Pemuda Kota Bharu Anjur Liga Komuniti
KOTA BHARU, 23 September. Liga Komuniti ISMA Kota Bharu (LKIKB) bagi tahun 2018 telah dirasmikan oleh YDP ISMA KB, Ust Abdul Rahman Iskandar di pejabat ISMA KB semalam. Liga ini adalah anjuran ISMA KB yang diuruskan oleh Pemuda ISMA KB dengan mendapat sokongan penuh daripada Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Sebanyak 24 kelab bola sepak dari segenap negeri Kelantan telah menyertai liga ini seperti daerah Kota Bharu, Tumpat, Bachok, Pasir mas, Rantau Panjang, Machang, Kuala Krai dan Pasir Puteh. Menurut pengurus LKIKB, sambutan sangat menggalakkan sehinggakan pendaftaran penuh dalam masa satu hari pengiklanannya. Terdapat beberapa kelab bola sepak yang masih menunggu peluang untuk dipanggil turut serta sekiranya terdapat kumpulan yang menarik diri. Hal ini menggambarkan sangat banyak kelab bola sepak di Kelantan yang berminat dengan liga seperti LKIKB ini. Kehadiran seramai 20 wakil pasukan daripada 24 penyertaan semasa majlis perasmian dan undian di pejabat IS...