dalam ucapannya, beliau menerangkan pelajar harapan negara haruslah menguasai empat aspek berikut iaitu cemerlang akademik, bersahsiah mulia, memiliki kemahiran insaniah serta hidup dengan beragenda. “Ciri-ciri pemuda hebat adalah yang hidupnya basathoh (sederhana), solat secara berjemaah, tidak tinggal bertilawah al-Quran, taat kepada Allah dan Rasul, juga berakhlak baik. Jangan lupa untuk menjaga iman walau di mana

Penubuhan ISMA Jerman bukti ISMA kian mengorak langkah

Imej
Derby, 24 Dis – Buat julung kalinya pada program Jalinan Ukhuwwah Musim Sejuk (JUMS) 2018, ISMA Jerman telah dilancarkan pada majlis penutup program tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ir. Tuan Haji Lukman Al-Hakim, selaku Ketua Biro Luar Negara ISMA, juga merangkap speaker undangan JUMS 2018, kerana sudi melancarkan ISMA Jerman. Majlis pelancaran dimulakan dengan penyerahan buku catatan Dakwah Merentas Benua kepada Pengerusi ISMA Jerman, Muhammad Hasif Kamil, sebagai simbolik penyerahan tugas dakwah kepada kesemua ahli ISMA di Jerman. Majlis pelancaran itu kemudiannya diikuti oleh ucapan ringkas daripada Pengerusi ISMA Jerman sendiri. Dalam ucapan, beliau telah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ISMA UK-Eire dan Biro Luar Negara ISMA di atas segala sokongan dan dorongan yang telah diberikan, sehingga tertubuhnya ISMA Jerman ini. “Semoga dengan pelancaran ini, kami, ahli-ahli ISMA Jerman, akan lebih bersemangat untuk memantapkan lagi usaha dakwah kami di Jerma

Bentuklah Jati Diri Sebagai Remaja Muslim Yang Hebat

Imej
Sejarah ketamadunan Islam dan sirah nabawiyyah mencatatkan banyak kisah kejayaan Rasulullah s.a.w dalam membentuk figura hebat seperti Zubair bin al-Awwam, Talhah bin Ubaidullah serta ramai lagi yang memiliki identiti remaja hebat. Remaja muslim adalah aset negara yang perlu dibangunkan dan diperkukuhkan identiti serta jati dirinya sesuai dengan prinsip Islam. Kejayaan sesebuah negara dan kebelangsungan ketamadunan manusia terletak kepada kualiti dan daya tahan generasi remaja dalam memimpin dan membangun ummah. Generasi remaja kini membesar dalam belenggu budaya hedonistik yang membimbangkan dan terpesona dengan pemikiran barat yang melalaikan sehingga mereka diserat jauh ke kancah kemaksiatan dan kepincangan akhlak. Gelagat dan perilaku remaja yang sekerat muslim, sekerat sekular amat membimbangkan. Hiburan dan materialistik menjadi pujaan mereka asbab ketempangan daya tahan diri dan kecairan identiti lantaran serangan liberalisasi dan sekularasi yang bertali arus. Tidak dinafika

Pemuda Ipoh tawan Gunung Semanggol

Imej
Oleh Muhammad Nasrulazam Bin Nazri IPOH, 7 Jan– “Misi Ghabat Gunung” merupakan sebuah program riadah bulanan anjuran Pemuda Isma Ipoh yang bertemakan pendakian gunung secara berkumpulan. Gunung terbaru yang telah ditawan tempoh hari adalah Gunung Semanggol, Perak. Objektif utama program ini adalah untuk melatih ketahanan mental dan fizikal setiap peserta, di samping mengeratkan ukhuwwah yang melibatkan pelbagai peringkat usia. “Walaupun penat, tetapi saya puas bila dapat melihat keindahan pemandangan daripada puncak gunung ini. Terasa kebesaran Allah yang menciptakan seluruh alam,” ujar Muhammad Hazim bin Mohd Najib, salah seorang peserta misi kali ini. Menurutnya lagi, program sebegini adalah sangat baik dan perlu diteruskan lagi pada masa akan datang. Sumber

Ilmu duniawi dan ukhrawi perlulah seimbang

Imej
Oleh: Nur Aminah Shahirah Mohd Karno BATU PAHAT, 29 September – Pendekatan program NAZIM (Kelab Anak-anak Hebat) Batu Pahat dengan menggabungkan pengetahuan ilmu duniawi dan ukhrawi seperti hafazan surah Al-Qariah dan eksperimen Sains telah menarik minat kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. Seramai 145 orang peserta telah menyertai program ini di Masjid Jamek Bukit Pasir baru-baru ini. Selari dengan surah Al-Qariah yang menggambarkan suasana hari kiamat, kanak-kanak dapat menggambarkan letusan gunung berapi berdasarkan eksperimen gunung berapi yang dijalankan semasa program. Puan Farah Wahidah ibu kepada Puteri Nur Dalila Sofea berkata program ini sangat bermanfaat kepada anak-anak disamping dapat membantu anaknya lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan  rakan sebaya. Selain itu, telah menjadi kebiasaan kanak-kanak inginkan keseronokan semasa pembelajaran menurut salah seorang peserta bernama Mohamad Zhafran Azman yang berkongsi perasaan seronok terutama ketika eksperimen

Sedekad JUMS: Menjalin Ukhuwah, Membangun Mahasiswa Beragenda

  Sedekad JUMS: Menjalin Ukhuwah, Membangun Mahasiswa Beragenda Derby, 24 Dis- Pehimpunan musim sejuk tahunan, Jalinan Ukhuwwah Musim Sejuk (JUMS) anjuran ISMA UK-Eire telah berlangsung pada 21-24 Disember 2018 yang membawakan tema “Engage, Inspire, Embolden” bertempat di Kem Lea Green, Matlock yang penuh dengan kehijauan dan suasana yang mendamaikan. JUMS tahun ini telah berjaya mengumpulkan hampir 100 mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di seluruh Eropah; United Kingdom, Ireland, German, dan Sepanyol untuk beraktiviti dan berukhuwah selama 4 hari 3 malam. Pihak JUMS pada kali ini amat berbesar hati dengan kehadiran penceramah jemputan khas, iaitu Ir Tuan Hj Muhammad Lukman Al-Hakim, Ketua Biro Luar Negara (BLN) Ikatan Muslimin Malaysia yang juga merupakan pemilik dan konsultan di Ultra Mind Academy. Tuan Hj Lukman telah mengendalikan beberapa slot yang menarik seperti ‘Kenali Personaliti Anda’ dan ‘First Class Ummah’ yang telah mendapat maklumbalas yang cukup positif daripada para p

KLS Kuala Lumpur 2019 meneroka pembelajaran sepanjang hayat

Imej
Oleh : Yusniati Mesra Kuala Lumpur, 13 Jan – Setiap daripada kita mempunyai cita-cita. Setelah menghabiskan 12 tahun alam persekolah pasti kita mencari rentak untuk meneruskan kehidupan. Cita-cita kebiasaannya disemai dan dibentuk mengikut persekitaran. Ada yang memilih untuk meneruskan pangajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ada juga yang memilih untuk terus memceburi alam pekerjaan. Apapun pilihan kita, pastikan pilihan kita adalah yang terbaik. Dapatkan maklumat yang tepat, faham bidang kerja, lakukan persedian menghadapi temuduga serta kenal pasti landasan yang kita hendak gunakan untuk menggapai cita-cita. Ini antara inti pati yang diterapkan Karnival Lepasan Sekolah (KLS) Kuala Lumpur di Perpustakaan Negara Malaysia Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam. Menariknya, buat pertama kalinya karnival itu yang dianjurkan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Kelab Remaja ISMA (KRIM), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Pemuda ISMA dan Biro Luar Negara (BLN) dengan kerjas

Hampir 500 Pelajar Terima Suntikan Semangat Dalam KLS Johor 2019

Imej
Oleh : Muhammad Taqiuddeen Bariman JOHOR BAHRU 13 Jan – Karnival Lepasan Sekolah (KLS) 2019 yang merupakan acara tahunan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama Kelab Remaja Isma (KRIM) Johor Bahru mendapat sambutan hangat apabila menerima penyertaan hampir 500 pelajar dari sekolah-sekolah di sekitar daerah Johor Bahru. Menurut pengarah program, En Muzhaffar Mohd Zaki program kali ini juga merupakan kerjasama dengan Pejabat Kadi daerah Johor Bahru dan mendapat tajaan daripada Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn (IKLAS). Turut berkongsi ilmu di slot pada KLS kali ini ialah En Muhammad Rizan Hassan, Pengarah TVET Youth Centre yang menyarankan para pelajar untuk memiliki kemahiran sokongan sebagai nilai tambah agar mereka mampu bersaing di alam pekerjaan yang semakin mencabar. Beliau juga menyuntik semangat para pelajar yang pernah gagal sebelum ini untuk tetap yakin dengan keupayaan diri sendiri dan menggunakan peluang kedua dengan b

KLS Kedah dedah erti kecemerlangan sebenar

Imej
ALOR SETAR, 19 Januari – Karnival Lepasan Sekolah (KLS) anjuran Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) merupakan program yang berjaya mengetengahkan erti sebenar kecemerlangan dalam hidup. Menurut Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Huzaifah Bin Md Nor, kecemerlangan yang ingin ditunjukkan bukanlah seperti mendapat nilai CGPA 4 flat, mumtaz, semua A+, senarai dekan dan berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara. “Apa yang sebenarnya karnival ini dianjurkan setiap tahun ialah supaya setiap peserta tahun apa sebenarnya cabang ilmu kerjaya yang mereka mahu ceburi, dan bagaimana ilmu itu memberi manfaat kepada diri, agama, bangsa dan negara. Beliau yang juga Anggota Jawatankuasa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Alor Setar berkata, seseorang usahawan kosmetik dilihat hebat berjaya sentiasa menerima pulangan lumayan hasil jualan produknya, tetapi jika ianya disebabkan oleh perbuatan menukar jantina diri dan membentuk wajah dan tubuh seolah-olah wanita s

Bukit Mok Cun beri kepuasan kepada pendaki

Imej
Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi Perancangan saat-saat akhir aktivis pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Alor Setar bagi mengisi cuti am Hari Thaipusam membawa kepada program pendakian Bukit Mok Cun. Bukit Mok Cun, satu nama yang lebih tular sejak setahun kebelakangan ini berbanding nama asalnya iaitu Bukit Kodiang, terletak di Kampung Kandis, Kodiang, dalam daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Acara pendakian oleh 5 orang pemuda Isma Alor Setar bermula kira-kira jam 9 pagi. Di kaki bukit tempat laluan pendakian bermula telah dipenuhi kereta dan motosikal para pendaki yang mungkin telah tiba sejak Subuh lagi. Selepas berdoa dan regangan ringkas, perjalanan dimulakan melalui trek yang cantik tetapi sedikit curam. Selepas 10 minit menelusuri laluan curam, trek berubah menjadi sedikit sukar tatkala laluan mendaki yang berbongkah batu bersaiz sederhana hingga besar semakin kelihatan. Trek serta-merta menjadi sukar dan ekstrem apabila dinding bukit batu yang menegak 90 darjah

Isma Kuantan merafak tahniah atas pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang yang baharu

Imej
Oleh Shuhaimi Shaedon KUANTAN, 13 Jan. – “Kami di Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kuantan ingin merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih di atas pemasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Sultan Haji Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang ke-6 menggantikan paduka ayahanda baginda yang kini sedang gering. “Kami turut berasa terharu dan berbangga kerana Tuanku Sultan Abdullah merupakan seorang Sultan yang berjiwa rakyat, memahami denyut nadi segenap lapisan masyarakat, dan sentiasa dekat dengan hati semua rakyat Pahang. “Semoga Tuanku Sultan dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan serta sentiasa dilindungi Allah SWT untuk terus memimpin Negeri Pahang dengan bijaksana dan seterusnya menjadikan negeri ini sebuah negeri yang diberkati Allah,” ucapnya. Demikian menurut Yang Dipertua Isma Kuantan, Dr Mohamad Nor Sundari berikutan permasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang berkuat kuasa semalam

Membunuh bawah pengaruh dadah: Semua pihak bertanggungjawab

Lengkapkan Diri, Jangan Berhenti Belajar Walaupun Sudah Tamat Sekolah

Imej
Oleh: Mohd Naim Yusof KUALA NERUS, 5 Jan – Ustaz Dr Kamarudin Awang Mat, Naib Yang Di-Pertua (NYDP) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kuala Terengganu hari ini telah memperingatkan para peserta Karnival Lepasan Sekolah 2019 (KLS 2019) agar meneruskan usaha dan perjuangan untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan ciri-ciri tertentu yang menjamin kejayaan seseorang di dunia dan akhirat. Beliau juga menegaskan bahawa perjuangan menuntut ilmu ini bukan sahaja untuk mendapatkan kejayaan di dunia dengan menperoleh kecemerlangan dalam akademik akan tetapi untuk mendapat juga kejayaan di akhirat. “Proses menuntut ilmu itu bukan sahaja supaya kita cemerlang dalam akademik, tetapi ilmu itu juga harus mampu untuk mengubah diri kita menjadi seorang muslim yang lebih baik, dan seterusnya mengubah keadaan masyarakat dan seterusnya negara kita dan seterusnya.” “Sepertimana yang pernah digariskan oleh Iman As-Syahid Hasan Al-Banna bahawa, perubahan itu haruslah bermula dengan diri kita, sete

Mahasiswa, ambil tahu hak anda!

Imej
  CHERAS, 7 Jan – “Sekiranya kita terlibat dengan mana-mana kemalangan jalan raya atau mengalami apa-apa kecederaan yang bukan disebabkan dari ‘pre-existing conditions’, kita sebagai pelajar di New Zealand berhak menuntut insurans dari Accident Compensation Corporation (ACC) untuk membantu pembiayaan rawatan disana.” Berikut merupakan antara pengisian yang disampaikan oleh Dr Mastura Ahmad Kamil, graduan perubatan Universiti of Otago yang telah menetap di sana selama enam tahun. Ujarnya lagi, kita sebagai pelajar luar negara perlu mengambil tahu tentang insurans perlindungan yang diambil agar tidak terbeban dengan pembiayaan rawatan yang agak tinggi di New Zealand mahupun Australia. Perkongsian yang diselitkan antara slot-slot menarik lain dalam program persediaan pelajar luar negara Australia dan New Zealand, Kiwiroo 2019 mengumpulkan para mahasiswa muslim dari pelbagai kolej yang akan melanjutkan pengajian seawal Februari tahun ini. Program sebegini selain dapat menghubungkan para

Ketuanan Melayu bukan rasis

Imej
  Oleh Siti Noor Atifah Mohd Asri IPOH, 7 Januari – “Konsep Ketuanan Melayu sering dikaitkan dengan rasis, seakan-akan ianya tindakkan membenci bangsa lain. Namun makna sebenar disebalik ‘Ketuanan Melayu’ itu sebenarnya adalah untuk menonjolkan bahawa bangsa Melayu itu sebagai tuan rumah dan sebagai penduduk asal tanah ini semenjak sebelum kedatangan kaum yang lainnya lagi. Sejarah sendiri telah membuktikan negara ini adalah tanah tumpahnya darah bangsa melayu,” kata Ustaz Zamri Hashim, Yang Di-Pertua (YDP) Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Ipoh merangkap Timbalan Mufti Perak semasa ceramah Kempen Selamatkan Ummah (KSU) di Masjid Solatiah baru-baru ini. Ustaz Zamri turut menerangkan makna sebenar assobiah dalam Islam yang  terbahagi kepada dua, iaitu assobiah positif dan assobiah negatif. Assobiah positif itu adalah nilai perpaduan, dan semangat kekitaan manakala assobiah negatif pula adalah mereka yang sanggup mengabaikan nilai perpaduan dan keadilan semata-mata ingin meli

Isma Jepun: Elegant Ladies Snow Adventure (ELSA)

Nazim Ipoh Anjur Program Huffaz Cilik Bersama Masjid Solatiah

Imej
Oleh Nor Liyana Mohamad Rosly IPOH, 2 Disember – Sebuah program cuti sekolah anjuran Kelab Anak-anak Hebat Ikatan Muslimin Malaysia (Nazim) bersama Masjid Solatiah telah diadakan pada 24 hingga 27 November yang lalu bertempat di masjid tersebut. Program yang diberi nama Huffaz Cilik itu telah disertai oleh anak-anak daripada umur lima ke 12 tahun. Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program tersebut adalah seperti eksplorasi Al-Quran, kuiz, memanah, slot doktor cilik, dan pertandingan I-Star hafazan. “Saya sangat berterima kasih kepada pihak Nazim dan masjid kerana telah menganjurkan program Huffaz Cilik ini. Saya dapati hafalan anak saya bertambah baik, dan dia pun seronok beraktiviti bersama kawan-kawan sepanjang program ini berlangsung” ujar Nur Sakinah Ismail, ibu kepada ‘Aaliyah, 5 tahun, salah seorang peserta program ini. Turut hadir sewaktu majlis penutup program tersebut adalah pengerusi Masjid Solatiah, Dato’ Yaacob Nordin. Beliau dalam ucapannya berkata “P

BAGAIMANA MENDIDIK GENERASI GAJET?

Imej
Oleh Habsah Abdul Shaer Port Dickson, 1 Dis – Zaman serba digital ini tidak pelik kalau kita melihat dalam satu keluarga yang terdiri daripada atuk, nenek, ibu, ayah dan anak sekecil dua tahun memiliki gajet. Yang di Pertua Isma Port Dickson, Jaafar Suradi berkata, pada zaman digital yang serba canggih, kita tidak boleh menyekat anak-anak daripada terjebak dalam dunia digital ini. “tidak salah kita membenarkan anak-anak kita memiliki gajet, tetapi yang penting bagaimana kita mengawal fikiran dan perasaan mereka daripada terpedaya dengannya dan perlu kawalan ketat.” “Hadkan penggunaan gajet dua jam sehari kepada anak-anak bawah 12 tahun.”pesan beliau ketika berkongsi pengalaman mendidik anak-anak generasi gajet dalam slot keibubapaan semasa program Huffaz Cilik 2018 anjuran Nazim Port Dickson. “buat peraturan kalau berada di meja makan, tidak boleh bawa gajet, serah semua gajet kepada ibu ayah sebelum tidur dan pastikan kita menjadi kawan kepada anak-anak di semua laman sosial mere

Sukatan pelajaran agama di sekolah masih banyak kelompongan

Imej
BATU PAHAT, 29 Disember – “Saya yakin dan percaya sukatan pembelajaran agama di sekolah pada hari ini masih terdapat kelompongan dan perlu diperkasa. Kehadiran Kelab anak-anak Hebat (NAZIM) cawangan Batu Pahat banyak membantu dalam pemantapan jati diri anak-anak selain apa yang diajar di sekolah dan di rumah bagi menghadapi realiti negara pada hari ini, yang terpaksa berhadapan dengan arus liberalisasi,” kata Dr. Muhammad Rusydi Muhammad Razif, Setiausaha ISMA Batu Pahat. Menurutnya lagi, agensi NAZIM banyak mengadakan aktiviti bermanfaat dalam membangunkan kanak-kanak yang berusia 7-12 tahun terutama dalam penyerapan akidah. “Mengikut rekod semasa, Nazim pada tahun ini cemerlang dari sudut penyertaan kanak-kanak di sekitar Batu Pahat untuk menyertai program-program bulanan secara berkala dengan keahlian baru pada tahun ini sehinga mencecah 130 orang. “Ini secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah dan peribadi kanak-kanak yang sangat penting pada hari ini,” tambahnya ketika meng