Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE-61 OLEH PRESIDEN ISMA

Imej
  Gambar ehsan ismaweb.net Saya ucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke-61. Kita bersyukur kerana tanah air kita telah mencapai kemerdekaan dari penjajahan yang panjang. Kita telah mengecapi nikmat pembangunan sebagai sebuah negara yang merdeka mengikut acuan kita. Kini setelah 61 tahun yang telah berlalu, kali ini kita terpaksa menyambutnya dengan suasana yang suram. Hati menjadi resah, gundah-gulana mengenangkan hari-hari yang mendatang, bagaimana nasib anak cucu kita satu hari nanti? Diri tiba-tiba tersentak, seakan-akan baru sedar dari mimpi, lagu kemerdekaan yang dinyanyikan selama ini rupanya ulikan tidur semata-mata. Terjaga dalam hiruk-pikuk dan jeritan, “Tolong, selamatkan agamaku, tanah airku dan anak cucuku!”.  Tiada siapa lagi yang boleh menghiraukan atau melakukan apa-apa. Kepada anak bangsa yang tercinta, bangkitlah segera! Pertahankan kemerdekaan tanah air kita, bumi pertiwi warisan nenek moyang. Di sini tanah tumpah darah kita, genggam dengan

BLN Games 2018: Mahasiswa Luar Negara Pamer Aksi Lincah

Imej
Shah Alam, 5 Ogos –  Biro Luar Negara ISMA telah mengadakan acara tahunan BLN Games yang menyaksikan pertandingan pelbagai jenis sukan. Acara tersebut telah berjaya menghimpunkan alumni dan pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Berikut merupakan aksi-aksi lincah peserta yang sempat dirakam oleh jurugambar. Sumber

PAK CIK DOLLAH SANI: KELUARGA CONTOH

Imej
Dalam mengorak arus masa kini, tidak dinafikan pembinaan keluarga yang sempurna dari segenap aspek termasuk dunia dan akhirat sangatlah perlu dititikberatkan. Hal ini kerana keluarga yang cemerlang akan melahirkan generasi yang seimbang dari aspek rohani, jasmani dan pencapaian. Oleh yang demikian, pada program Jalinan Ukhuwwah anjuran Biro Luar Negara Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Pak Cik Dollah Sani selaku mantan YDP ISMA Shah Alam telah dipilih sebagai salah sebuah keluarga angkat para mahasiswa luar negara yang menyertai program ini. Seramai 7 orang peserta telah terpilih untuk terpilih untuk tinggal bersama keluarga pak cik Dollah Sani pada program ini. Pak cik Dollah Sani sekarang bekerja sebagai seorang usahawan dalam bidang pembinaan. Kebanyakan anak beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam dalam pelbagai bidang. Namun apa yang lebih menarik, beliau tidak pernah memaksa anak-anak beliau untuk mengambil bidang yang tidak diminati merek

Pejabat dan Web Baru Isma Kuala Lumpur

Imej
12 Ogos, Kuala Lumpur – Ustaz Abdullah Zaik, Presiden Isma telah merasmikan Pejabat Urusan Isma Kuala Lumpur yang terletak di Pantai Business Park pada Ahad petang yang lalu. “Ini merupakan petunjuk yang membanggakan dan perkembangan yang pesat yang telah dilalui oleh Isma Kuala Lumpur,” katanya dalam ucapan perasmian tersebut. Tambah beliau, “Kita perlu membina dakwah yang bertapak kukuh di dalam realiti masyarakat bukan dakwah yang hidroponik – dakwah yang tidak berakar umbi dan mudah dicabut.” Turut hadir pada Majlis Perasmian tersebut adalah Ketua Wanita Isma, Dr Norsaleha serta YDP dan wakil-wakil Isma dari cawangan Shah Alam, Gombak dan Subang. Dr. Osman Rasip, YDP Isma Kuala Lumpur juga turut menceritakan serba sedikit tentang sejarah perkembangan Isma Kuala Lumpur yang telah bermula sejak dari tahun 2010 tanpa pejabat dan sehingga kini telah mempunyai 2 buah pejabat hasil dari sumbangan ahli-ahli Isma sendiri. Dalam majlis yang sama, Ketua Biro Komunikasi & Multimedia

NAZIM Shah Alam Johan Acara Hafazan dan Bercerita

Imej
Oleh : Nor Fadhilah bt. Bachok KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Keazaman dan usaha yang berterusan anak-anak Kelab Anak Hebat Malaysia (NAZIM) Shah Alam mengadakan latihan intensif hampir setiap minggu membuahkan hasil. Mereka berjaya merangkul naib johan sempena Festival NAZIM Zon Tengah 2018. Peserta dari NAZIM Shah Alam dinobatkan sebagai Johan bagi acara Hafazan kategori Lelaki (adik Luqman) dan Bercerita kategori Perempuan (adik Mawaddah). Manakala bagi acara Hafazan kategori Perempuan, wakil NAZIM Shah Alam menyandang Naib Johan (adik Amna Syuhada). Bagi kumpulan nasyid dan pidato, para peserta berjaya memenangi tempat ketiga. Para peserta yang bertanding bagi Festival NAZIM Zon Tengah terdiri daripada adik-adik NAZIM Gombak, Kuala Lumpur, Klang, Subang Jaya dan Shah Alam. Dengan penyertaan anak-anak bagi setiap acara yang dipertandingkan, bakat terpendam mereka dapat digilap  sekali gus meningkatkan keyakinan diri mereka untuk

Aktiviti Kemasyarakatan: Di manakah KITA saat ini ?

Imej
    Sepanjang bercuti di tanah air tercinta, adakah kita hanya sekadar mengisi masa di rumah menikmati pelbagai juadah, tidur lena bertilam empuk, menonton wayang, bermain permainan video, bersuka ria melihat konsert sana sini? Ataupun adakah kita sedang berada bersama-sama golongan menyumbang bakti, berusaha menyelamatkan ummah serta membantu masyarakat yang memerlukan? Kehidupan diri kita yang diserikan dengan beribu nikmat, buat kita lupa untuk berpaling seketika dari tempat duduk penuh selesa, memandang dunia luar sana yang penuh mencabar. Realitinya di program jalinan pada kali ini, perkongsian daripada Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) telah membuka mata kami bahawa betapa ramai rupanya pihak di luar sana sedang bertungkus lumus membantu masyarakat daripada pelbagai lapisan umur bagi memastikan kebajikan,pendidikan dan kehidupan terpelihara berlandaskan prinsip patuh syariah. Bukan itu sahaja, banyak sebenarnya khidmat masyarakat yang boleh kita sertai daripada

LGBT: Hak Asasi atau Hak yang Dicabuli?

Imej
Sebelum ‘Malaysia Baru’, suara puak-puak LGBT ini ibarat suara sumbang, yang jika dilaungkan pasti ditentang. Tapi pasca PRU ini, suara mereka seolah-olah mendapat sokongan. Atas dasar hak asasi, sekarang ni Marina Mahathir menuntut untuk diberi hak sama rata kepada golongan LGBT. Hakikatnya, kisah LGBT ni bukanlah perkara baharu. Dah terang-terang diceritakan dalam Al-Quran, Surah As-Syu’ara, ayat 165-174. Kaum Nabi Luth, yang melakukan perbuatan songsang, ditegaskan sebagai kaum yang melampaui batas, perosak dan zalim. Mereka menuduh pula Nabi Luth orang yang pura-pura suci dan mengusir Nabi Luth serta pengikutnya. Allah menghancurkan mereka dengan hujan batu, sebagai azab yang sangat berat setelah diberi amaran. Dan Allah telah berfirman, “Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.” (26:174) Malah, orang yang menentang LGBT dituduh salah, tiada toleransi dan a

LGBT: Pintu Taubat Sentiasa Terbuka – YDP Isma Hulu Langat

Imej
Orang bertanya apakah jalan penyelesaian terhadap isu LGBT? Sekurang-kurangnya pihak Menteri sudah mengadakan pertemuan dengan Nisha Ayob, seorang aktivis Transgender. Pertamanya, masyarakat harus faham bahawa aktiviti Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) ini ditegah agama dan bertentangan dengan norma dan budaya ketimuran. Namun begitu, aktiviti kumpulan ini telah merebak dengan dahsyat ke negara-negara timur termasuk Malaysia. Mereka berusaha keras melobi agar kewujudan mereka diiktiraf seperti orang lain atas nama hak asasi manusia. Kedua, seruan hak LGBT sebelum ini telah didokong oleh Coalition Malaysian NGO (COMANGO) yang antara penggeraknya ialah Ambiga, Marina Mahathir dan Maria Chin. Walaupun pahit, kita perlu menerima hakikat bahawa sekarang ini mereka adalah sebahagian daripada kerajaan yang mempunyai kuasa untuk menggubal polisi dan undang-undang. Ketiga, kuasa luar Barat seperti Amerika juga memberikan pengiktirafan tinggi kepada pejuang sosial Transgender sepert

Jiwa merdeka

Imej
  Ramai orang faham merdeka itu bebas, tidak terikat, keseronokan secara melampau yang akhirnya mereka sebenarnya terikat dengan igauan syaitan dan terputus hubungan dengan Allah. Sedangkan keseronokan sebenar akan dirasai oleh seorang manusia apabila dia bebas melaksanakan kebaikan, hati gembira melihat saudaranya kembali kepada Allah, seronok menyebarkan salam dan senyuman. Hidupnya indah apabila orang Islam menyusun langkahnya kepada amal yang soleh. Gambaran dunia menjadi sempit, kerana mengenangkan Alam Akhirat yang luas dan kekal. Jiwanya tenteram bila mengenangkan Nikmat syurga yg sangat menyeronokkan. Lalu jiwanya dipujuk untuk sabar dalam sujud yang merdeka. Akalnya luas tidak takut dengan musuh, tidak gentar dengan ketakutan dan kemiskinan, berani menongkah arus jahiliyyah walau dipandang pelik, teguh iman memimpin dan membimbing jiwa2 yang turut ingin merdeka, bangga menjadi insan bertaqwa walau tidak disanjung oleh teman dan taulan tetapi dirinya yakin, dipandang muli

Membanteras normalisasi amalan LGBT

Imej
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Dungun menyambut baik ketegasan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu yang telah menjatuhkan hukuman denda RM3,300 dan 6 sebatan setelah didapati melakukan hubungan sejenis ketika ditahan dalam sebuah kereta, di Dungun, pada April lalu seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Ogos 2018. Apa yang mengejutkan lagi, mereka telah ditangkap oleh pasukan Penguatkuasa Syariah Daerah Dungun  dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square yang sebuah lokasi rekreasi awam Dungun, pada jam 1.50 tengahari 8 April yang lalu. ISMA Dungun berpendirian tindakan tegas perlu diambil untuk kemungkaran seperti ini supaya ia memberi pengajaran dan mesej yang jelas kepada masyarakat apatah lagi apabikb telah ada mereka yang berani malakukannya di tempat awam yang terbuka. Ini juga sepatutnya menyedarkan kita tentang perlunya usaha untuk memperkasakan peruntukan kuasa mahkamah syariah supaya hukuman dan tindakan yang berkesan dapat diambil bagi memb

Didik Anak untuk ke Syurga, Bukan Hanya untuk Dunia

Imej
oleh Effa Radika bt Bidin KOTA SAMARAHAN, 12 Ogos: “Tugas ibu bapa bukan sekadar pendidikan dunia anak-anak, tetapi juga perlu difokuskan kepada pendidikan akhirat yang akan membawa mereka ke Syurga,” ujar Dr Mohd Khairol bin Jambli, Yang Di-Pertua (YDP) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Kuching dalam ceramahnya  yang bertajuk “Keluarga Bahagia Membawa ke Syurga” semasa Festival NAZIM Zon Kuching dan Samarahan semalam. Tambahnya lagi, penyalahgunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak merupakan masalah yang harus dipandang serius. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam memantau penggunaan gajet dan media sosial anak-anak selain perlu melahirkan aqidah yang sejahtera dalam diri mereka agar dapat membina jati diri muslim yang sejati. Festival NAZIM Zon Kuching dan Samarahan telah didakan di Dewan Sri Nor, Kampung Meranek melibatkan acara pertandingan Nasyid, Bercerita, Azan dan Hafazan. Turut serta dalam festival tersebut 50 orang peserta yang berumur

Festival Nazim Kuching-Samarahan Cungkil Bakat Anak-anak

Imej
oleh: Effa Radika bt Bidin KOTA SAMARAHAN, 12 Ogos: Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) bersama Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Kuching dan Samarahan buat julung kalinya telah mengadakan Festival Nazim Zon Kuching dan Samarahan baru-baru ini dengan kerjasama Jawatankuasa Kampung Meranek dan Pengurusan Masjid Darul Ibadah. “Menerusi aktiviti ini, kanak-kanak akan dapat menunjukkan kemahiran dan kemampuan dalam bidang kesenian mereka dengan sepenuhnya selain memupuk pelbagai sifat seperti berani, semangat kerja berpasukan dan berketrampilan dalam diri kanak-kanak,” ujar Pengarah Program, Puan Raja Nurul Huda. Menurutnya lagi, festival tersebut merupakan acara tahunan bertujuan untuk mencungkil bakat anak-anak dalam pelbagai aktiviti kesenian. Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Di-Pertua (YDP) ISMA Cawangan Samarahan, Ustaz Abdul Rahman bin Ismail. Beliau berkata, bakat anak-anak perlu dicungkil dari kecil untuk kecemerlangan pada masa

Retorik LGBT menyimpang dalam semua sudut

Imej
Dalam satu kenyataan, aktivis hak asasi, Datin Marina Mahathir telah meminta golongan LGBT diberikan hak sama rata. Ia termasuklah hak mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan dan perlindungan keselamatan tanpa sebarang diskriminasi. Jika dilihat tentang isu hak kesamarataan ini, Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia ada dinyatakan berkenaan hak kesamarataan ini. Hak ini amat penting bagi mengelakkan berlakunya diskriminasi dan ketidakadilan kepada rakyat Malaysia seterusnya dapat menegakkan hak asasi manusia. Kesamarataan ini dapat dilihat dari banyak aspek termasuklah dari segi agama, bangsa, keturunan, tempat lahir dan jantina. Hak kesamarataan ini diiktiraf sebagai salah satu kebebasan asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sumber: https://ift.tt/2MttcfP Senenarnya setiap individu telah dijamin haknya. Hatta bagi golongan transwomen/men, lesbian dan gay. Hak mereka untuk belajar, dirawat di hospital, bekerja tidak pernah dinafikan di

Dah namanya lelaki, buat apa masuk tandas wanita?

Imej
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk mengajar golongan bekas Mak Nyah di satu kawasan di bandar Kuantan. Pengajian berjalan seperti biasa, ada di kalangan mereka membaca Iqra’ dan ada di kalangan mereka yang sudah pandai membaca Al-Quran. Kelas ini bukan setakat menumpukan kepada golongan bekas Mak Nyah sahaja, bahkan bagi kaum ibu juga untuk belajar menguasai bacaan ayat suci Al-Quran. Secara kebetulan, ada di kalangan bekas Mak Nyah yang pandai membaca ayat suci Al-Quran dan ketika itu beliau membaca awal surah Al-Imran, Ayat 1 hingga 9 (jika saya tidak silap). Bacaannya sangat baik dan lancar. Selesai mendengar bacaannya, saya tertarik untuk memetik akan satu firman Allah dalam surah Al-Imran Ayat 8 : رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ ‎(Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunj

Kutipan Amal Korban Melalui Perlawanan Persahabatan Bola Sepak

Imej
BANGI, 5 Ogos 2018 – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Pemuda Isma) cawangan Daerah Hulu Langat (DHL) bersama-sama dengan Kumpulan KIAM (Al-Islah, Perintis & SEE) juga Akademi Tahfiz Al-Islah telah menganjurkan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak 4 Penjuru yang bertempat di Institut Latihan Kehakiman & Perundangan (ILKAP). Perlawanan persahabatan tersebut bertujuan mengumpul kutipan amal korban untuk masyarakat di Kemboja, Selatan Thai dan pedalaman Sabah sempena Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba tidak lama lagi. Menurut Ketua Pemuda Isma DHL, Ustaz Ibrahim bin M Hasan, pihak penganjur cuba untuk menggunakan pendekatan yang lebih dekat dengan jiwa anak muda dalam mengadakan kutipan amal dengan mengadakan perlawanan persahabatan seperti ini. Dalam perlawanan tersebut juga menyaksikan Maahad United berjaya muncul juara manakala Pemuda Isma DHL telah meraih gelaran Naib Juara. Dua lagi kumpulan, SEMESDIANS dan Gugusan Sastera UKM sekadar meraih tempat ke-tiga dan ke-empat.

Manipulative Muslim VS Abusive Non Muslim

Imej
On the left is Siti Kassim, a self-claimed Muslim lady (though it was painful to watch her sit and talk), and on the right is YB Anthony Loke, a non-Muslim gentleman (also excruciating to listen to his arrogant reply about a Muslim stewardess’ uniform). Apart from the glaring differences of gender, race and religion between them, do you see any similarities between the two? Well,I do. They both showed their INTOLERANCE to RELIGION. One is MANIPULATIVE and the other is ABUSIVE. Should this be a surprise to the Muslims or Islamists? Nah! Allah has already warned us about this in His ayah: “And when it is said to them, “What has your Lord sent down?” They say, “Legends of the former peoples,”(Al-Nahl:24) “And the Jews will not be pleased with you, nor the Christians until you follow (depend on) their religion (Al-Baqarah: 120) Would you agree with me if I say any debate or conversation or engagement is impossible when we are using different standard of judgement and framework of

Permintaan Pramugari Menutup Aurat Tidak Wajar Dipersenda

Imej
Permintaan untuk pramugari dibenarkan bertudung oleh pelbagai pihak termasuk para pramugari sendiri di negara kita adalah satu permintaan yang logik dan amat wajar. Tidak ada apa yang pelik dengan permintaan ini memandangkan permintaan ini dibuat di negara kita yang majoriti penduduknya adalah umat Islam dan di dalam perlembagaan Malaysia, telah dinyatakan di dalam perkara 3(1) bahawa agama Islam adalah Agama Persekutuan yang membawa maksud ia adalah agama negara. Sebaliknya, apa yang tidak wajar diterima adalah reaksi menteri pengangkutan Malaysia dalam sidang dewan rakyat baru-baru ini. Respon ini diberi setelah isu dibangkitkan oleh ahli parlimen PAS Rantau Panjang yang juga merupakan seorang wanita dan juga ahli parlimen PAS Tumpat. Menteri memberi respon bahawa soal imej dan pakaian itu tertakluk kepada dasar syarikat penerbangan berkenaan. Menurutnya, syarikat penerbangan juga perlu mematuhi standard keselamatan termasuk dalam situasi kecemasan. Apakah standard keselamatan meny

Laporan polis, Kenyataan Kulasegaran boleh cetus ketegangan kaum

Imej
IPOH, 1 Ogos 2018 – Satu laporan polis telah dibuat ke atas kenyataan Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran yang mendakwa bahawa bangsa Melayu adalah pendatang. Laporan polis tersebut telah dibuat oleh Syed Salahuddin bin Syed Ayob, yang juga merupakan seorang aktivis NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ipoh, semalam, di Balai Polis Kg. Rapat. Menurut Syed, kenyataan Menteri Tenaga Manusia itu adalah tidak tepat, dan merupakan satu hasutan yang boleh membawa kepada perpecahan kaum. Adalah tidak patut bagi seorang menteri kabinet yang baru dilantik mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan seperti itu, ujarnya. “Bangsa Melayu bukan pendatang. Kami adalah bangsa yang merupakan penduduk asal tanah ini. Ini adalah fakta sejarah” jelas Syed. “Walaupun beliau telah meminta maaf, tetapi ianya tidak memadai. Beliau sewajarnya meletakkan jawatan daripada kabinet sebagai tanda penyesalan dan beliau perlu bertanggung jawab atas kenyataan beliau itu” tegasnya lagi. Sebagai mengulas, Setiausaha

Penarafan 5 Bintang – PEMBINA Samarahan Kekalkan Prestasi Cemerlang

Imej
Kota Samarahan, Julai 2018 – PEMBINA Samarahan sekali lagi membuktikan bahawa persatuan belia berunsurkan Islam juga setanding dengan persatuan belia yang lain apabila telah dianugerahkan Anugerah Penarafan 5 Bintang dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Putrajaya awal bulan yang lalu. Beberapa buah organisasi juga terlibat dalam senarai penganugerahan kali ini dan PEMBINA Samarahan adalah antara persatuan yang telah berjaya mengekalkan pencapaian cemerlang ini dua kali berturut-turut. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh pegawai Kementerian Belia dan Sukan semasa majlis penutupan Bengkel Intensif e-ROY MYKD Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Bilik Kuliah, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. PEMBINA Samarahan yang telah diwakili oleh Nurul Arwani Md Zain dan Nurfatin Nadhirah Abd Rahim telah menerima anugerah tersebut. Pengiktirafan ini dibuat berdasarkan kepada kriteria-kriteria pengurusan dan pentadbiran yang ditetapkan KBS. Antaranya adalah kemampuan pengurusa