Isma Ipoh Bersama Masyarakat Meriahkan Hari Tanpa Kereta
Sukarelawan I-Medik Perak sedang memberi khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung di reruai Isma Ipoh Oleh Nor Liyana binti Mohamad Rosly IPOH, 29 April – Sempena Hari Tanpa Kereta (CFD) anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Ipoh turut tidak ketinggalan memeriahkan karnival dengan membuka reruai kepada orang awam yang hadir. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan oleh aktivis Isma Ipoh bersama-sama dengan warga Ipoh yang mengunjungi gerai tersebut antaranya khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung yang dilakukan oleh para sukarelawan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik). Turut diadakan aktiviti kanak-kanak, seperti demonstrasi eksperimen sains, membuat tabung Ramadhan daripada bahan terpakai, dan juga mewarna yang dikendalikan oleh kelab Nazim, Penyertaan ISMA Ipoh dalam program CFD ini secara langsung dapat mendekatkan lagi para aktivis Isma dengan masyarakat...